Pengosmokawalaturan
Pengosmokawalaturan merupakan kawal atur tekanan osmosis bendalir tubuh badan secara aktif bagi mengawal homeostasis kandungan air dalam badan. Proses ini mengawal bendalir tubuh daripada menjadi terlalu cair atau pekat. Tekanan osmotik merupakan keecenderungan air bergerak dari satu larutan ke satu larutan yang lain melalui osmosis. Tekanan osmosis yang lebih tinggi akan mengakibatkan air lebih cenderung untuk bergerak. Tekanan haruslah ditambah pada larutan hipertonik supaya mengelakkan pembauran air daripada larutan air tulen.