Saya adalah pengguna Wikipedia dari Segamat, Johor (kini tinggal di Selangor). Saya menyertai Wikipedia sejak dari tahun 2004 tetapi maaflah, baru sekarang saya menyiapkan laman saya sendiri. Saya aktif menyumbang rencana di Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi sekarang sudah kurang aktif menulis rencana di Wikipedia Bahasa Inggeris.
Sebarang teguran atau pembetulan terhadap rencana sumbangan saya amat saya alu-alukan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, cadangan ataupun teguran, sila ajukan di sini. Terima kasih.
Hezery99 sedang cuba mengambil cuti dan akan kembali ke Wikipedia pada 1 Jun. Akan tetapi paling mungkin Hezery99 tidak boleh pergi buat masa lama, dan akan kembali kadangkala untuk membuat beberapa suntingan kecil.
Kepada ahli Wikipedia, saya ingin nasihatkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang rencana agar memastikan sumbangan anda dalam keadaan lengkap dan bukannya sekadar rencana sependek beberapa patah perkataan yang hanya diklasifikasikan sebagai rencana tunas sahaja. Rencana sumbangan anda tidak semestinya perlu panjang berjela-jela seperti dalam Wikipedia Bahasa Inggeris, yang penting ia mesti padat dan lengkap.
Sepanjang saya menyertai Wikipedia sejak 5 tahun lalu - bermula dengan Wikipedia Bahasa Inggeris dan disusuli dengan Wikipedia Bahasa Melayu - banyak perubahan yang telah berlaku dalam tempoh tersebut. Di Wikipedia Bahasa Melayu, saya berasa gembira melihatkan pertambahan rencana-rencana berkualiti selaras dengan tujuan Wikipedia itu sendiri untuk menjadi wadah ilmu untuk dikongsi sejagat tanpa mengira bahasa, kaum, agama ataupun warna kulit.
Walau bagaimanapun, saya kini menjadi kurang aktif di Wikipedia Bahasa Inggeris, tidak seperti dulu. Sebab pertama sudah tentulah kerana boleh dikatakan hampir kesemua rencana baru yang terlintas dalam kepala saya sudah pun ditulis sehinggakan saya tidak tahu apa lagi jenis rencana untuk ditulis. Sebab kedua - dan juga sebab paling utama - ialah kerana saya rasakan Wikipedia Bahasa Inggeris semakin kurang boleh diharap berikutan beberapa protokol yang saya rasakan semakin menyusahkan sehinggakan banyak rencana (terutamanya yang melibatkan watak anime, manga dan permainan video) dicantas secara besar-besaran.
Tahun 2011 sememangnya tahun yang amat bermakna buat Wikipedia Bahasa Melayu, kerana kita ada dua perkara yang perlu diraikan - ulang tahun Wikipedia ke-10, serta kejayaan WBM melepasi angka 100,000 rencana. Namun, perjuangan kita di WBM masih jauh. Kandungan rencana Wikipedia BI kini lebih 20 kali ganda kandungan rencana kita. Kedudukan kita (setakat 21 Januari 2011) kini di tempat ke-35. Perjuangan kita di sini bukanlah untuk mengejar status sebagai Wikipedia paling banyak rencana, tetapi untuk menunaikan fardu kifayah kita bagi menyebarkan ilmu dalam bahasa yang kita fahami. Selagi WBM dikunjungi, kita semua berpeluang memiliki saham akhirat yang besar kerana berkongsi ilmu bermanfaat buat seluruh dunia, khususnya alam Melayu. Semuanya memerlukan komitmen setiap ahli WBM untuk sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya.
... bahawa kasut tumit tinggi pada asalnya dipakai oleh lelaki ketika menunggang kuda?
... bahawa Memento mori merujuk kepada ‘peringatan kematian’?
... bahawa Kesturi adalah sekelas bahan beraroma yang kerap digunakan sebagai nota asas dalam minyak wangi.?
... bahawa Web 2.0 ialah sistem terbaru untuk perkongsian dalam internet contohnya Wikipedia?
"... bahawa siri mangaNaruto telah menamatkan penerbitannya pada bab ke-700 setelah selama 15 tahun Masashi Kishimoto berkarya dan sekuel kepada penamat manga ini diterbitkan dalam bentuk filem yang terakhir, The Last: Naruto the Movie"
Beberapa rencana ciptaan saya telah terpilih dalam ruangan "Tahukah Anda", yang saya sifatkan sebagai satu penghormatan besar sepanjang saya menyertai Wikipedia. Setakat ini, rencana yang pernah tersiar ialah:-
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Hezery99.