Penerbangan 401 Eastern Air Lines
Penerbangan 401 Eastern Air Lines adalah sebuah jet Lockheed L-1011 TriStar yang terhempas ke Everglades, Florida pada malam 29 Disember 1972, menyebabkan 101 orang penumpang terkorban (77 orang terselamat, tetapi dua orang maut kemudian). Kemalangan ini berlaku kerana anak kapal penerbangan gagal menyedari ketidakaktifan autojuruterbang semasa hendak menyelesaikan masalah sistem penunjuk kedudukan tayar pesawat. Akibatnya, penerbangan itu hilang ketinggian apabila anak kapal tidak memberi perhatian dan akhirnya terhempas. Ia adalah kemalangan pertama pesawat berbadan lebar di AS, dan merupakan nahas terburuk di Amerika Syarikat pada ketika itu.[1] Ia juga dikenali dengan laporan aktiviti paranormal, yang melibatkan bahagian-bahagian guna semula pesawat; Eastern Airlines kemudian membuang bahagian Penerbangan 401.[1]
Accident | |
---|---|
Tarikh | 29 Disember 1972 |
Ringkasan | Keralatan juruterbang serta KPDK |
Tapak kejadian | Everglades Florida |
Jenis pesawat | Lockheed L-1011 TriStar 1 |
Pengendali | Eastern Air Lines |
Kod pendaftaran | Templat:Airreg |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Miami |
Penumpang | 163 |
Anak kapal | 13 |
Kematian | 101 |
Kecederaan | 75 |
Terselamat | 75 (77 terselamat, 2 mati kemudian) |
Kemalangan
suntingEastern Air Lines Penerbangan 401, yang dikendalikan oleh Lockheed L-1011 yang berusia empat bulan yang membawa 163 penumpang and 13 krew, meninggalkan New York's JFK pada hari Jumaat, 29 Disember, 1972 pada 9:20 pm, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. Penerbangan ini berada di bawah pengendalian Kapten Robert Loft, 55, seorang juruterbang veteran Eastern Air Lines di Eastern. Krew penerbangannya termasuklah Pegawai Pertama Albert Stockstill, 39 dan Pegawai Kedua (jurutera pesawat) Donald Repo, 51.
Penerbangan ini dalam laluan sehingga 11:32 pm, apabila ia hendak memulakan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. Selepas menurunkan roda, Pegawai Pertama Albert Stockstill mendapati bahawa penunjuk roda pendaratan, lampu hijau yang menunjukkan gear hadapan pesawat turun dengan sempurna tidak menyala. Selepas penyiasatan rapi, puncanya adalah mentolnya terbakar. Gear pendaratan boleh diturunkan dengan cara manual. Juruterbang sekali lagi menurunkan gear pendaratan tetapi masih gagal mendapat kepastian.
Loft, yang berkomunikasi semas penerbangan ini telah memaklumkan kepada menara yang mereka membatalkan pendaratan dan meminta untuk berlegar di sekitar lapangan terbang. Menara telah meluluskan pembatalan pendaratan, mendaki ke aras dua ribu kaki (610 m), dan terbang ke barat dalam kegelapan di Everglades.
Krew kokpit telah menanggalkan lampu itu dan jurutera pesawat turun ke bawah untuk melihat sama ada gear hadapan pesawat sudah turun melalui tingkal kecil. Lima puluh saat selepas mencapai altitud mereka, Kapten Robert Loft, mengarahkan Stockstill untuk meletakkan L-1011 dalam autopilot. Untuk lapan puluh saat seterusnya pesawat itu mengekalkan aras penerbangan. Kemudian ia berpaling seratus kaki (30 m), dan kemudian menurun perlahan-lahan sehingga tidak disedari oleh krew. Dalam tujuh puluh saat seterusnya, pesawat itu kehilangan 250 kaki (76 m), tetapi ini adalah cukup untuk membunyikan amaran C-chord altitud C-chord yang terletak di tempat kerja jurutera. Jurutera Don Repo, sudah ke bawah dan tiada penunjuk yang menunjukkan suara juruterbang yang direkodkan di CVR. Dalam masa lima puluh saat, kapal terbang itu sudah berada di separuh aras penerbangannya.
Apabila Stockstill memandang ke arah lain, dalam 180 darjah, beliau menyedari sesuatu.
Source | Content |
---|---|
Stockstill | We did something to the altitude. (Kami dapat sesuatu di altitud?) |
Loft | What? (Apa?) |
Stockstill | We're still at 2,000 feet, right? (Kita masih ke 2000 kaki, betul?) |
Loft | Hey — what's happening here? (Hei, apa yang berlaku di sini?) |
Pesawat itu terhempas pada 25°51′53″N 80°35′43″W / 25.86472°N 80.59528°WKoordinat: 25°51′53″N 80°35′43″W / 25.86472°N 80.59528°W. Lokasinya adalah di barat laut Miami, 18.7 batu (30.1 km) dari landasan Lapan Kiri (8L). Pesawat itu meluncur dengan kelajuan 227 batu per jam ketika ia menuju ke tanah. Sayap kiri terkena tanah dahulu, kemudian enjin kiri dan akhirnya gear pendaratan kiri menjadikan ketiga-tiganya melalui rumput setiap lima kaki dan lebih dari 100 kaki (30 m) panjang. Apabila bahagian utama badan terkena tanah ia terus bergerak melalui rumput dan air dan terus berpecah.
Punca nahas
suntingPenyiasatan NTSB telah mendapati bahawa autopilot telah diubah secara tidak sengaja dari mengekalkan altitud kepada mod CWS (Stering Kawalan Tayar). Di dalam mod ini sekiranya juruterbang melepaskan tekanan ke atas yoke itu autopilot akan mengekalkan altitud yang dipilih oleh juruterbang sehingga beliau menggerakkan yoke sekali lagi. Penyiasat percaya autopilot bertukar mod apabila kapten secara tidak sengaja mengenakan yoke apabila bercakap dengan jurutera pesawat yang duduk di belakang dan di sebelah kanan beliau. Tekanan terus ke atas stering itu telah menyebabkan pesawat itu menurun sedikit demi sedikit dengan berpandukan sistem CWS.
Selepas menurun sebanyak 250 kaki daripada altitud 2000 kaki yang dipilih, kedengaran bunyi C-chord daripada pembesar suara hadapan. Amaran altitud ini dibuat untuk memberi amaran kepada juruterbang tentang pemesongan altitud daripada altitud yang dipilih yang tidak disedari oelh krew kapal terbang. Penyiasat percaya, oleh kerana krew sibuk membetulakan lampu gear hadapan dan oleh kerana jurutera pesawat tidak berada di tempatnya ketika ianya berbunyi serta tiada sesiapa yang mendengarnya. Oleh kerana pada malam itu dan pesawat terbang di dalam kegelapan Everglades, jadi tiada lampu di darat atau penglihatan lain yang menunjukkan TriStar menurun dengan perlahan-lahan memasuki kawasan paya. Ianya juga dijumpai bahawa Kapten Loft mempunyai penyakit tumor yang tidak dapat dikesan di dalam otaknya yang memberi kesan kepada penglihatannya.[1]
Laporan terakhir NTSB telah menunjukkan bahawa punca nahas dalah disebabkan oleh kesilapan juruterbang, sperti yang berikut: "Kegagalan krew untuk mengawal peralatan penerbangan ketika empat minit terakhir dan untuk mengesan penurunan mendadak untuk mengelakkan terkena tanah. Kerosakan sistem penunjuk kedudukan gear pendaratan hadapan telah mengalihkan perhatian krew daripada peralatan dan memembenarkan penurunan yang tidak dijangka."
Sebahagian daripada pesawat telah dijumpai di kawasan nahas oleh ahli Kumpulan Eastern Airlines 401 iaitu pada tahun September 2009.[2]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Air Disaster Volume 1, Macarthur Job, ISBN 1-875671-11-0, p98-101
- Crash, Rob and Sarah Elder, 1977, Atheneum, New York ISBN 0-689-107587
- From the Captain to the Colonel: An Informal History of Eastern Airlines, Robert J. Serling, Doubleday 1980, ISBN 0-38527047X
Pautan luar
sunting- NTSB Summary
- Flight 401 Survivors
- Flight 401 Survivors Tribute Fund
- The Black Box Story of Eastern Flight 401 Diarkibkan 2008-07-23 di Wayback Machine
- CVR transcript
- The Crash of Eastern Airlines Flight 401
- Multimedia presentation on flight 401
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Templat:Aviation accidents and incidents in 1972 Templat:Mayday NavBox