Panglima Badul (judul di poster Pang5 Badul) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Panglima Badol diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Panglima Badul
PengarahHussein Abu Hassan
Lakon layarHussein Abu Hassan
Dibintangi
Tarikh tayangan
1979
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Panglima Badul mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan A. R. Badul, Yusni Jaafar dan ramai lagi.

Pengarah

sunting

Filem Panglima Badul diarah oleh pengarah Hussein Abu Hassan pada 1979.

Sinopsis

sunting

Filem ini mengisahkan Badol seorang budak pulau yang rajin membantu ibunya sejak kecil lagi. Pada suatu hari dia ingin merantau untuk mencari pengalaman seperti yang dilakukan oleh ayahnya dulu. Niatnya mendapat tentangan dari ibunya tetapi demi anaknya yang dikasihi, dia merelakan jua Badol untuk pergi, dengan satu pesanan iaitu Badol tidak boleh bercampur dan mengambil tahu tentang hal-hal orang.

Setelah sampai di sebuah pulau, Badol bertemu dengan Kokok iaitu pekerja suruhan Datuk Tumpang dimana dia sedang mencari pendekar yang boleh mengalahkan Datuk Panglima Wira Perkasa. Datuk Panglima Wira adalah seorang yang sombong dan bongkak dengan kekuatannya dan sering menindas penduduk kampung. Disebabkan itulah Datuk Tumpang ingin mencari pengganti Datuk Panglima.

Apabila berlaku kekecohan di mana anak angkat Datuk Tumpang, Maya Sari, telah dilarikan oleh konco-konco Datuk Panglima Wira, dan Badol secara tidak sengaja telah terjumpai tempat persembunyian Panglima Wira. Menyangkakan bahawa Badol datang ingin menyelamatkan Maya dan menentangnya, Panglima Wira cuba membunuh Badol, tiba-tiba darah mula keluar dari mulut Panglima Wira, meraung kesakitan sambil memegang dadanya, lalu rebah dan mati. Sebenarnya tidak ada sesiapa pun tahu akan penyakit yg dialami Panglima Wira.

Datuk Tumpang dan beberapa orang telah datang dan ternampak Badol berada di sebelah mayat Panglima Wira, mereka semua telah menyangka yg Badol berjaya membunuh Panglima Wira dan menyelamatkan Maya, lalu Badol digelar menjadi Panglima Badol oleh Datuk Tumpang.

Pelakon

sunting
  • Pakpong Pak Mustape - Milah Hussein
  • Senandung Rumah Tua - Jaafar Ketum
  • Rampage - Band Kampung Gua
  • Risalah Manifesto-Akustikapala
  • Jerami Bosan - Ron Jeremy
  • Melastik Ke Planet Zargus - Jim Pakualam

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting