PT-91M "Pendekar"
PT-91M "Pendekar" (M - Malaysia) merupakan kereta kebal utama bagi negara Malaysia. Perjanjian perolehan kereta kebal ini dimeterai pada 11 April 2003 dengan firma Bumar Labedy dari Gliwice, Poland. Dibangunkan berasaskan casis kereta kebal utama T-72M1, kereta kebal PT-91M telah menjalani revolusi ektensif oleh firma Bumar Labedy dari Poland untuk memenuhi keperluan strategik peperangan armor di Malaysia dari model asas kereta kebal PT-91. Ia mempunyai bentuk yang lebih rendah, kompak, daya mobiliti yang lebih baik serta berat tempur sekitar 45 tan di lihat sangat bersuaian dengan persekitaran dan bentuk muka bumi di Malaysia. Diberi nama Pendekar semasa sambutan Hari Tentera Darat pada 1 Mac 2008 oleh PTD Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Kesemua kereta kebal ini dioperasikan oleh Rejimen 11 KAD, Kor Armor DiRaja, Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
PT-91M "Pendekar" | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Poland |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Bumar Labedy |
Dihasilkan | 99999 |
Jumlah dibina | 48 |
Aneka | PT-91 Twardy |
Sejarah
suntingPada bulan Mac 2002, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat Malaysia untuk memperoleh 48 buah kereta kebal utama PT-91 Twardy yang dimodenkan bersama-sama 14 buah kenderaan sokongan (terdiri daripada 6 buah kenderaan kembalik berperisai WZT-4, 3 buah kereta kebal kejuruteraan medan MID-M dan 5 buah kereta kebal pembawa jambatan medan berperisai PMC Leguan). Pada 11 April 2003, kontrak rasmi telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Hashim Meon dan Presiden Bumar Pte Limited Andrzej Spis dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan Poland Jerzy Szmajdziński.
Nilai kontrak dianggarkan melebihi AS$ 300 juta (RM 1.4 bilion) [1] dengan penghantaran dijangka bermula pada bulan Februari 2006. Kesemua kereta kebal PT-91M dan kenderaan sokongan akan diselenggara oleh syarikat MMC Defense (kini dikenali dengan nama DSSB) yang bertindak sebagai rakan industri tempatan bagi firma Bumar Łabędy di Nilai, Negeri Sembilan.
Ujian
suntingFirma Bumar Labedy & OBRUM telah membawa masuk sebuah kereta kebal utama prototaip PT-91 pada tahun 2000 bagi tujuan ujian dan penilaian awal oleh Tentera Darat Malaysia. Ujian telah dijalankan di beberapa lokasi di Malaysia dan berdasarkan keputusan ujian ini, pihak tentera darat telah mencadangkan beberapa perkara kepada firma Bumar Labedy untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan pada PT-91 supaya keupayaannya sebenarnya dapat dioptimakan apabila ditauliahkan dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Malaysia. Di antara cadangan yang telah dikemukan kepada firma Bumar Labedy adalah supaya perubahan dilakukan terhadap gabungan enjin dan sistem transmisi yang dikatakan ”kurang serasi”. Firma Bumar Labedy difahamkan telah menukar enjin pada PT-91 dari S12-U berkuasa 850 hp kepada enjin diesel firma PZL-Wola S-1000R yang berkuasa 1000 hp. Kereta kebal ini kemudiannya dikenali sebagai PT-91Z (’’’Z’’’ merujuk pada Zmodernizowany – dimodenkan) dan diwar-warkan sebagai versi eksport di pameran ketenteraan.
Setelah segala cadangan dan penambahbaikan yang diminta oleh pihak tentera darat disempurnakan, firma Bumar Labedy telah membawa masuk kembali kereta kebal versi dipertingkat iaitu PT-91M (”M” merujuk kepada Malaysia) untuk tujuan ujian dan penilaian lanjut di Malaysia. Selepas dipertontonkan kepada orang ramai semasa perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-48 pada bulan Ogos 2005 di Putrajaya, tentera darat telah menjalankan ujian kedua terhadap kereta kebal Bumar Łabędy PT-91M. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta kebal ini memenuhi spesifikasi dan penanda aras yang ditetapkan oleh tentera darat. Ekoran kejayaan ujian medan ini, kereta kebal ini telah dihantar balik ke Poland untuk menjalani ujian tembakan secara intensif.
PT-91M Pendekar kini dilengkapi dengan meriam 125mm dipertingkat, enjin S-1000, sistem kawalan tembak buatan Perancis, sistem komunikasi dan transmisi hidropneumatik yang dipertingkat upaya.[2]
(M bagi Malaysia) — pengeluaran variasi eksport bagi Malaysia dengan sistem kawalan tembakan SAGEM Savan-15, pek kuasa PZL-Wola S-1000R 1,000 hp dengan mekanisma transmisi automatik Renk/SESM ESM-350M Diarkibkan 2012-03-10 di Wayback Machine mampu memecut sehingga 70 km/jam, dan sistem komunikasi yang baru. Senjatanya telah ditingkatkan pada "Konštrukta defence a.s." design 2A46MS Diarkibkan 2010-11-19 di Wayback Machine meriam kereta kebal 125 mm yang dikeluarkan oleh ZTS - Špeciál a.s., mesingan sepaksi 7.62 mm FN MAG dan satu mesingan 12.7 mm FN Browning M2 HB anti pesawat. Ia turut deilengkapi dengan Sagem VIGY 15 penstabil giroskop optronik pandang panorama, sistem navigasi inert giro laser SIGMA 30, EADS EPS72 sistem penstabil turet, sistem amaran laser PCO SSP-1 Obra-3, bersepadu dengan pelancar bom asap ZM Dezamet 902A 81 mm, sistem amaran CBRN Pimco CHERDES II, sistem perhubungan: Thales TRC9310-3 F@stnet, Thales TRC3630-3, Thales SOTAS, 3rd gen. ERAWA 2 Perisai Reaktif Letupan, dan trek kereta kebal Type 570P Diehl Remscheid GmbH. Dua prototaip dihasilkan (dinamakan PT-91E dan PT-91Ex), 48 kenderaan siri PT-91M Malaj dihasilkan antara 2007 - 2009.[3][4]
Spesifikasi
suntingCiri-ciri umum
sunting- Krew: 3 orang
- Dimensi: 10.03 x 3.7 x 2.19 meter
- Berat tempur: 45.3 tan
Prestasi
sunting- Enjin: PZL Wola S-1000R (diesel), 1,000 hp
- Transmisi: Renk/SESM ESM 350M[5]
- Kelajuan
- Jalan raya: 70km/j
- Jalan desa: 45km/j
Persenjataan
sunting- Meriam utama: 125mm Konstrukta / ZTS Special 2A46MS
- Mesingan sepaksi: 1x 7.62 x 51mm FN MAG 57T
- Mesingan anti udara: 1x 12.7 x 99mm FN Browning M2 HB di turet
- Sistem pengurusan pertempuran: Sagem Epsilon
- Sistem kawalan tembakan: Sagem SAVAN-15, giro cincin laser Sagem SIGMA 30
- Pembidik panaromik: Sagem VIGY 15
- Perlindungan: ERAWA-3 ERA, 4x sistem amaran laser Przemysłowe Centrum Optyki SSP-1 Obra-3, 24x (2x12) pelancar bom asap ZM Dezamet 902A 81mm
Pengguna
suntingPengendali semasa
sunting92 PT-91
27 PT-91MA
113 PT-91MA1
48 PT-91M Pendekar
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Kereta kebal setanding Kereta kebal utama setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ Utusan Malaysia : Malaysia membeli kereta kebal buatan Poland
- ^ PT-91 Twardy Main Battle Tank, Poland.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNTW 11/07
- ^ Nowa Technika Wojskowa - October 2005 page 9 - Pierwsza prezentacja "Malaja" - by Andrzej Kliński
- ^ Bumar Łabędy PT-91M transmisi SESM ESM-350M filem
- Majalah Perajurit, keluaran Oktober 2007, m/s 18, PT-91M
- Majalah Perajurit, keluaran September 2007, m/s 42, Kor Armor Diraja terima PT-91M
- TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
Pautan luar
sunting- Ringkasan PT-91Ex (M) Diarkibkan 2009-08-25 di Wayback Machine di Laman web Bumar Łabędy.
- Kereta kebal utama PT-91 Twardy di laman web globalsecurity.org.
- Maklumat T-90M di laman khyronsmusings.blogspot
- The Polish PT-91 Twardy “Tough” MBT.