Orbit heliosentrik

Orbit heliosentrik (disebut juga orbit sirkumsuria) ialah orbit yang mengitari Matahari. Semua planet, komet, dan asteroid di Sistem Suria berada dalam orbit semacam ini, sama halnya dengan jasad buatan manusia dan serpihan luar angkasa. Orbit satelit planet di Sistem Suria justeru tidak heliosentrik kerana satelit mengorbit planetnya masing-masing.

Masyarakat sering mengira orbit heliosentrik mengelilingi Matahari, namun sebenarnya jasad angkasa di Sistem Suria mengelilingi Matahari. Semua benda di Sistem Suria (termasuk Matahari) sebenarnya mengelilingi baripusat Sistem Suria. Fenomena serupa memungkinkan penemuan planet luar suria dengan cara kaedah halaju jejarian.

Awalan helio- berasal dari kata helios dalam bahasa Yunani kuno yang berarti "matahari" dan Helios, personifikasi Matahari dalam mitologi Yunani.[1]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "helio-". Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Random House. 2006. Dicapai pada 2009-02-12.


Templat:Matahari-stub