Nicolette Louisa Palikat (lahir 1 November 1985) atau kini lebih dikenali sebagai Nikki Palikat adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1] Beliau juga merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.

Nikki Palikat
Nama lahirNicolette Louisa Palikat
Kelahiran (1985-11-01) 1 November 1985 (umur 39)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dariTambunan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Pengkarya berkait
Zahid, Ning Baizura, Yanie, Audi Mok, Siti Sarah
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat ketika bapanya sedang melanjutkan pengajiannya di sana. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak kepada Nicholas Palikat yang merupakan penyanyi di RTM Sabah pada era 70-an[2] dan juga anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan single lagu "Anak Kampung". Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Liam Audi yang kini berusia 12 tahun .[3]. Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau berjudul Maharani. Album tersebut juga telah menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[4][5]

Setelah selesai menyertai Gegar Vaganza, Nikki kemudian membuat pengakuan bahawa beliau sebenarnya sudah lama berpisah dengan bekas suaminya, Audi Mok akan tetapi Nikki tidak menghebahkan berita tersebut kepada media pada ketika itu. Namun beliau berkata bahawa beliau dan bekas suami kini tetap berhubungan baik demi anak mereka.

Malaysian Idol 2004

sunting

Nikki hampir tersingkir di pusingan Workshop namun beliau bertuah pada ketika itu kerana dipilih oleh para juri untuk mara ke pusingan Wildcard dan hasilnya beliau berjaya terpilih ke Top 12 hasil undian penonton. Namun beliau tersingkir pada konsert spektakular kelima berikutan undian tidak menyebelahi beliau. Berikut persembahan Nikki;

Pusingan Lagu (penyanyi asal) Keputusan
Workshop 1 "One Moment in Time" (Whitney Houston) Wildcard
Wildcard "The Voice Within" (Christina Aguilera) Top 12
Top 12 "Crazy in Love" (Beyoncé Knowles) Selamat
Top 10 "I Want You Back" (The Jackson 5) Selamat
Top 8 "Against All Odds" (Phil Collins) Selamat
Top 7 "I'm With You" (Avril Lavigne) Selamat
Top 6 "Emotions" (Mariah Carey) Tersingkir

Uniknya, sepanjang pertandingan Malaysian Idol berlangsung, Nikki antara peserta yang tidak pernah sekalipun menyanyikan lagu berbahasa melayu.

Gegar Vaganza 8

sunting

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Caramu Dirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin) Ke-4
Minggu 2 Masih Aku Terasa Drama Nikki Palikat, Ning Baizura dan Yanie Ke-3
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Semalam Aina Abdul Tempat Pertama
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Zombie The Cranberries Ke-2
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Gelombang Salamiah Hassan Tempat Pertama
Minggu 6 Langkah Seiringan Gurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel) Rafeah Buang dan R. Ismail Ke-6
Minggu 7 Kelentang Kelentong Rindu Hetty Koes Endang Tempat Pertama
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Zheng Fu Nai Ying Ke-4
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Puncak Kasih Ziana Zain Ke-2
Ikut Rentakku Jaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Terasing Dato' Sudirman NAIB JUARA
Mengapa (Duet Bersama Idayu) Nicky Astria
Gangnam Style (battle Suki Low) PSY

All Stars Gegar Vaganza 2023

sunting

Nikki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Nikki membawakan single Faradhiya iaitu lagu Bertakhta Di Hati.

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat Bertakhta Di Hati Farahdhiya Ke-4
Minggu 2 Nyanyi Ikut Tekak Sendiri Bersama Akhirnya Ziana Zain Ke-7
Minggu 3 Putar Kiri Kanan Canggung Wany Hasrita Ke-6
Minggu 4 Berdua Bersatu Tak Tercapai Akalmu (Duet Bersama Wanie kayri) Elyana Ke-5
Minggu 5 Misteri Depresi IamNEETA Ke-4
Minggu 6 No Retreat No Surrender Cinta Dalam Hati Ungu Ke-7
Minggu 7 Kau Ilhamku Selagi Ada Cinta Ning Baizura Ke-10
Minggu 8 Fun Fair Tok Ram (Pilihan Lagu Dato’Ramli Ms) Semakin Rindu Semakin Asyik Amelina Ke-10
Minggu 9 Duet 2.0 (Astro Verse) Drama King (Duet Bersama Ara Johari) Meet Uncle Hussain & Black Hanifah Ke-4
Minggu 10 Fiesta Muzika Perhaps Perhaps Perhaps & Macarena Desi Arnaz & Los Del Río Ke-6

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
Judul Butiran album
Maharani
Hawa

Single

sunting
Tahun Judul Album
2005 "Pinta" Maharani
"Imaginasi"
"Hey! Hey!"
2006 "Caramu" (feat Zahid)
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie) Single
2008 "Relakan" Hawa
"Selamat Tinggal"
"Cantik"
2009 "Belasmu"
"Hawa"
2010 "Biar Waktu" OST Drama Apa Dosaku
2013 "Kata Mama" Single
2022 "Sudah" Single
2023 “Panas” Single
2023 “Usah Najiskan Cinta Ini” Single
2024 "Dugaan Takdir Cinta" OST Drama Takdir Itu Milik Aku

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
2004 Malaysian Idol Musim 1 Peserta 8TV Tersingkir konsert Top 6.
2021-2022 Gegar Vaganza Musim 8 Peserta Astro Ria Naib Juara GV8
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Dendam Aurora Laura Astro Prima Pelakon pembantu
Selamat Malam Tan Sri Puspa TV2
2019 Seputih Cinta Rangbulan Cindy

Anugerah & pencapaian

sunting
Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2006 Anugerah Planet Muzik 2006 Artis Baru Wanita Terbaik Album Maharani Menang
Anugerah Era 2006 Artis Harapan Tercalon
Lagu Pop Terbaik "Caramu" Tercalon
2007 Anugerah Era 2007 Vokal Dua Berkumpulan Menang
Anugerah Industri Muzik ke-14 Video Muzik Terbaik Menang
2009 Anugerah Industri Muzik ke-16 Kulit Album Terbaik Album Hawa Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2009 Artis Wanita Terbaik Tercalon
2021-2022 Gegar Vaganza Musim 8 Tempat kedua
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ https://web.archive.org/web/20090627220134/http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20090111121722/Article/index_html
  2. ^ "Biodata Penyanyi Nikki Palikat, Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021". iluminasi. 2021-11-11. Dicapai pada 2024-09-09.
  3. ^ Arer Omar (31 Oktober 2017)
  4. ^ Melanie Chalil (29 April 2019). Sabahan singer Nikki Palikat on her love for musicals and playing a nun in her latest role The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  5. ^ Tan Gim Ean (26 April 2019). Nikki Palikat on her most demanding role to date in 'Euphrasia — The Musical' Options The Edge. Dicapai pada 26 April 2019.

Pautan luar

sunting