Nad Zainal

Pelakon wanita Malaysia

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal (lahir 16 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy. Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.[2]

Nad Zainal
ند زاءينل
Nad pada tahun 2022.
Kelahiran
Farah Nadia binti Zainal Abidin

(1990-05-16) 16 Mei 1990 (umur 34)
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganMuhammad Faliq Amirullah (k. 2015; c. 2022)
Ungku Ismail Aziz (k. 2023)
Anak-anak3

Selain peranan lakonan di televisyen, Nad juga terkenal dengan peranan lakonannya di dalam filem cereka termasuk Kami Histeria (2014) dan siri filem Juvana (2015-16). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bagi Pelakon TV Wanita Popular[3] dan Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Wanita Terbaik (Drama).[4] Melangkaui kerjaya hiburannya, Nad menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016.[5] Pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H, nad zainal selamat diijabkabulkan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwinnya RM1,000.

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1990 di Kajang, Selangor dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Zainal Abidin bin Abu dan Faridah binti Mohd Noor.[6] Sewaktu zaman kanak-kanaknya, keluarganya hanya bergantung kepada motosikal bapa untuk ke mana-mana kerana bapanya tidak mempunyai kereta.[7] Nad berkelulusan dalam Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[8] Beliau menetap di Taman Melawati, Shah Alam tidak jauh dari Kuala Lumpur.[9]

Kerjaya

sunting

Karya terawal

sunting

Pada tahun 2008, ketika berusia 18 tahun, Nad membuat penampilan sulungnya di televisyen menerusi drama komedi Sunsilk Impian lakonan Diana Amir; beliau menjayakan watak sebagai Laila, ketika itu beliau dikreditkan menerusi nama sebenarnya, Farah Nadia.[10] Pada tahun 2009, beliau berlakon di samping Qi Razali, Nas-T dan Julie Woon dalam siri televisyen Blogger Boy yang memulakan tayangan perdana di 8TV pada 8 Mei dan berakhir pada 28 Mei 2010; beliau memegang watak Atiqah.[11]

Selepas menjayakan beberapa watak pembantu dalam telefilem dan drama, Nad mendapat peranan utama pertamaya dalam Bukan Bidadari hasil nukilan sutradara Faisal Ishak. Ia mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup menghancurkan hidupnya.[12] Drama ini menggandingkan beliau bersama Sharnaaz Ahmad.[13] Bertitik tolak dari drama inilah nama Nad mula meniti di bibir peminat. Beliau kemudian berlakon di samping Kamal Adli dan Miera Leyana dalam drama berat Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Arisa yang merupakan isteri kepada Putera Rayyan lakonan Kamal.[14]

2012 menandakan penampilan sulung Nad di layar lebar apabila beliau menjayakan peranan kecil dalam filem komedi Jidin Sengal lakonan Angah Raja Lawak dan Along Cham. Pada tahun sama, Nad memegang watak seorang gadis periang bernama Kay dalam siri drama tajaan jenama tuala wanita Kotex, Memberku Hawa arahan Bernard Chauly yang turut menggandingkan beliau bersama Faezah Elai yang memegang watak sebagai Hawa.[15] Ia mengisahkan dua orang rakan baik (Hawa dan Kay) yang sedang mencari kerja. Tetapi, hanya Hawa sahaja yang mendapat pekerjaan yang baik manakala Kay tidak dapat pekerjaan yang diinginkannya. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada 15 April 2012.[16][17]

Nad muncul dalam drama yang diadaptasikan daripada novel 2012 iaitu Kampung Girl dalam Slot Zehra pada waktu bersiaran hari Jumaat bersama penyanyi Akim Ahmad pada tahun 2013.[18] Drama itu telah mencapai lebih daripada 4 juta penonton kerana gandingan serasi mereka menerusi drama tersebut.[19] Di atas permintaan ramai, mereka akhirnya telah muncul dalam drama telefilem sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu Kampung Girl Raya pada pertengahan 2014.[20]

Pada tahun 2013 juga, Nad digandingkan bersama pelakon Rosyam Nor menerusi telefilem Mawar Putih Tanda Perpisahan yang mengisahkan tentang Dahlia yang telah kehilangan suaminya yang terkandas di laut, berkahwin dengan seorang lelaki pertengahan usia bernama Sudin. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro Box Office Tayangan Hebat sepanjang Mei 2013,[21] ia memenangi Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013.[22][23] Beliau merupakan salah seorang pengacara bersama di Anugerah Skrin 2013. Nad meraih peningkatan kerjaya lakonannya selepas menjayakan beberapa peranan pembantu dan kecil. Beliau memegang watak utama sebagai Fiqa dalam drama Seindah Sabarmu yang mengisahkan ketabahan seorang gadis yang disisihkan oleh bapanya setelah kematian ibunya.[24] Beliau kembali menjayakan peranannya sebagai Kay dalam musim kedua Memberku Hawa. Pada September 2013, Nad kembali aktif di pentas teater menerusi pementasan teater Maduku Kalut arahan Muhammad Azhar Zainal dan turut membariskan para pelakon termasuk Izzue Islam, Jihan Muse, Karl Shafek dan lain-lain.[25][26][27]

Karya terkini

sunting

Nad mendapat peranan utama Intan Asha Areen dalam drama komedi adaptasi novel Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne yang menggandingkan beliau bersama Hisyam Hamid, Ramona Zamzam dan Zoey Rahman. Drama ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq yang curang bersama wanita lain.[28][29] Sepanjang 2014, Nad membintangi 12 telefilem, antaranya ialah Adnan Balik Raya, Dari Pintu Neraka, Kantin Cinta, Sekali Sayang dan Kisah Hidup Jai (TATU).

Nad bersama-sama Diana Danielle, Mila Jirin dan Sara Ali, membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Beliau memegang watak sebagai Peanut, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[30] Nad memegang watak utama dalam drama cereka sains #Antidot yang mengisahkan tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia. Beliau berlakon bersama Remy Ishak, Kamal Adli, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya.[31][32] Nad mengakui amat mengagumi Remy yang disifatkannya sebagai pelakon yang senang memberikan kerjasama.[33] Dari 11 hingga 16 Februari 2015, Nad menjayakan watak sebagai setiausaha menteri dalam pementasan teater Diari Wanita… Episod Kak Ani & Nyonya yang berlangsung di Istana Budaya. Untuk menjayakan peranannya, Nad mengisi masanya dengan banyak bermonolog.[34][35][36] Dengan bantuan Rosminah Tahir (bekas pensyarah ASWARA), beliau percaya dengan keyakinan terhadap wataknya. Nad berkata: “Tugas menteri bukan goyang kaki di pejabat yang mewah atau hidup dalam dunia glamour, sebaliknya bagaimana mereka cuba menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat hingga mengetepikan kepentingan serta keluarga sendiri,”[37] Andai Bukan Khilaf Itu, yang mana Nad memegang watak sebagai Suri, seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU), yang menghidap autisme menggandingkan beliau bersama pelakon kanak-kanak pemenang anugerah, Puteri Balqis yang memegang watak Tasya, seorang kanak-kanak terbiar dan turut dibintangi oleh Kamal Adli. Ia disiarkan di TV2 pada 24 September 2015.[38]

Nad dilaporkan bakal menduduki kerusi pengarah bagi melengkapkan diari kerjayanya.[39] Beliau kembali beraksi di pentas teater menerusi pementasan teater Ombak Rindu... Tiada Penghujung yang dipentaskan pada 22 April lalu hingga 1 Mei 2016, turut dijayakan oleh Keith Foo dan Uqasha Senrose.[40]

Pada tahun 2017, Nad juga muncul dalam filem Aku Haus Darahmu yang ditayangkan pada 2 Februari 2017.[41] Bekerja di bawah arahan Shuhaimi Lua Abdullah, Nad menjayakan watak utama bersama Redza Rosli dalam telefilem Fatonah Azali yang mana Nad memegang watak sebagai Fatonah, seorang gadis terencat akal yang menghidapi penyakit autisme.[42][43][44] Beliau muncul bersama Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang diadaptasi dari telefilem dengan tajuk sama.[45]

Beliau muncul bersama anak beliau, Fahad Ibrahim dalam Darlie Mamaku Terer bersama artis lain. Program ini mengenai masa terluang ibu dengan anak mereka dan bagaimana mereka menguruskan anak mereka seorang diri serta menunjukkan mereka seorang ibu yang hebat. Ia mula bersiaran pada 9 Mac 2017. Nad memegang watak sebagai Suraya, yang menghidap penyakit leukemia dalam siri TV waktu perdana Jurnal Suraya.[46] Ia mengisahkan ketabahan Suraya dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap leukemia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan yang senasib dengannya.[47][48]

Nad bersama-sama dengan Zizan Razak, Kamal Adli, Nabila Huda dan beberapa selebriti lain membawa peminat bertuah bercuti ke luar negara, menerusi rancangan travelog #ProjekThemePark 2018 yang kembali dengan musim terbaru yang memulakan siaran di Astro Ria bermula 6 Mac 2018.[49] Beliau seterusnya diberi kepercayaan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pengacara rancangan Citarasa Malaysia yang disiarkan sepanjang Ramadan 2018 di TV Okey.[50][51]

Nad bersama-sama Kaka Azraff menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Sarah.[52] Beliau menjalani penggambaran dua telefilem, masing-masing berjudul Terima Kasih Ibu dan Sehelai Selendang Putih untuk siaran di TV3 dan serta Geng Mak-Mak, yang turut menampilkan Sazzy Falak dan Fatin Afeefa.[53]

Pada tahun 2019, Nad memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dalam filem biopik Hasmah Bila Deh Bertemu Det terbitan Tune Production, Nad bergandingan dengan Hasnul Rahmat yang berlakon sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.[54][55]

Beliau menjalani penggambaran telefilem Sebelum Pulang arahan Bade Hj. Azmi, yang turut dibintangi oleh Wan Maimunah, Jalaluddin Hassan dan Amyza Aznan.[56]

Nad memegang watak utama sebagai Mawardah dalam drama adaptasi novel Di Hujung Ranting yang bersiaran di slot Selekta Prima TV2. Dalam satu temuramah, Nad mengakui amat sukar baginya untuk menjayakan Mawardah kerana ia memerlukan beliau untuk berendam air matanya hampir setiap hari. Ia turut dibintangi oleh Shukri Yahaya.[57][58]


Bermula 21 Januari 2021, Nad memegang watak sebagai Juweta dalam Takdir Yang Tertulis di slot Samarinda, ia turut dibintangi oleh Nazim Othman dan Elvina Mohamad. Nad mendedahkan dalam satu temubual bersama Kosmo! bahawa beliau bukanlah pilihan pertama pengarah drama itu, Shahrulezad Mohameddin, untuk melakonkan watak Juweta. Menurutnya, Mimi Lana ialah pelakon asal yang sepatutnya melakonkan watak itu sebelum menarik diri.[59]

Pada tahun 2022, beliau menjadi pelakon utama bersama Fasha Sandha, Wan Raja dan Aidit Noh dalam drama Dendam Seorang Isteri yang diadaptasi dari drama Korea, Temptation of Wife. Beliau melakonkan watak sebagai Kirana, sahabat karib Amira yang dilakonkan oleh Fasha.[60]

 
Nad dalam salah satu adegan telefilem Matahari Tak Bercahaya (2022).

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.[61] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015, iaitu bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-58. Faliq merupakan senior Nad ketika sama-sama belajar di ASWARA sekitar 2007, dalam satu temuramah bersama Kosmo! pada Disember 2015, Nad mendedahkan Faliq ialah orang pertama yang memikatnya: "Faliq lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Sebelum ini, belum pernah ada yang berani melamar dan membawa saya berjumpa dengan keluarga untuk berkenalan. Mungkin inilah tandanya dia jodoh saya. Hati terus berdetik setuju apabila diajak bernikah dan segala perbincangan selepas itu berjalan tanpa sebarang masalah."[62] Pada 14 Oktober 2016 jam 11.38 malam, Nad selamat melahirkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim.[63][64]

Sekitar November 2017, Nad dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Sharifah Sakinah menyebabkan mereka berdua tidak lagi bertegur sapa. Nad berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di set penggambaran.[65] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan, termasuk mengamalkan rahsia kecantikan.[66]

Nad meninggalkan tabiatnya meminum minuman berkarbonat atas faktor penampilan.[67] Pada 30 Mac 2021, Nad dikurniakan anak kedua, iaitu anak perempuan yang diberi nama Budi Kalsom.[68] Pada September 2022, Nad mengumumkan bahawa beliau dan suaminya, Faliq telah sah bercerai, namun enggan mengulas mengenai perceraiannya itu.[69]

Di dalam media

sunting

Selain penampilan di media elektronik, Nad juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo! dan Harian Metro. Di luar kerjaya lakonannya, Nad ialah pengasas produk kesihatan dan kecantikan miliknya, Audela by Nad Zainal yang dilancarkan pada 1 Mac 2016[70] dan setakat ini telah mengeluarkan tiga produk yang mendapat sambutan yang menggalakkan.[71][72]

Dari Mac hingga Jun 2015, Nad dilantik sebagai duta produk sandal keluaran Femesfactory selama tiga bulan. Menerusi kempen #FEMESxNADZAINAL 2015, beliau mempromosikan koleksi terhad yang mengetengahkan lima warna pastel iaitu merah jambu, biru, kuning, ungu dan hijau pudina yang mana ia dipromosikan di media sosial.[73][74]

Di awal penglibatan dalam bidang lakonan, bakat lakonan Nad bukan sahaja menjadi perhatian, malah setiap gerak geri, cara berpakaian dan penjagaan diri beliau turut menjadi ikutan peminat. Mengakui kecantikan ialah anugerah Tuhan yang ternilai, Nad berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Bagi saya cantik itu adalah satu perkara yang universal. Namun apa yang penting kita perlulah sentiasa nampak kemas, bersih dan mempunyai hati yang baik. Secara tidak langsung ia akan menampakkan kecantikan kita secara semula jadi. Kalau cantik muka sahaja tidak guna juga jika dalaman tidak cantik."[75]

Pelakon veteran Umie Aida menyifatkan Nad sebagai seorang yang ikhlas bekerja dalam bidang lakonan sambil mengakui melihat diri sendiri dalam jiwa beliau.[76]

Filemografi

sunting
Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Jidin Sengal Farah Filem pertama
2014 Kami Histeria Peanut
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Nabila
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017 Aku Haus Darahmu Lia
Soulmate Hingga Jannah Zana Dikreditkan sebagai Nadia Zainal
Malay Regiment Isteri Kpt. Zainal
TBA Hasmah Bila Deh Bertemu Det Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali Dalam pembangunan

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 100 Hari Suri TV1
2012 Ke Pintu Bahagia Dahlia TV3
Di Bawah Langitmu
2013 Cinta Hawa TV2
Busu Amnah
Bayangan Rindu Iddya Astro Box Office
Mawar Putih Tanda Perpisahan Dahlia
Walau Siapa Pun Aku Maisara TV1
Abu
Oh Tak Puasa Ya
Adnan Sempit Balik Raya Fatimah TV3
Mulut Murai Tempayan Fiqa Astro Maya HD
2014 Sekali Sayang
Penantian
Misah Tarzan Hajar Runcit
Kisah Hidup Jai Ustazah Nurin
Ku Akui
Adnan Balik Raya
Kampung Girl Raya Ainnur Azmi
Kimchi Raya Jihan
Dari Pintu Neraka
Aidil Click TVi
Kantin Cinta
Opps Terlebih Pulak Murni
2015 Diam-Diam Rindu Nurul Iman TV3
Dia Ibuku
Gadis Tudung Merah Dan Labu Labi Ros
Rumah Kecil Untuk Tuhan Safia
Nyanyian Sepatu Biru Karina
Andai Bukan Khilaf Itu Suri
Gulai Kawah Empulur Pisang
2016 Jangan Ambil Anak Aku Anida TV2
Auta Faridah TV3
Mengintai Syurga Mama
Terputusnya Sebuah Doa Marlina Astro Ria
2017 Hujan Panas Di Inderasabah Mastura TV2
Mengharap Sebuah Keredhaan Syima TV9
Balasan Dosa Aminah
Playboy Di Mindaku Liyana
Dosa Perempuan Suraya TV3
Menanti Kiamat Tiba
Pentas Haiwan Cikgu Mona Lisa Astro Citra
Fatonah Azali Fatonah TV3
2018 Demi Hati Arjuna Alia
Diari Abah
Luwak Kretek
Syirik Astro Citra
Raya Semanis Madu Astro Warna
2019 Terima Kasih Ibu Tatie TV3
Wali Jantan Semantan Wan Shamsiah TV Okey
2020 Misteri Bilik Bawah Zalika TV3
Cucu Nek Putih Suri Astro Citra
Luluh Khairina TV3
2021 Aku Bukan Malaikat Rohani TV1
Sebelum Pulang Amira TV2
2022 Matahari Tak Bercahaya Mastura TV3
2023 Mendarat Di Syurga Dian
2024 Lukisan Hati Umar Ramlah
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Impian Laila TV3 diperkenalkan sebagai Farah Nadia
2009 Blogger Boy 2 Atiqah 8TV
2010 Apa Dosaku: Sybil Kathigasu Astro Citra siri mini
Rafeeq Astro Ceria
Inikah Cinta Melissa TV3 sebuah drama tajaan Cornetto
2011 Elly & Epit Eliza Astro Ceria
2012 Prosa Cinta Embun TVi
Bukan Bidadari Inas TV3
Putera Rayyan Arisa TV3
Memberku Hawa Kay TV3 sebuah drama tajaan Kotex
2013 Elly & Epit 2 Eliza Astro Ceria
Seindah Sabarmu Fiqa TV9
Memberku Hawa 2 Kay TV3 sebuah drama tajaan Kotex
Buaian Kasih Qaseh TV1
Kampung Girl Ainnur Azmi TV3
2014 Kifarah (Musim 1) Maimunah TV3 Episod: "Man Kedekut"
Tuan Rumah Pembantu Rumah Intan Asha Areen TV3
#Antidot Frida TV3
2015 Destinasi G4 Cikgu Ana TV9
Street Vendetta Anabella/Bella TV2
Merah Gaun Pengantin Noraimi/Aimi TV1
Diam-Diam Rindu Nurul Iman TV3
2016 Antara Dua Dunia Raisha TV AlHijrah
Puteri Labu TV1
Gondola Cinta Di Venice Wina TV2
Oh My English! After School Astro TVIQ
2017 Girlfriend Aku Dari Neraka Nelly Astro Warna
Jurnal Suraya Suraya TV3
2020 Di Hujung Ranting Mawardah TV2
Hati Yang Tersakiti Mona TV3
2021 Takdir Yang Tertulis Juweta TV3
Mak Cik Bawang Isha TV1
2022 Harith Fayyadh Sarah TV3
Dendam Seorang Isteri Kirana Astro Prima Drama adaptasi Temptation of Wife
Cina Buta Mia Sara Astro Ria
2023 Tanah Kubur (Musim 16) Yati Astro Oasis Episod: "Darah Zina"
2024 Mak Cun, Mai Singgah! Khadijah Tonton

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak
2009 Muzikal Tun Razak
2010 Projek Tanda
2012 Makyung Sindo
2013 Maduku... Kalut Mimi
2015 Diari Wanita... Episod Kak Ani & Nyonya Setiausaha
2016 Ombak Rindu... Tiada Penghujung

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Cerita Rasa Anis Nabilah Dirinya sendiri TV1 Selebriti jemputan
2017 Darlie Mamaku Terer TV3 Episod 1, bersama Nana Mahazan
Sepahtu Reunion Live Ayu Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Nyamuk Masuk Kampung"
2018 Projek Theme Park Dirinya Sendiri Astro Ria
Citarasa Malaysia Pengacara TV Okey
Bawang Live Dirinya sendiri Astro Ria Artis jemputan

Drama radio

sunting
Tahun Tajuk Watak Stesen radio
2018 Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto Sarah Kool FM

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2013 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Mawar Putih Tanda Perpisahan) Tercalon
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Walau Siapa Pun Aku) Tercalon
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014[77] Pelakon TV Wanita Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Kami Histeria) Tercalon
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Dari Pintu Neraka) Tercalon
2017 Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Mengharap Sebuah Keredhaan) Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Fatonah Azali) Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Wanita Drama TV Terbaik (Sebelum Pulang) Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Tugas Zahar Nad Zainal Utusan Malaysia (2 Januari 2015). Dicapai pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (16 Oktober 2014). "Komitmen Nad Zainal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 12 Jun 2017.
  3. ^ "Nad Zainal, Pelakon TV Wanita Popular". Berita Harian. 5 April 2015. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  4. ^ Ramlah Zainal (27 November 2017). "Berdikari urus karier seni". Harian Metro. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  5. ^ Wawann Mohd (27 November 2017). "Dunia seni, perniagaan Nad Zainal". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  6. ^ Zaidi Mohamad (23 Mei 2015). "Nad Zainal belajar hidup sendiri". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  7. ^ Farhana Abd Rahman (14 Februari 2019). Nad teringat zaman naik motosikal Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2019.
  8. ^ Nor Atieyah Yusoff (8 November 2013). "Nad Zainal enggan dilabel 'artis bermasalah'". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  9. ^ Zaidi Mohamad (1 Disember 2017). "Nad Zainal puas dapat beli rumah sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  10. ^ Mohd Al Qayum Azizi (7 Julai 2012). "Nad Zainal tidak tersisih kerana kurang popular". mStar Online. Dicapai pada 12 Jun 2017.
  11. ^ Rudy Imran Shamsudin (15 Februari 2015). "Enggan jaja kisah peribadi". Harian Metro. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  12. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (16 Jun 2012). "Bukan Bidadari, taruhan terbaru Slot Lestary". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  13. ^ Budiey (20 Jun 2012). "Sinopsis drama Bukan Bidadari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  14. ^ Budiey (21 Oktober 2012). "Drama bersiri Putera Rayyan di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  15. ^ "Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!". Beautifulnara. 30 April 2012. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  16. ^ "Kotex tampil dengan Memberku Hawa". Kosmo!. 4 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  17. ^ "'Tuala Wanita' Bawa Tuah Pada Nad Zainal". Malaysian Digest. 29 Mei 2013. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  18. ^ "Nad Zainal pembuli, Akim tak suka gadis kampung". Malaysian Digest. 11 Julai 2013. Dicapai pada 24 Jun 2014.
  19. ^ "Kampung Girl bakal cipta fenomena baru". Oh! Bulan. 7 Julai 2013. Dicapai pada 24 Jun 2014.
  20. ^ Khairul Amri Hassan (15 Julai 2013). "Akim jejaka bandar, Nad gadis kampung". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 24 Jun 2014.
  21. ^ "Tuah 'Mawar Putih Tanda Perpisahan'". Sinar Harian. 1 Disember 2013. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  22. ^ Mohd Al Qayum Azizi (30 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' ungguli ASK 2013". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  23. ^ Roni Hidayat Ridwan (30 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' Drama Terbaik ASK 2013". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  24. ^ "Nad bukti diri tidak jahil". Kosmo!. 11 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-27. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  25. ^ Budiey (27 Ogos 2013). "Nad Zainal & Zoey Rahman Bercinta Dalam 'Tuan Rumah Pembantu Rumah'". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  26. ^ "Kisah masyarakat Maduku Kalut". Utusan Malaysia. 22 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-27. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  27. ^ Azeem Pishal (3 Oktober 2013). "Maduku Kalut menghiburkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  28. ^ Budiey (22 Mei 2014). "Sinopsis Drama Bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  29. ^ "Teater Maduku Kalut Di Istana Budaya". Perak Today. 25 Mei 2014. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  30. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa Diarkibkan 2018-06-18 di Wayback Machine mSTAR Online (14 Februari 2014). Dicapai pada 18 Jun 2014.
  31. ^ Nor Ateiyah Yusoff (18 Disember 2014). "Misi penuh suspens dalam #Antidot". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  32. ^ Kenneth Chaw (27 Januari 2015). "'Antidot': The Malaysian equivalent of 'The Walking Dead'?". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Januari 2015.
  33. ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2015). "Nad Zainal kagumi bakat Remy Ishak". Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
  34. ^ Kemalia Othman (13 Februari 2015). Aksi pisau dalam 'Diari Wanita' tidak berbahaya mStar Online. Dicapai pada 30 September 2015.
  35. ^ Soseh-soseh: 'Lamaran' ubat rindu Nad Harian Metro. 6 Disember 2014. Dicapai pada 30 September 2015.
  36. ^ Ramlah Zainal (1 Januari 2015). Selesa solo Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2015.
  37. ^ "Diari Wanita sarat mesej dan menghiburkan". Panda Baca. 21 Februari 2015. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  38. ^ Shakilawati Abdul Rahman (15 Mac 2015). "Penantian Nad berakhir". Harian Metro. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  39. ^ Nurul Fadilla Awaluddin (12 Mei 2015). "Cabang baharu kerjaya seni Nad Zainal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  40. ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 April 2016). "Sekadar pinjam semangat filem". Harian Metro. Dicapai pada 8 Julai 2016.
  41. ^ Budiey (6 Oktober 2016). Filem Aku Haus Darahmu Lakonan Nad Zainal Budiey. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  42. ^ Aqmar Mustaza (1 Disember 2017). "Fatonah Azali bukan naskhah klise". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  43. ^ "Lakonan Hebat Nad Zainal Dalam Fatonah Azali". Suria Amanda. 11 Disember 2017. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  44. ^ Ardini Sophia Sina (9 Disember 2017). "Serasi watak berat". Harian Metro. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  45. ^ Nor Azurin Ali (9 Disember 2017). "Nad Zainal tolak aura negatif". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-08. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  46. ^ "Jurnal Suraya papar kisah pesakit leukemia". Sinar Harian. 17 November 2017. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  47. ^ "Nad Zainal Sakit Leukimia?". Mangga Media. 13 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  48. ^ "Nad Zainal menghidap Leukimia?". Malaysian Digest. 10 November 2017. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  49. ^ "Zizan Razak, Nad Zainal dan Lan Solo bawa peminat bercuti di luar negara". Astro Awani. 7 Mac 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  50. ^ "Nad Zainal, hos Citarasa Malaysia di TV Okey". URTV. 23 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  51. ^ Zaidi Mohaamd (28 Januari 2017). "Nad Zainal makin 'laku' selepas bersalin". Berita Harian. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  52. ^ "Sumpahan Stileto". Kool FM. 14 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  53. ^ Farhana Ab Rahman (24 Januari 2019). "Nad Zainal elak karya seram". Berita Harian. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  54. ^ Zaidi Mohamad (4 Oktober 2019). "Nad teruja, gementar lakon watak Dr Siti Hasmah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  55. ^ Tahir Alhamzah (4 Oktober 2019). "#Showbiz: Nad all nervous and thrilled to play Dr Siti Hasmah". New Straits Times. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  56. ^ Zaidi Mohamad (27 Januari 2020). "Nad hamil lagi?". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  57. ^ Nor Faezah Sakri (14 Mei 2020). Setiap hari berendam air mata, Nad akui sukar bawa watak Mawardah dalam drama Di Hujung Ranting mStar Online. Dicapai pada 9 September 2020.
  58. ^ Fatin Farhana Ariffin (18 Mei 2020). Drama RTM baguslah... Berita Harian. Dicapai pada 9 September 2020.
  59. ^ Nor Eryani Yusup (1 Februari 2021). Saya bukan pilihan pertama - Nad Zainal Kosmo!. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  60. ^ Asyraf Roslan (25 Mac 2022). "Usah bandingkan kami dengan siri asal 'Temptation of Wife' - Nad Zainal, Fasha Sandha". Astro Awani. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  61. ^ "Nad Zainal dedah sikap sebenar suami selepas berkahwin". Astro Gempak. 11 Jun 2018. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  62. ^ Arina Azlan (9 Disember 2015). "Faliq jejaka pertama berani lamar Nad". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 12 Jun 2016.
  63. ^ "Alahai Comel Sungguh Fahad Ibrahim, Putera Hati Nad Zainal". Astro Gempak. 20 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Jun 2017.
  64. ^ "Nad Zainal Selamat Lahir Bayi Lelaki, Namakan Fahad Ibrahim". Astro Gempak. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Jun 2017.
  65. ^ Farhana Ab Rahman (27 November 2017). "Nad Zainal, Sharifah Sakinah tak bertegur?". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  66. ^ Shamira (21 September 2017). "Nad Zainal berkongsi rahsia kecantikannya". Her Inspirasi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-03. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Bertubuh kecil molek, dan wajah persis keanak-akan buatkan Nad Zainal saling tidak tumpah seperti remaja belasan tahun. Siapa sangka, pelakon berbakat yang juga seorang ibu ini pernah mengalami masalah kulit wajah sehinggakan pernah ditegur oleh seorang pengarah drama terkenal.
  67. ^ Farhana Ab Rahman (28 Oktober 2018). "Nad Zainal tinggalkan tabiat buruk demi penampilan". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2018.
  68. ^ Sairul Zamri Misrani (5 April 2021). "Klasik, Nad Zainal namakan anak Budi Kalsom". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  69. ^ Zaidi Mohamad (3 September 2022). "Nad, Faliq bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2022.
  70. ^ Muhammad Zaini Mohamad Zain (14 Februari 2017). "Nad Zainal lebih yakin bersama Audela". Youth Bernama. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  71. ^ "Amal pakai bedak sejuk dan skrub muka - ini rahsia paling mujarab bagi Nad Zainal". InTrend. 24 Mei 2018. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  72. ^ Zaidi Mohamad (12 November 2017). "Nad Zainal tidak kemaruk barang berjenama". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  73. ^ "Nad Zainal duta rasmi kempen #FEMESxNADZAINAL". InTrend. 10 Mac 2015. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  74. ^ "#FEMESxNADZAINAL – Nad Zainal Sebagai Duta Rasmi 'Femes Fish Head Sandal'". Galaksi Media. 12 Mac 2015. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  75. ^ Aqmar Mustaza (3 Oktober 2013). "Rahsia kecantikan Nad Zainal". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  76. ^ Zaidi Mohamad (4 November 2018). ‘Nad sama macam saya’: Umie Aida Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2018.
  77. ^ Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Budiey (18 Februari 2015). Dicapai pada 18 Jun 2015.

Pautan luar

sunting