Mohd Nassuruddin Daud
Menteri Besar Kelantan
Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Daud (Jawi: محمد نصرالدين بن داود ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 sejak 15 Ogos 2023 mengganti Ahmad Yakob yang uzur dan beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Kelantan sejak 1995 yang bertanding di atas tiket PAS.
Mohd Nassuruddin Daud SJMK, DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
Menteri Besar Kelantan | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 (1 tahun, 3 bulan dan 18 hari) | |
Timbalan | Mohamed Fadzli Hassan |
Sultan | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Dato Haji Ahmad Yakob |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Portfolio | Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Portfolio | Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Meranti | |
Menyandang jawatan 1995 | |
Didahului oleh | Zakaria Ismail |
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
Digantikan oleh | Abdullah Ya’kob |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Nassuruddin bin Daud 4 Oktober 1965 Kampung Meranti, Pasir Mas, Kelantan |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Ustazah Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob |
Anak | 10 |
Kediaman |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Politik
suntingPasca pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1] bagi penggal keempat. Mohd Nassuruddin mula menjadi AJK PAS Pusat sejak 2015.
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Kelantan
- Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK) - (2007)
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2010)
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2019)[2]
- Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Panglima Perang (2019)
Rujukan
sunting- ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-09. Dicapai pada 2019-11-26.