Filem Merana merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 27 November 1954. Filem Merana diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Merana
PengarahB.N. Rao
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
Latifah Omar
Daeng Idris
Siti Tanjung Perak
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehOsman Ahmad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
27 November 1954
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem Merana diarah oleh pengarah B.N. Rao dan ditayang kepada umum pada 27 November 1954.

Trivia

sunting

Filem Merana merupakan antara filem kedua terawal pembabitan Seniwati Latifah Omar di layar perak.[1] Di dalam filem ini, beliau sekali digandingkan bersama Seniman Tan Sri P. Ramlee sebagai pasangan suami isteri. Lakonan ini merupakan kali kedua dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum berhijrah dari Malay Film Productions.

Ringkasan

sunting

Filem ini mengisahkan Amir (P. Ramlee) mengahwini Aminah (Latifah Omar), anak Cikgu Tahir (Daeng Idris) di mana perkahwinan mereka tidak direstui ibu Amir. Pada hari perkahwinan mereka, Hamidah, kakak kepada Amir (Aini Hayati) telah meninggal dunia akibat jatuh dari tangga di rumahnya sebaik sahaja Aminah menjejakkan kaki ke rumah Amir. Sejak dari itu, Ibu Amir (Siti Tanjung Perak) selalu mencari salah Aminah dan cuba memisahkan mereka dengan bantuan ayah saudara Amir (Mustarjo) dan isterinya (Musalmah) dan merancang untuk menjodohkan Amir dengan sepupunya Rosni (Mariani). Ibunya telah meninggalkan rumah dan tinggal bersama abangnya akibat kecewa dengan Amir dan Aminah. Aminah sempat melahirkan seorang puteri bernama Faridah. Ibunya pulang semula ke rumah dan mula menjaga cucunya. Ibunya tidak merelakan Aminah menjaga cucunya. Ketika Amir bekerja di luar kawasan selama seminggu, Aminah mendapat berita yang ayahnya tenat dan teringin sangat melihat wajah cucunya. Aminah meminta izin dari ibu mertuanya, tetapi dia tidak mengizinkan. Aminah bernekad untuk balik ke kampung menziarahi ayahnya malam itu juga bersama anaknya, Faridah. Setibanya dia di stesen keretapi, dia mendapati tiada lagi perjalanan keretapi ke Ipoh dan dia mengambil keputusan bermalam disitu. Kebetulan ada seorang lelaki yang budiman (lakonan H.M. Rohaizad) yang membantu Aminah dan anaknya. Dia begitu bersimpati terhadap nasib mereka berdua. Ibu Amir bergegas ke stesen keretapi selepas dia mendapati Faridah tiada disisinya lalu dia merampas Faridah dari Aminah dan menuduh Aminah berlaku curang dibelakang Amir. Aminah teramat sedih dan kecewa. Setibanya Aminah di kampung, dia mendapati ayahnya baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir dan terkilan kerana tidak sempat melihat wajah Aminah dan Faridah. Akibat terlalu sedih dan tekanan perasaan yang teramat mendalam Aminah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat (lakonan Salleh Ghani). Amir telah pulang ke rumah semula. Dia mendapati Aminah sudah tiada di rumah. Ibunya mengatakan Aminah telah melarikan diri bersama lelaki lain. Amir bagaikan tidak percaya akan kata kata ibunya. Di malam hari, Amir bermimpi Aminah yang melayaninya dan dalam sekelip mata Aminah menghilang semula. Amir terpinga-pinga lalu mencari Aminah di serata rumahnya. Osman (Omar Suwita), pembantu rumah menerima sekeping telegram di rumah lalu diserahkannya kepada Amir. Alangkah terkejutnya Amir, apabila Aminah disahkan telah meninggal dunia di kampung. Amir bergegas ke kampung dan dia sempat memberikan penghormatan terakhir kepada arwah isterinya dan dia teramat sedih apabila mendapat tahu ayahnya, Cikgu Tahir telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Amir menjadi seorang yang hilang arah tuju dalam hidup dan senantiasa berada dalam igauan bersama arwah isterinya. Amir hilang pekerjaannya dan penyakitnya sukar dirawat oleh doktor peribadinya (lakonan Malek Sutan Muda).

Pelakon

sunting
  • Masa Yang Bahagia nyanyian oleh P. Ramlee & Noormadiah
  • Bila Tiba Masa nyanyian oleh P. Ramlee & Noormadiah
  • Tidurlah Permaisuri nyanyian oleh Noormadiah
    • Dalam filem ini, Latifah Omar menyanyikan lagu dodoi dengan menggunakan suara Normadiah. [3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Latifah Omar serasi dengan Nordin Ahmad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 2017-12-29.
  2. ^ "Merana (1954)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2015-07-11.
  3. ^ [1]Normadiah - Tidurlah Nanda (Versi 2) (Merana OST - 1954)

Pautan luar

sunting