Menteri Besar Terengganu

rencana senarai Wikimedia

Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar
Terengganu
Penyandang
Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Haji
Ahmad Samsuri Mokhtar

sejak 15 Ogos 2023 (2023-08-15)
Kerajaan Negeri Terengganu
Jenisrencana senarai Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Terengganu
KediamanSeri Iman, Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
PusatTingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu
Dilantik olehSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungNgah Muhamad bin Yusof
Dibentuk21 April 1925; 99 tahun yang lalu (1925-04-21)
Tapak webpmb.terengganu.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai Menteri Besar Terengganu

sunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925.

Bil Mula Tamat Menteri Besar[1] Parti
1 21 April 1925 Jun 1940 Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof BEBAS
2 15 Julai 1940 9 Disember 1941 Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman
3 10 Disember 1941 16 Disember 1945 Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud
4 Disember 1945 Disember 1949 YTM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Ibni Sultan Ahmad
5 27 Disember 1949 Jun 1959 Dato' Perdana Menteri Diraja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris
6 Jun 1959 November 1961 Mohd Daud bin Abdul Samad PAS *
7 November 1961 September 1969 Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad Barisan Nasional-UMNO
8 September 1969 September 1972 Dato' Mahmood bin Sulaiman
9 September 1972 Ogos 1974 Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman
10 September 1974 Disember 1999 Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad
11 Disember 1999 Mac 2004 Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang PAS
12 Mac 2004 Mac 2008 Tan Sri Dato' Seri Haji Idris bin Haji Jusoh Barisan Nasional-UMNO
13 Mac 2008 12 Mei 2013 Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
14 13 Mei 2013 10 Mei 2018 Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman
15 10 Mei 2018 14 Ogos 2023 Prof Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Gagasan Sejahtera-PAS
16 15 Ogos 2023 kini Prof Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar PN & PAS

Nota :* - Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959. 2 ahli Parti Negara di Terengganu telah melompat menyertai UMNO pada Oktober 1961. Kemudian Perikatan telah membentuk kerajaan negeri pada November 1961 di bawah Menteri Besar yang baru, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad.[2]

Kontroversi

sunting

Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[3], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[4], [5]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas. Ahmad Said dan Ghazali Taib bagaimanpun telah menyertai semula UMNO selepas beberapa hari dan keadaan itu menjamin kedudukan Ahmad Razif untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "History of PAS in Terengganu" (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Mei 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ [perlu rujukan]
  3. ^ Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB.
  4. ^ Ahmad Said letak jawatan Menteri Besar Terengganu.
  5. ^ "Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.

6. Ar-Ruasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu : ISBN- 978-967-13106; Perpustakaan Negara Malaysia