Mazhab Syafii

mazhab yang diikuti islam dizaman moden ini berdasarkan hadis dan nars yang tidak putus tentang hadith rasululah muhammad akan penyahihan isi pati dan penurunan perkara peristiwa yang membabitkan bahwa nasakh rasululah muhammad itulah bani sraeliad
(Dilencongkan daripada Mazhab Syafie)

Mazhab Syafii atau Mazhab Syafie (bahasa Arab: شافعية, Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam Syafie. Mazhab ini kebanyakannya diikuti oleh para penduduk Muslim di Mesir, Barat Arab Saudi, Syria, Jordan[1], Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Filipina dan Pantai Koromandel di Malabar, Hadramaut (Yaman), serta Bahrain.

Sejarah

sunting

Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis) dan ahl al-ra'y (cenderung berpegang pada akal fikiran atau ijtihad). Beliau belajar dari Imam Maliki sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan Asy-Syaibani sebagai tokoh dan ulama yang juga murid ulama hadith muntawatir

Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.

Asas-asas

sunting

Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam buku-buku tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat cabang). Asas-asas mazhab yang pokok pangkalnya: , ialah berpegang pada: dalil dan nars ini

  1. Al-Quran, tafsir secara lahiriah, jika tidak ada yang menegaskan bahawa yang dimaksud bukan erti lahiriahnya. Imam Syafii pertama sekali selalu mencari alasannya dari Al-Quran dalam menetapkan hukum Islam.
  2. Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak ditemui rujukan dari Al-Quran. Imam Syafii sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga dijuluki Nashir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).
  3. Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Ijma' yang diterima Imam Syafii sebagai landasan hukum adalah ijma' para sahabat, bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi.
  4. Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafii menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.

Qaul Qadim dan Qaul Jadid

sunting

Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama).

Ketika kemudian Imam Syafii pindah ke Mesir kerena munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berhasil mempengaruhi kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeza, atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru).

Imam Syafii berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika terdapat kondisi yang cocok baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii.

Penyebaran

sunting

Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok fikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebarkan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:

  • Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846)
  • Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878)
  • Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884)

Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dan pendiri fiqah Mazhab Hanbali, juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii, antara lain:

- Imam Al-Baihaqi yang mencari dan menyusun dalil hadis bagi setiap fatwa Imam Syafii, orang yang banyak berjasa kepada Imam Syafii dan mazhabnya

- Imam Al-Ghazali mensyarah fiqh mazhab Syafii di kitab Al-Aziz dan Al-Wajiz

- Imam An-Nawawi pengarang Minhajul Talibin, manual bagi mazhab Syafii dan pendapatnya dianggap sebagai muktamad mazhab Syafii bersama dengan Imam Ar-Rifai

- Imam As-Suyuti, wafat pada 1505 Masehi, pakar tafsir, pakar fiqh Syafii, pakar bahasa Arab dan pakar hadis. Orang paling alim diatas muka bumi dizamannya

- Imam Ibn Hajar Al-Haithami wafat 1566. Mensyarah kitab Minhaj Imam Nawawi menjadi Tuhfatul Muhtaj. Rujukan kepada Syafiiyah terkemudian

Peninggalan

sunting

Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lain-lain, di mana berbagai-bagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para penyokong mazhab ini.

Kerana metodologi yang sistematik dan tinggi tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi penyokong setia mazhab ini. Kerajaan Seljuk dibawah perdana menteri Nizamul Mulk mendirikan madrasah Nizamiyah di Baghdad dan Khurasan, menjadikan mazhab Syafii menjadi dua aliran iaitu aliran Baghdad dan Khurasan. Kerajaan Ayyubiyah yang memerintah Mesir, Syria, Hijaz dan Yemen menjadikan mazhab Syafii sebagai mazhab rasmi negara menggantikan fahaman Syiah Ismailiyah. Melalui jalur perdagangan dari Mesir, Hijaz dan Yemen, mazhab Syafii tersebar ke pantai Malabar (Kerala) di India dan ke Asia Tenggara. Tambahan lagi, Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. Abu Zahrah, Muhammad, Imam Syafi'i: Biografi dan Pemikirannya dalam Masalah Akidah, Politik & Fiqih, Penerjamah: Abdul Syukur dan Ahmad Rivai Uthman, Penyunting: Ahmad Hamid Alatas, Cet.2 (Jakarta: Lentera, 2005).
  2. Al-Qaththan, Syaikh Manna', Pengantar Studi Ilmu Al-Qur'an, Penerjemah: H. Aunur Rafiq El-Mazni, Lc., MA., Penyunting: Abduh Zulfidar Akaha, Lc., Cet.1 (Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2006).
  3. Yatim, Badri, Sejarah Peradaban Islam, Ed.1, Cet.12 (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2001).
  4. Imam Muslim, Terjemah Hadits Shahih Muslim, Penerjemah: Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, 2002).
  5. Al Imam Al Bukhari, Terjemah Hadits Shahih Bukhari, Penerjemah: Umairul Ahbab Baiquni dan Ahmad Sunarto (Bandung: Penerbit "Husaini" Bandung, tanpa tahun).

Pautan luar

sunting
  1. ^ "Iftaa' Department - Why is there difference of Fatwa among scholars?". aliftaa.jo. Dicapai pada 2024-10-20.