Mat Rukun adalah drama Malaysia 2017 yang bertemakan komedi. Drama ini telah ditayangkan pada 25 Oktober 2017 pada jam 8.30 malam melalui saluran TV9 di Slot Kelakarama TV9.[2][3]

Mat Rukun
Genre
Ditulis olehZ.H.Emdee
PengarahJamal Khan[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitHujan Lebat Production Sdn.Bhd.
Tempoh siaran43 minit
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal25 Oktober 2017 – 18 November 2017

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Roslan dan Khatijah yang risau kerana walaupun sudah 21 tahun, perangai manja Mamat masih tidak berubah. Mamat juga suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bersama rakan-rakannya. Kerana buntu, Roslan dan Khatijah bertanya pada rakan-rakan mereka. Ramailah memberikan pelbagai cara dan kaedah sehinggakan ada juga yang tidak masuk akal sehinggalah ada seorang rakan mereka mencadangkan supaya Mamat berumah tangga. Mungkin dengan berumah tangga perangai Mamat akan lebih matang dan bertanggunjawab.

Sudah tentu Mamat tidak bersetuju, dia merasakan dirinya masih terlalu muda untuk berumah tangga dan belum puas untuk menikmati hidupnya. Tetapi setelah didesak Mamat akhirnya setuju tetapi bersyarat. Mamat ingin Roslan dan Khatijah mencari seorang gadis Kedah yang kulitnya cantik, ayu seperti gadis gunung,. Roslan dan Khatijah bersetuju kerana mereka juga suka sekiranya dapat bermenantukan gadis kampung. Sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan, mereka mencari gadis seperti yang diminta oleh Mamat. Seorang rakan mereka berkongsi gambar seorang gadis yang tiggal di sebuah kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai, Kedah. Roslan dan Khatijah berkenan dengan keayuan wajah gadis tersebut dan terus membuat keputusan untuk merisik gadis tersebut.

Pada mulanya Mamat tidak mengendahkan siapakah gadis pilihan ibu bapanya. Tetapi apabila terlihat gambar gadis tersebut, dia tidak menyangka hatinya tertarik. Mamat pula meminta izin Roslan dan Khatijah untuk ke kampung Ayu, tunangnya itu. Mamat memberi alasan mengenali Ayu. Ayu juga walaupun tidak mengenali Mamat, menerima seadanya akan kekurangan Mamat. Tetapi untuk mengubah Mamat, Ayu telah menetapkan syarat. Mamat perlu mempelajari rukun-rukun yang penting sebagai seorang Islam dengan datuknya bagi membolehkan Mamat menjadi suami yang lebih baik. Mampukah Mamat mempelajari dengan baik kesemua rukun-rukun tersebut seterusnya menawan hati Ayu dan keluarganya?

Pelakon

sunting

Lagu (OST)

sunting
  • Mat Rukun - Khalifah Band
  • Kau Aku Nikahi - Z.H.Emdee

Anugerah dan pencapaian

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[1] Drama Komedi Terbaik Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.
  2. ^ Drama Mat Rukun (TV9), MyInfoTaip. Dicapai 27 Oktober 2017.
  3. ^ Mat Rukun temukan Zoey & Elisya, Berita Harian. Dicapai 27 Oktober 2018.
  4. ^ Zoey yang serba boleh Diarkibkan 2018-10-27 di Wayback Machine, Utusan Online. Dicapai 27 Oktober 2018.