Dr. Raden Mohammad Marty Muliana Natalegawa, M.Phil, B.Sc (lahir di Bandung, Jawa Barat pada 22 Mac 1963; umur 49 tahun) adalah Menteri Luar Negeri Indonesia sejak 22 Oktober 2009.[1]

Marty Natalegawa
Menteri Luar Negeri of Indonesia
Dalam jawatan
22 October 2009 – 20 Oktober 2014
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehHassan Wirajuda
Digantikan olehRetno Marsudi
Permanent Representative of Indonesia to the United Nations
Dalam jawatan
5 September 2007 – 22 October 2009
Didahului olehRezlan Ishar Jenie
Digantikan olehHasan Kleib
Maklumat peribadi
Lahir (1963-03-22) 22 Mac 1963 (umur 61)
Indonesia Bandung, Jawa Barat
Kewarganegaraan Indonesia
PasanganSranya Bamrungphong
AnakAnantha
Annisa
Andreyka
Tempat belajarAustralian National University
Corpus Christi College
London School of Economics
Ellesmere College
Concord College
Bidang pengkhususanDiplomat

Pendidikan

sunting

Keluarganya menyekolahkan dia ke Singapura setelah lulus dari SD Kris di Jakarta pada 1974. Marty bersekolah di Singapore International School (1974) dan kemudian di sekolah asrama setingkat SMP Ellesmere College dan Concord College, Britain (1981). Beliau mendapat ijazah hubungan internasional di London School of Economics and Political Science, University of London (1984). Kemudian meraih Sarjana Hubungan Antarabangsa di Cambridge University (1985).Seterusnya PhD Hubungan Antarabangsa di Australian National University, Australia (1993).

Kerjaya

sunting

Marty mula bekerja di Kementerian Luar Negeri pada 1986.Marty menjadi Staf Badan Litbang Departemen Luar Negeri pada 1986-1990.Dia menjadi juru bicara Jabatan Luar Negeri (2002-2005).Dari 11 November 2005–5 September 2007 Marty dilantik menjadi Duta Besar ke Britain dan Belanda, menggantikan Juwono Sudarsono yang dilantik menjadi Menteri Pertahanan.

Selanjutnya, Marty menjadi Duta Besar RI ke PBB (5 September 2007–22 Oktober 2009) dan menjadi Presiden Majlis Keselamatan PBB.

Pada 22 Oktober 2009, Marty dilantik menjadi Menteri Luar Indonesia ke-17, menggantikan Dr. Nur Hassan Wirajuda.

Beliau pernah menjadi ketua delegasi ke PBB; Gerakan Non-Blok; OIC; dan ASEAN. Beliau juga rakan dialog Timor Timur dengan kerjasama ASEAN (2003-2005).

Keluarga

sunting

Marty berkahwin dengan Sranya Bamrungphong dari Thailand dan mereka dikurniakan tiga orang anak yakni Raden Siti Annisa Nadia Natalegawa, Raden Mohammad Anantha Prasetya Natalegawa dan Raden Mohammad Andreyka Ariif Natalegawa.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Marty Natalegawa, Menteri Luar Negeri RI ke-17". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2012-05-07.