Malaysia di Sukan Deaflimpik Musim Panas 2017

Malaysia beraksi di Sukan Deaflimpik Musim Panas 2017 yang diadakan di Samsun, Turki selepas hampir terlepas peluang beraksi di Sukan Deaflimpik Musim Panas 2013 berikutan dakwaan pemain Malaysia yang tidak cukup latihan untuk beraksi di acara tersebut.[1] Malaysia menghantar delegasi yang terdiri daripada 16 peserta untuk acara itu walaupun sebelum ini diumumkan hanya 10 peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara pelbagai sukan itu.[2][3] Ini adalah kali kelima Malaysia layak menyertai Deaflimpik Musim Panas selepas membuat debut Deaflimpik pada 1993.

Malaysia di
Sukan Deaflimpik Musim Panas 2017
Kod IOCMAS
NOCPersatuan Sukan Orang Pekak Malaysia
Laman sesawangwww.msdeaf.org.my
di Samsun
18 – 30 Julai 2017
Peserta16
Pingat
Kedudukan ke-39
Emas
0
Perak
1
Gangsa
0
Jumlah
1
Penampilan Sukan Deaflimpik Musim Panas

Sebelum acara Deaflimpik, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pemenang pingat akan diberi ganjaran.[4] Malaysia meraih satu-satunya pingat dalam acara beregu campuran badminton.[5]

Pemenang pingat

sunting
Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
  Perak Boon Wei Ying
Francis Tan Heng Bock
Badminton Beregu campuran 28 Julai

Carta pingat

sunting
Sukan   Emas   Perak   Gangsa Jumlah
Badminton 0 1 0 1

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "All geared up for Turkey task - Scoreboard | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-05-09.
  2. ^ "Malaysia | 2017 Summer Deaflympics". www.deaflympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-18.
  3. ^ "10 to represent Malaysia at 2017 Summer Deaflympics | ATHLETICS News | Stadium Astro". Dicapai pada 2017-12-18.
  4. ^ "Government to reward Malaysian medal winners in Summer Deaflympics". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-18. Dicapai pada 2017-12-18.
  5. ^ "Countries | 2017 Summer Deaflympics". Dicapai pada 2017-12-18.

Pautan luar

sunting