Dewan Perundangan Hong Kong

badan perundangan Hong Kong
(Dilencongkan daripada Majlis Perundangan Hong Kong)

Dewan Perundangan[nota 1] Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (Cina Tradisional: 香港特別行政區 立法 會, bahasa Inggeris: Legislative Council of the Hong Kong Special Administrative Region; disingkatkan kepada Legco) adalah badan perundangan unikameral Hong Kong yang ditadbir secara khusus dari Republik Rakyat China. Badan ini adalah sebuah lembaga yang dipilih secara semidemokratis yang terdiri dari 70 anggota, 35 yang dipilih secara langsung melalui lima konstituen geografi (GCS) di bawah sistem perwakilan berkadar dengan kaedah sisa terbesar dan kuota sederhana, sementara 30 lainnya dipilih secara tidak langsung melalui konstituen fungsional (FCS) berbasis pertukaran dengan pengundian yang terbatas.[4] Di bawah paket reformasi konstitusi yang lolos pada tahun 2010, ada lima Dewan Daerah (Kedua) konstituen fungsional baru dicalonkan oleh Anggota Dewan Daerah dan dipilih oleh pemilih seluruh Hong Kong.

Dewan Perundangan
Kawasan Pentadbiran Khas
Hong Kong
香港特別行政區立法會
Legislative Council of the Hong Kong Special Administrative Region
Lambang Dewan Perundangan
Dewan Perundangan ke-6
Jenis
Jenis
Unikameral
Sejarah
Diasaskan26 Jun 1843 (1843-06-26) (Kolonial)
25 Januari 1997 (1997-01-25) (Sementara)
1 Julai 1998 (1998-07-01) (HKSAR)
Kepimpinan
     Andrew Leung, BPA
sejak 12 Oktober 2016
Struktur
Ahli70
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik

Penyokong Pemerintah (40)

Golongan Demokrat (29)
[1]

Penyokong penentuan nasib sendiri (3)

Blok Bebas (1)
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
4 September 2016
Tempat persidangan
Kompleks Dewan Perundangan, 1 Legislative Council Road, Tamar, Hong Kong
22°16′52″N 114°09′58″E / 22.281087°N 114.166127°E / 22.281087; 114.166127Koordinat: 22°16′52″N 114°09′58″E / 22.281087°N 114.166127°E / 22.281087; 114.166127
legco.gov.hk
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Dewan Legislatif
Kompleks Dewan Legislatif, dari tahun 2011
Tulisan Cina Tradisional立法會
Tulisan Cina Ringkas立法会
Name before 1997
Bahasa Cina立法局

Dewan Perundangan pertama kali dibentuk pada tahun 1843 di bawah Piagam Koloni Hong Kong sebagai dewan penasihat kepada Gabenor Jajahan. Wewenang dan fungsi badan legislatif diperluas sepanjang sejarah.[5] Dewasa ini, fungsi utama Dewan Perundangan ini adalah menetapkan, meminda atau menarik balik undang-undang; memeriksa dan menyetujui anggaran, percukaiaan dan perbelanjaan awam serta mengajukan pertanyaan terhadap pekerjaan pemerintah. Selain itu, Dewan Perundangan juga diberikan kuasa wewenang mengesahkan pengangkatan dan pemberhentian hakim dari Pengadilan Tingkat Kasasi dan Hakim Ketua Pengadilan Tinggi, serta untuk memecat jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong.[4][5]

Sebelum Hong Kong dirancang pengembaliannya pada tahun 1996, suatu Dewan Perundangan Sementara dibentuk oleh Pemerintah Republik Rakyat China sebagai perbandingan dengan badan legislatif kolonial terpilih tahun 1995; badan ini dimansuhkan setelah Pentadbiran Khas dibentuk tepat tanggal 1 Julai 1997.

Sejarah

sunting

Dewan ini dibentuk pada tahun 1843 sebagai badan legislatif kolonial di bawah kekuasaan British. Konstitusi pertama Hong Kong[5] dibentuk melalui Surat Paten utusan Ratu Victoria (lihat Surat Paten Hong Kong) yang dikeluarkan pada tanggal 27 Jun 1843 dan berjudul Piagam Koloni Hong Kong, mengesahkan pembentukan Dewan Perundangan untuk memberikan nasihat kepada pemerintahan Gabenor Hong Kong. Dewan memiliki empat anggota rasmi termasuk Gabenor yang merupakan Presiden dan Anggota ketika pertama kali dibentuk. Surat Paten tahun 1888, yang menggantikan Piagam tahun 1843, menambahkan kata-kata penting "dan persetujuan" setelah kata-kata "dengan saran".[5] Dewan Perundangan awalnya dibentuk sebagai badan penasihat kepada Gabenor, dan untuk sebagian besar waktu, terdiri atas setengah anggota rasmi, yang merupakan pejabat pemerintah yang duduk di Dewan, dan setengahnya lagi anggota tidak rasmi yang diangkat oleh Gabenor.

Setelah Deklarasi Bersama China-Britain ditandatangani pada tanggal 19 Disember 1984 (di mana United Kingdom bersetuju menyerahkan kedaulatan Hong Kong kepada Republik Rakyat China pada tanggal 1 Julai 1997), pemerintah Hong Kong memutuskan untuk memulai proses demokratisasi berdasarkan dokumen konsultatif, Buku Hijau : Pengembangan Lebih Lanjut dari Pemerintah Perwakilan di Hong Kong yang telah dirangka lebih awal pada tanggal 18 Julai tahun sama.[6]

Perwakilan

sunting

Perwakilan politik yang memainkan peranan dalam melantik wakil perundangan di Hong Kong dibahagikan kepada dua jenis yang rasmi:

  • Perwakilan geografi (geographical constituency, 地區直選) - terdiri daripada penghuni yang mengundi mengikut kawasan dibahagikan secara geografi.
  • Perwakilan kefungsian atau bidang (functional constituency, 功能界別) - kelompok mewakili sesebuah bidang pekerjaan atau kepakaran turut termasuk badan korporat dan pertubuhan tertentu.

Mengikut geografi

sunting

Terdapat lima badan pewakil mengikut pembahagian geografi:[7]

  • Pulau Hong Kong (6 kerusi)
  • Kowloon Barat (6 kerusi)
  • Kowloon Timur (5 kerusi)
  • New Territories Barat (9 kerusi)
  • New Territories Timur (9 kerusi)

Mengikut bidang

sunting
  • Heung Yee Kuk (Majlis Pedalaman, 鄕議局)
  • Pertanian dan Perikanan
  • Insurans
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Perundangan
  • Perakaunan
  • Perubatan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Kejuruteraan
  • Kejurubinaan, Pengkajian dan Perancangan
  • Buruh
  • Kebajikan Sosial
  • Hartanah dan Pembinaan
  • Pelancongan
  • Komersil I
  • Komersil II
  • Industri I
  • Industri II
  • Perdagangan
  • Perkhidmatan Dagangan
  • Sukan, Seni, Budaya dan Penerbitan
  • Import dan Eksport
  • Tekstil dan Pakaian
  • Borong Runcit
  • Teknologi Maklumat
  • Katering
  • Majlis Daerah I (District Council, 區議會)
  • Majlis Daerah II

Keanggotaan

sunting

Perangkaan terkini diberikan setakat 22 Disember 2018:

Parti Bil. wakil diundi Bil. wakil terkini
Democratic Alliance for the Betterment and Progress of Hong Kong 12 13
Business and Professionals Alliance for Hong Kong 7 8
Hong Kong Federation of Trade Unions 5 5
Parti Liberal 4 4
New People's Party 3 2
Federation of Hong Kong and Kowloon Labour Unions 1 1
New Century Forum 1 1
Roundtable 0 1
Bebas 7 8
Keseluruhan dalam pihak menyokong Beijing 40 43
Parti Demokratik Hong Kong 7 7
Civic Party 6 5
Professional Commons 2 2
People Power 1 1
League of Social Democrats 1 0
Parti Buruh 1 1
Demosistō 1 0
Neighbourhood and Worker's Service Centre 1 1
Hong Kong Professional Teachers' Union 1 1
HK First 0 1
Neo Democrats 0 1
Bebas 5 4
Keseluruhan dalam pihak menyokong demokrasi 26 24
Civic Passion 1 1
Youngspiration 2 0
Keseluruhan dalam pihak menyokong lokalisme 3 1
Bebas berkecuali 1 1
Kosong 0 1
Total 70 69
  1. ^ Pemilihan ini sebagai kompromi antara dua istilah berpincang dipakai dalam alam Melayu: peristilahan di Malaysia lazim memakai "Majlis Perundangan" manakala peristilahan Indonesia lebih menggunakan "Dewan Legislatif". Malah, penggunaan "Dewan Perundangan" juga ada duluan dalam media Singapura.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "為「泛民主派」正名". 公民黨. 2016-09-23.
  2. ^ "Facts about the Election". Elections.gov.hk.
  3. ^ Rujuk:
  4. ^ a b "LegCo Today". Legislative Council Commission.
  5. ^ a b c d "History of the Legislature". Legislative Council. Dicapai pada 30 April 2013.
  6. ^ "A Companion to the history, rules and practices of the Legislative Council of the Hong Kong Special Administrative Region - Part I: An introduction to the Legislative Council, its history, organisation and procedure - Chapter 3". Legislative Council Commission.
  7. ^ Cap 542 s18 Establishment of geographical constituencies Legislative Council Ordinance

Pautan luar

sunting