Kipas abis
Kipas abis (B.I.: Abyssal fans), juga dikenali sebagai kipas laut dalam, delta bawah air, dan kipas dasar laut, adalah struktur geologi bawah air yang berkaitan dengan pemendapan sedimen berskala besar dan dibentuk oleh arus kekeruhan. Ia boleh dianggap sebagai versi di bawah air bagi kipas aluvium dan boleh berubah-ubah secara mendadak dari segi saiz, dengan lebar dari beberapa kilometer ke beberapa ribu kilometer (see Kipas Benggala).[1]
Pembentukan
suntingKipas abis (atau dasar laut) terbentuk daripada arus kekeruhan.
Arus kekeruhan bermula apabila sesuatu, contohnya gempa bumi (atau hanya ketidakstabilan sedimen yang baru mendap yang sedia ada), menyebabkan sedimen ditolak ketepi melepasi pinggir pelantar benua dan ke bawah cerun benua, mewujudkan runtuhan tanah di dasar laut. Campuran tebal lumpur dan pasir memecut ke arah kaki cerun sehingga tahap kecerunan menjadi landai dan arus kekeruhan menjadi perlahan. Arus yang memperlahan mempunyai keupayaan yang berkurangan untuk mengangkut sedimen dan pemendapan butiran kasar bermula, mewujudkan kipas dasar laut. Arus berterusan menjadi perlahan kerana ia bergerak ke arah kenaikan benua sehingga ia mencapai bahagian aras dasar lautan. Hasil akhir iniadalah satu siri sedimen berperingkat yang terdiri daripada pasir, keladak dan lumpur dan mereka dikenali sebagai turbidit, seperti yang dinyatakan oleh jujukan Bouma.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Gluyas, J. & Swarbrick, R. (2004) Petroleum Geoscience. Publ. Blackwell Publishing
Sumber
sunting- "Turbidites Hold Great Potential for Deepwater Exploration" (PDF). Baker Hughes, Inc. 2000.
- Svetlana Kostic, Gary Parker (2004). "The Response of Turbidity Currents to a Canyon-Fan Transition: Internal Hydraulic Jumps and Depositional Signatures" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-20. Dicapai pada 2015-10-25.
- Allen, Philip & Allen, John, 2005. Basin Analysis: Principles and Applications. 2nd ed. Blackwell.