Kemboja Putih ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 dibintangi oleh Eira Syazira dan Fauzi Nawawi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 7 Mac 2011 hingga 7 April 2011 menggantikan Sakti Delima.[1][2]

Kemboja Putih
Genre
Ditulis oleh
PengarahHarris Fadzillah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kau Telah Pergi" oleh Farahdhiya
Lagu penutup"Kau Telah Pergi" oleh Farahdhiya
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
PenyuntingMeen Johari
Sinematografi
  • Nazir Ahmad
  • Faizad Abd Razak
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal7 Mac 2011 – 7 April 2011
Kronologi
MengikutiSakti Delima
Diikuti olehMata Ayer

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang Kemboja (Eira Syazira), seorang gadis cantik, sopan santun dan lemah lembut, yang sering menjadi perhatian anak-anak muda kampung. Tinggal bersama ibu dan ayah tirinya, Kemboja menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda bernama Amar (Fauzi Nawawi), dan ini telah menimbulkan rasa cemburu pada anak-anak muda yang lain terutamanya Zali (Ezany).

Zali adalah cucu angkat kepada Tok Ketua dan mempunyai beberapa orang bawahan. Mereka sentiasa bersama melakukan perkara-perkara tidak bermoral dan mereka selalu berhubung dengan Ako, ketua samseng dari Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, Amar, seorang anak muda kampung yang dikenali kerana nilai-nilai murninya seringkali menjadi kebencian kepada Zali, hanya kerana Amar dan keluarganya bukanlah penduduk asal kampung tersebut. Dan disebabkan itu, Zali sentiasa mempengaruhi pemikiran orang-orang kampung untuk membenci dan menyisihkan Amar dan keluarganya.

Setelah mengetahui bahawa dia merupakan seorang anak hasil ketelanjuran ibunya, Zarina, dengan Rahim, Zali menyimpan dendam terhadap Rahim yang melarikan diri bersama Zarina. Kemboja dan ibunya dipukul oleh Zali bagi melepaskan geramnya pada Rahim. Kemboja cuba meminta pertolongan dari orang kampung dan akhirnya Zali ditangkap tetapi kawan-kawannya yang lain sempat melarikan diri. Selang beberapa hari Zali ditangkap, dia telah dibebaskan hasil pertolongan Ako. Akibat dari dipukul dengan kuat, Haryati (ibu Kemboja) telah jatuh sakit dan sebelum dia meninggal dunia, Haryati minta agar Kemboja dan Amar disatukan sebagai suami isteri kerana bimbangkan keselamatan Kemboja.

Setelah berkahwin, Amar dan Kemboja kini menjalani kehidupan mereka sebagai suami isteri dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Mereka berdua menetap di rumah peninggalan arwah ibu Kemboja. Namun demikian, dendam Zali masih membara, dan pada setiap waktu Zali sentiasa memikirkan cara untuk menghancurkan hidup Amar seterusnya memiliki Kemboja. Perasaan dengki dan cemburu terhadap pasangan kekasih ini kemudiannya berubah menjadi dendam yang dahsyat di dalam diri Zali, yang akhirnya mengundang kepada pelbagai tragedi yang tragis, sedih dan menyayat hati. Apakah yang akan dilakukan Zali, dan adakah ia mampu meragut kebahagian Kemboja dan Amar?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Budiey (25 Mac 2011). Kemboja Putih Gandingkan Fauzi Nawawi & Eira Syazira Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 25 April 2011.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (10 Mac 2011). "'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak'". mStar Online. Dicapai pada 25 April 2013.
  3. ^ Kemboja Putih (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2019.