Katipunan (biasanya disingkatkan kepada KKK) merupakan sebuah persatuan revolusioner Filipina yang didirikan oleh gerakan anti-Sepanyol Filipina di Manila pada tahun 1892 dengan tujuan utamanya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Sepanyol melalui revolusi. Berdasarkan penemuan dokumen yang baru dijumpai, persatuan ini telah dianjurkan seawal Januari 1892 namun ia tidak menjadi aktif sehingga 7 Julai tahun yang sama pada malam penulis Filipina José Rizal dibuang ke Dapitan awal hari itu. Persatuan ini telah didirikan oleh antaranya Andres Bonifacio, Teodoro Plata dan Ladislao Diwa sebagai sebuah organisasi rahsia sehingga penemuannya pada tahun 1896 yang membawa kepada mulanya Revolusi Filipina.

Katipunan
Kataástaasan, Kagalanggalang Katipunan ng̃ mg̃á Anak ng̃ Bayan[1]
Kerangka
KependekanKKK
Jenis/bentuk sahPersatuan ketenteraan rahsia
Status undang-undangDibubarkan
Keanggotaan Masonik
Bahasa rasmiTagalog, bahasa-bahasa daerah
Sejarah
PenggantiTejeros Revolutionary Government Sunting ini di Wikidata
Dibentuk7 Julai 1892
Dibubarkan25 Mei 1897
Pengurusan
PengerusiAndrés Bonifacio Sunting ini di Wikidata
Presiden (Pangulo)Deodato Arellano (1892–1893)
Roman Basa (1893–1895)
Andrés Bonifacio (1895–1897)
Organisasi utamaKalayaan (bertarikh Januari 1896, diterbitkan Mac 1896)
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istilah katipunan ini merupakan perkataan bahasa Tagalog yang bererti 'persatuan' daripada kata akar tipon atau 'berhimpun'.[2][tiada dalam ayat yang diberikan] Nama rasmi persatuan ini adalah Kataastaasan, Kagalanggalangang Katipunan ng mga Anak ng Bayan[1][3] ("Persatuan Anak-Anak Bangsa yang Tertinggi dan Amat Disanjung", bahasa Sepanyol: Suprema y Venerable Asociación de los Hijos del Pueblo). Persatuan ini juga dikenali dengan singkatannya iaitu KKK.[4]

Ahli-ahli organisasi ini bersumpah atas kerahsiaannya serta diharapkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh persatuan ini. Pemohon-pemohon keahlian persatuan ini diberikan upacara permulaan biasa untuk menjadi anggota persatuan tersebut. Pada mulanya, keahlian dalam Katipunan hanya terbuka kepada kaum lelaki Filipina tetapi kaum wanita kemudiannya telah juga diterima ke dalam persatuan ini. Katipunan mempunyai penerbitannya sendiri iaitu Kalayaan ("Kebebasan") yang menerbitkan cetakan tunggalnya pada Mac 1896. Buah-buah fikiran dan karya revolusi berkembang dalam persatuan ini, dan kesusasteraan Filipina turut dikembangkan oleh beberapa ahli-ahlinya yang terkemuka.

Dalam perancangan revolusi, Bonifacio menghubungi Rizal meminta sokongan penuhnya dalam Katipunan sebagai pertukaran untuk janji menyelamatkan Rizal dari penahanannya. Pada bulan Mei tahun 1896, sebuah delegasi dihantar menemui Maharaja Meiji di Jepun untuk meminta dana serta sokongan bersenjata. Kewujudan Katipunan dijumpai pihak berkuasa Sepanyol selepas seorang ahli bernama Teodoro Patiño mendedahkan kegiatan Katipunan kepada kakaknya, dan akhirnya kepada penjaga Rumah Anak Yatim Mandaluyong. Tujuh hari selepas penemuan persatuan rahsia tersebut pada 26 Disember 1896, Bonifacio dan para pengikutnya mengoyakkan dokuman pengenalan (cédula) mereka semasa Teriakan Pugadlawin yang memulakan Revolusi Filipina.

Pembentukan

sunting

Katipunan mempunyai empat matlamat mereka iaitu:

  • untuk membangunkan perikatan kuat di kalangan semua ahli (Katipunero)
  • untuk menyatukan orang-orang Filipina menjadi sebuah bangsa yang kukuh;
  • untuk meraih kemerdekaan Filipina dengan cara konflik bersenjata (atau revolusi);[5]
  • untuk mendirikan sebuah republik selepas kemerdekaan tersebut.[6]

Organisasi

sunting

Pentadbiran

sunting

Katipunan diperintah oleh Majlis Tertinggi (bahasa Tagalog: Kataastaasang Sanggunian).[7] Majlis Tertinggi Katipunan dibentuk sekitar Ogos 1892, sebulan setelah penubuhan Persatuan ini. Majlis Tertinggi diketuai oleh presiden terpilih (Pangulo), diikuti oleh setiausaha (Kalihim); bendahara (Tagaingat-yaman) dan ejen fiskal (Tagausig). Majlis Tertinggi juga mempunyai anggota (Kasanguni) yang berubah-ubah bilangannya mengikut jawatan presiden. Untuk membezakan jawatan-jawatan presiden yang lebih rendah sanggunian atau majlis (di bawah) presiden Majlis Tertinggi digelar Presiden Agung (bahasa Tagalog: Kataastaasang Pangulo; bahasa Sepanyol: Presidente Supremo).[8]

Ahli-ahli yang terkenal

sunting
  • Andres Bonifacio (1863–1897) – Supremo, pengasas serta ketua ketiga Katipunan.
  • Emilio Aguinaldo (1869–1964) – Presiden Republik Filipina Pertama yang menggantikan Katipunan. Beliau juga merupakan jeneral perang serta ketua puak Magdalo yang membawa kepada kebanyakan kemenangan Katipunan menentang Spain. Sewaktu jawatan presidennya, belaiu mengarahkan pembunuhan Andrés dan Procopio Bonifacio pada tahun 1897 selepas perbicaraan mereka.
  • Emilio Jacinto (1875–1899) – diberi jolokan Otak Katipunan. Beliau terlibat dalam beberapa penulisan berkaitan Revolusi tersebut ternasuk Kartilya (Primer).
  • Gregoria de Jesús (1875–1943) – isteri Andres Bonifacio sehingga kematiannya di mana Gregoria kemudiannya mengahwini Julio Nakpil. Beliau juga merupakan antara ahli wanita pertama dalam Katipunan.
  • Gregorio del Pilar (1875–1899) – terlibat dalam Katipunan melalui penyertaannya dalam tentera Republik Filipina Pertama menentang  Amerika. Beliau terkorban dalam Pertempuran Laluan Tirad.
  • Pio del Pilar (1860–1931) – pemimpin divisyen Matagumpay serta salah satu pegawai terdekat Bonifacio. Pio sendiri yang meyakinkan Aguinaldo agar menghukum mati adik-beradik (Andrés dan Procopio) Bonifacio.
  • Licerio Gerónimo (1855–1924) – jeneral perang Aguinaldo sewaktu Perang Filipina–Amerika.
  • Vicente Lukbán (1860–1916) – digeruni pihak Amerika Syarikat kerana pembunuhan Balangiga sewaktu berlangsungnya Perang Filipina-Amerika.
  • Miguel Malvar y Carpio (1865–1911) – komander Katipunan yang menjadi jeneral dalam Republik Filipina Pertama.
  • Enrique Pacheco – Alias Resurreccion Macabuhay. Setiausaha Kewangan serta ketua Majlis Macabuhay.
  • Macario Sakay- ketua Katipunan di Trozo, Manila, kemudiannya  pengasas Republika ng Katagalugan yang menentang pendudukan Amerika Syarikat dalam Filipina.
  • Antonio Soliman
  • Paciano Rizal – Abang José Rizal serta kawan rapat Paderi José Burgos sewaktu kecil. Beliau menyertai Katipunan beberapa tahun sebelum kembalinya José dari Dapitan.
  • Manuel Tinio (1877–1924) – Jeneral termuda dalam Katipunan dan Republik Filipina Pertama, beliau kemudiannya menjadi gabenor Nueva Ecija antara tahun 1907 hingga 1909.
  • Aurelio Tolentino
  • Jacinto Tolentino
  • Solomon Doma
  • Julian Felipe (1832–1835) – penulis lagu kebangsaan Filipina, guru dan ahli Liga Filipina yang kemudiannya berkhidmat sebagai penasihat perundangan Katipunan.

Penemuan

sunting

Katipunan akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa Sepanyol pada awal bulan Ogos tahun 1896 di mana dua Katipunero, iaitu Teodoro Patiño dan Apolonio de la Cruz, yang bekerja untuk percetakan Diario de Manila terbabit dalam pertelingkahan mengenai gaji mereka.[9] De la Cruz dan Patiño bertelingkah atas kenaikan gaji mereka sebanyak dua peso, dan De la Cruz cuba menyalahkan Patiño atas kehilangan bekalan percetakan yang digunakan untuk akhbar Kalayaan. Sebagai tindakan terhadap de la Cruz, Patiño mendedahkan rahsia persatuan tersebut kepada adiknya, Honoria Patiño, seorang biarawati di Rumah Anak Yatim Mandaluyong. Pada petang 19 Ogos 1896, Honoria begitu terkejut dan sangat marah apabila mendapat tahu penemuan ini. Ibu penjaga Rumah Anak-anak Yatim Tersebut, Sor Teresa de Jesus melihat Honoria menangis lalu mendekatinya, dan Honoria memberitahunya segala apa yang dia dengar dari abangnya. Pada sekitar pukul 6:15 hari itu, Sor Teresa memanggil Teodoro Patiño dan menyarankannya dia untuk memberitahu segala pengetahuannya mengenai Katipunan melalui satu pengakuan kepada Paderi Mariano Gíl.

Pembubaran

sunting

Berikutan kemenangan Amerika Syarikat melawan Republik Filipina Pertama dalam Perang Filipina–Amerika, pihak Amerika telah memusnahkan sebarang peninggalan Katipunan yang tertinggal.[10][tiada dalam ayat yang diberikan]

Rujukan

sunting

Nota dan petikan

sunting
  1. ^ a b Cruz 1922 II[12].
  2. ^ Woods 2006, halaman 43
  3. ^ May be rated to modern Tagalog orthography as kulitkulitan, Kain na kain lang mga Anak ng Bayan.
  4. ^ Persatuan ini tiada kaitannya dengan kumpulan kekuasaan orang kulit putih Amerika bernama Ku Klux Klan yang juga dipendekkan kepada "KKK".
  5. ^ Fernandez 1926, halaman 15
  6. ^ Isabelo de los Reyes 1899, halaman 27
  7. ^ Kalaw 1925, halaman 87
  8. ^ "Philippine History – The Katipunan: The Supreme Councils".
  9. ^ "Katipunan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-25. Dicapai pada 2009-08-22.
  10. ^ Worcester 1914, halaman 180