Kruiser kelas Deutschland
Kapal tempur poket adalah gambaran (Royal Navy) British untuk kelas kapal perang yang dibina oleh Reichsmarine Jerman menurut had ditetapkan oleh Persetiaan Versailles. Ia dikelaskan sebagai Panzerschiff (kapal berperisai) dalam bahasa Jerman; ia juga dikenali sebagai kelas Deutschland dinamakan menurut kapal pertama kelas ini yang disiapkan. Ia lebih kecil berbanding kapal tempur (sesaran setanding dengan kruiser berat), tetapi dilengkapkan dengan meriam lebih besar berbanding kruiser berat negara lain. Malah, mereka dinamakan semula sebagai kruiser berat pada Februari 1940. Tiga kapal perang dalam kelas ini dilancarkan antara 1931 dan 1934.
- Deutschland (dinamakan semula sebagai Lützow pada bulan November 1939)
- Admiral Scheer
- Admiral Graf Spee
Kapal utama Jerman dihadkan dibawah Persetiaan Versailles kepada sesaran 10,000 tan untuk "kapal berperisai". Tujuannya adalah menghadkan Jerman kepada kapal jenis pra-dreadnought, yang tidak mampu mencabar kuasa laut utama British dan Amerika Syarikat. Beberapa ciptaan teknikal digunakan oleh Jerman bagi membina kapal perang berkuasa dalam had berat ini; antaranya pengunaan petri besar-besaran untuk menyambung bahagian badan kapal (bukannya rivet klassik masa itu, turet persenjataan utama tiga laras, dan penggunaan enjin diesel untuk tujahan. Sungguhpun begitu, kesemua ahli kelas ini melebihi had limit berat (mula-mula dibina sebagai 10,600 tan, kemudian diperbesarkan kepada 11,700 kemudiannya. 12,100 tan), walaupun untuk tujuan politik sesaran yang diumumkan sentiasa diberikan pada had perjanjian 10,000 tan.
Ciri-ciri utama kapal tempur poket adalah ia mempunyai meriam cukup besar (280mm/11" kaliber) untuk lebih tembakan sebarang penjajap musuh yang cukup pantas untuk mengejar mereka, sementara cukup pantas bagi lari dari musuh yang cukup kuat untuk menegelamkan mereka. Pengecualian tunggal adalah sesetengah kruiser tempur British dan Jepun yang dibina semula sebagai kapal perang laju. Kakitangan tentera laut Jerman tahu bahawa situasi sebegini tidak akan berkekalan, tetapi mereka berharap untuk kelebihan sementara. Kelas Deutschland mempunyai kelajuan 28.5 knot, yang sudahpun terlalu perlahan pada permulaan Perang Dunia II (hanya lapan tahun selepas kapal pertama dilancarkan).
Falsafah reka bentuk yang sama telah mendorong kepada generasi kapal perang sejurus sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai kruiser tempur. Dalam keadaan sebenar, komander angkatan memaksa kapal kruiser tempur untuk beroperasi sejajar dengan dreadnought yang lebih besar, dan mereka tertekan dengan teruk (lihat Pertempuran Jutland untuk perincian).
Kriegsmarine Jerman, yang pada permulaan Perang Dunia II masih bertahun-tahun dari mempunyai angkatan parmukaan yang cukup besar, berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut, dan semasa perang pihak Jerman bertujuan menggunakan kapal Panzerschiff khas sebagai penyerang dagang (commerce raider) di laut bebas.
Pada tahun awal pertelingkahan, sebelum pihak Berikat menutup bukaan perlindungan udara di Atlantik Utara, memajukan Huff-Duff yang lebih baik (peralatan triangulation radia) dan radar sentimetrik udara, dan konvoi diberikan perlindungan kapal induk pengiring, kelajuan kapal tempur poket dan persenjataan utama menjadikan sukar bagi menghalang mereka, kerana mereka pada kebiasaanya mengelak sebarang pertempuran yang tidak memihak kepada mereka; malah, mereka diperintah agar tidak berlawan dengan kapal musuh kecuali mereka lebih lebih kuat.
Admiral Graf Spee memusnahkan banyak kapal dagang British sebelum dikepong oleh tiga penjajap British pada Disember, 1939. Dalam pertempuran Sungai Plate berikutnya ia berjaya merosakkan kruiser berat HMS Exeter dengan teruknya sehinggakan HMS Exeter terpaksa berundur daripada beraksi. Bagaimanapun, kapal Jerman itu turut rosak teruk, dan selepas menghabiskan masa beberapa hari terperangkap di Montevideo, ia ditenggelamkan pada 17 Disember, 1939, bagi mengelakkan risiko bertempur dengan kapal perang pengadang British.
Admiral Scheer pula melakukan beberapa siri serangan ke Atlantik Utara, pada satu ketika menenggelamkan penjajap dagang bersenjata HMS Jervis Bay dan beberapa kapal kargo selepas memintas satu konvoy. Deutschland dinamakan semula sebagai Lützow untuk mengelakkan kemungkinan kapal dinamakan menurut Jerman ditenggelamkan. Kedua-dua kapal ini terselamat sehingga minggu-minggu terakhir perperangan.
Lihat juga
suntingBacaan lanjut
sunting- Siegfried Breyer, Gerhard Koop, (translated Edward Force), The German Navy At War 1939–1945: Volume 1 - The Battleships (Schiffer, West Chester, 1989)
- Bernard Ireland, Tony Gibbons, Jane's Battleships of the 20th Century (HarperCollins, New York, 1996) pp. 42-43