Kad ingatan
Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna.
Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.
Jadual data bagi format kad ingatan terpilih
suntingNama | Akronim | Bentuk | DRM |
---|---|---|---|
PC Card | PCMCIA | 85.6 × 54 × 3.3 mm | Tiada |
CompactFlash I | CF-I | 43 × 36 × 3.3 mm | Tiada |
CompactFlash II | CF-II | 43 × 36 × 5.5 mm | Tiada |
SmartMedia | SM / SMC | 45 × 37 × 0.76 mm | Tiada |
Memory Stick | MS | 50.0 × 21.5 × 2.8 mm | MagicGate |
Memory Stick Duo | MSD | 31.0 × 20.0 × 1.6 mm | MagicGate |
Memory Stick Micro M2 | M2 | 15.0 × 12.5 × 1.2 mm | MagicGate |
Multimedia Card | MMC | 32 × 24 × 1.5 mm | Tiada |
Multimedia Card Saiz Dikurangkan | RS-MMC | 16 × 24 × 1.5 mm | Tiada |
MMCmicro Card | MMCmicro | 12 × 14 × 1.1 mm | Tiada |
Secure Digital Card | SD | 32 × 24 × 2.1 mm | CPRM |
miniSD Card | miniSD | 21.5 × 20 × 1.4 mm | CPRM |
microSD Card | microSD | 11 × 15 × 1 mm | CPRM |
xD-Picture Card | xD | 20 × 25 × 1.7 mm | Tiada |
Intelligent Stick | iStick | 24 x 18 x 2.8 mm | Tiada |
Serial Flash Module | SFM | 45 x 15 mm | Tiada |
µ card | µcard | 32 x 24 x 1 mm | Tidak diketahui |
NT Card | NT NT+ | 44 x 24 x 2.5 mm | Tiada |
Memandangkan kebanyakan peranti EEPROM hanya membenarkan kitar tulis-padam yang terhad, kad ingatan menggunakan teknik perataan haus (wear-levelling) untuk menyerakkan kesan haus dan mengelakkan kehausan di bahagian tertentu sahaja.
Semua jenis kad ingatan secara sepintas lalu
sunting- Kad ingatan kilat PCMCIA ATA Type I (PC Card ATA Type I) (maksimum 8 GB flash setakat 2005)
- Kad ingatan PCMCIA Linear, kad SRAM, dll.
- Kad PCMCIA Type II, Type III
- Kad CompactFlash® (Type I), CompactFlash High-Speed
- CompactFlash® Type II, CF+(CF2.0), CF3.0
- Microdrive (maksimum 6 GB setakat 2005)
- MiniCard™ (maksimum 64 MB)
- Kad SmartMedia™ (SSFDC) (maksimum 128 MB) (3.3 V,5V)
- xD-Picture Card™, kad xD-Picture Type M
- Memory Stick, Magic Gate Memory Stick (maksimum 128 MB); Memory Stick Select, MagicGate Memory Stick Select (
- SecureMMC™
- Secure Digital (Kad SD™), Secure Digital High-Speed, Secure Digital Plus/Xtra/dll (SD dengan penyambung USB)
- Kad miniSD™
- Kad microSD™ (juga dikenali sebagai Transflash, T-Flash)
- MU-Flash (Mu-Card)
- C-Flash™
- Kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan)
- Kad pintar (Piawaian Kad ISO 7810, Piawaian Kad ISO 7816, dll.)
- UFC (USB FlashCard) [1] (menggunakan USB)
- Piawaian Kad Ingatan Mudah alih Sejagat FISH (menggunakan USB)
- Kad ingatan cakera:
- Clik! (PocketZip™), (100 MB PocketZip)
- Cakera liut (LS120, 2 inci, 3.5 inci, dll.)
- Intelligent Stick (iStick, kad ingatan kilat berasaskan USB dengan MMS)
- Kad ingatan SxS™ (S-by-S), spesifikasi kad ingatan baru yang dibangunkan oleh Sandisk dan Sony. SxS serasi dengan piawaian industri ExpressCard™. [2]
- Nexflash Winbond kad Modul Kilat Sesiri (SFM), saiz antara 1 MB, 2 MB dan 4 MB.
Kad ingatan dalam konsol permainan video
suntingKebanyakan konsol permainan video kini menggunakan kad ingatan untuk menyimpan data permainan, memandangkan permainan video diedarkan dalam bentuk cakera optikal.
Saiz dalam kurungan adalah bagi kad ingatan rasmi.
- Barisan Microsoft Xbox:
- Barisan Nintendo:
- Pek Pengawal Nintendo 64 (256 KB, dibahagikan kepada 123 halaman)
- Kad Ingatan Nintendo GameCube (versi 59- (4 Mib/512 KiB), 251- (16 Mib/2 MiB) dan 1019-block (64 Mib/8 MiB)) Kad ingatan ini adalah kad CD yang diubahsuai.
- Kad Ingatan serasi Nintendo Wii (rujuk di atas) dan kad serasi Secure Digital
- Unit Ingatan Visual (VMU) Sega Dreamcast (128 KB dibahagikan kepada 200 blok)
- Kad ingatan Sega Saturn mampu menyimpan sehingga 20 blok simpanan permainan.
- Barisan Sony PlayStation:
- Kad Ingatan PlayStation (1 Mb/128 KB dibahagikan kepada 15 blok)
- PocketStation juga boleh bertindak sebagai Kad Ingatan PlayStation
- Kad Ingatan PlayStation 2 (dipanggil Kad Ingatan (8MB) (Untuk PlayStation 2))
- PlayStation Portable menggunakan Memory Stick Duo.
- PlayStation 3 serasi dengan CompactFlash, Secure Digital, dan Memory Stick PRO.
- Konsol permainan mudah alih GP2X berasaskan GNU/Linux, menggunakan SD/MMC.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kad ingatan. |