Ioannis Kapodistrias

Ioannis Antonios Kapodistrias (10[1][2][3] atau 11 Februari 1776[4][5] – 9 Oktober 1831, Yunani: Κόμης Ιωάννης Αντώνιος Καποδίστριας, rumi: Komis Ioannis Antonios Kapodistrias;[5] Rusia: граф Иоанн Каподистрия, rumi: Graf Ioann Kapodistriya; Itali: Giovanni Antonio Capodistria, Conte Capo d'Istria), merupakan seorang ahli politik bangsa Yunani. Beliau pernah menduduki jawatan sebagai Menteri Luar Negeri Empayar Rusia yang sangat disegani seEropah[6][7][8][9] Beliau dipilih sebagai ketua negara bergelar Gabenor Republik Yunani Pertama pada tahun 1827.

Ioannis Kapodistrias
Ιωάννης Καποδίστριας
Gabenor Negara Yunani Pertama
Dalam jawatan
18 January 1828 – 27 September 1831
Didahului olehAndreas Zaimis
as President of the Governmental Commission
Digantikan olehAugustinos Kapodistrias
Menteri Luar Negeri Rusia
Dalam jawatan
1816–1822
Didahului olehNikolay Rumyantsev
Digantikan olehKarl Nesselrode
Maklumat peribadi
Lahir(1776-02-11)11 Februari 1776
Corfu, Venetian Ionian Islands
Mati9 Oktober 1831(1831-10-09) (umur 55)
Nafplion, Yunani
KewarganegaraanYunani
Parti politikParti Rusia
TandatanganTandatangan

Beliau dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam mendapatkan kemerdekaan Yunani[10] serta dianggap "Bapa Yunani Moden" sendiri.[11][12][13][14]

Awal hidup

sunting

Ioannis lahir di Korfu kepada suatu keluarga bangsawan.[15] Ayahnya, Antonios Maria Kapodistrias (Αντώνιος Μαρία Καποδίστριας), seorang pelukis dan ahli politik.[5][16] Keluarga mereka berasal dari Capodistria (now Koper) di Slovenia,[17][18] naungan Republik Venezia di mana seorang moyang mereka dikurniakan darjat bangsawan Libro d'Oro memberi gelaran conte oleh Carlo Emmanuele II, pembesar Savoia pada tahun 1679.[19]

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Padua dalam bidang perubatan, falsafah dan undang-undang pada tahun 1795–97. Beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang doktor di Korfu sehabis pengajiannya pada usia 21 tahun.[5][6][20][21][22]

Pada 1799, Korfu ditakluk seketika oleh pihak Rusia dan Turki, dan Kapodistrias dilantik pihak-pihak ini sebagai ketua pemgarah kesihatan hospital tentera didirikan di sana.

Kerjaya politik awal

sunting

Pada tahun sama juga berikutan Revolusi Perancis, semua pihak Perancis diusir dari Kepulauan Ionia berjaya dihalau dan suatu republik gabungan merdeka bepemerintahan sendiri ditubuhkan iaitu Republik Tujuh Pulau.[5] Kapodistrias dilantik sebagai salah satu menteri utama di sana. Beliau berjaya menggunakan pengaruhnya untuk menenangkan keadaan dalan kalangan warga penduduknya, khususnya di Kefalonia sehingga mampu meraih kepercayaan ramai terhadap wewemang beliau.

Khidmat dalam Rusia

sunting

Beliau ke Rusia 1809 sebagai seorang pegawai di bawah pentadbiran kerajaan Raja Aleksandr I.[23] Misi pertamanya sebagai duta tidak rasmi ke Switzerland pada November 1819 menjaminkan kestabilan negara tersebut daripada pihak-pihak berkuasa serantau. Hal ini mendorong kepasa penggubalan perlembagaan baharu untuk kesemua 19 buah kanton membentuk gabungan Switzerland yang ada pada hari ini.[24]

Khidmat dalam Republik Yunani

sunting

Pembunuhan

sunting
 
O Phonos ton Kapodistirias ("Pembunuhan Kapodistrias") oleh Charalambos Pachis.

Pada 1831, Kapodistrias mengarahkan pemenjaraan Petrobey Mavromichalis dan seorang abangnya, Tzanis atas kesalahan ingkar ke atas gabenor Lakonia.[25] Penahanan adik-beradik ini dianggap mencalar maruah keluargga Mavromichalis, maka seorang adiknya Konstantinos dan anaknya Giorgios bersumpah membalas dendam.

Ioannis keluar pada pagi hari 27 September 1831 untuk bersembahyang di gereja Santo Spyridon di Nafplion pada 27 September 1831 meskipun ditegah berbuat demikian oleh para pembantunya.[26] Saat beliau tiba di pintu gereja, Konstantinos dan Giorgios anak-beranak mengecamnya. Ioannis cuba menyapa mereka, namun Konstantinos menembak sedas peluru yang tersasar. Giorgios mengambil kesempatan ini menikam dada Ioannis sambil Konstantis menembak mati Ioannis di kepalanya.

Konstantinos segera mati ditembak dalam serangan balas dari belakang oleh seorang pegawai tentera bernama Fotomaras yang menyaksikan kejadian dahsyat dari tingkap rumahnya.[27] Mayat Konstantis mula dibawa beramai-ramai warga Nafplion ke suatu tebing tinggi untuk dihumbankan jauh.

Rujukan

sunting
  1. ^ Helenē E. Koukkou (2000). Iōannēs Kapodistrias, Rōxandra Stourtza: mia anekplērōtē agapē : historikē viographia. Ekdoseis Patakē. m/s. 35. Στίς 10 Φεβρουαρίου τού 1776 τό ζεύγος Αντωνίου καί Διαμαντίνας Καποδίστρια έφερνε στόν κόσμο τό έκτο παιδί τους, μέσα στό άρχοντικό τους σπίτι, στόν παραλιακό δρόμο τού νησιού, κοντά στήν περίφημη πλατεία, τήν Σπιανάδα, πού ...
  2. ^ Dionysios A. Zakythēnos (1978). Metavyzantina kai nea Hellēnika. Zakythēnos. m/s. 500. ΙΩΑΝΝΗΣ ΚΑΠΟΔΙΣΤΡΙΑΣ ΤΑ ΠΡΟΟΙΜΙΑ ΜΙΑΣ ΜΕΓΑΛΗΣ ΠΟΛΙΤΙΚΗΣ ΣΤΑΔΙΟΔΡΟΜΙΑΣ Συνεπληρώθησαν διακόσια έτη άπό της ... και της Διαμαντίνας, τό γένος Γολέμη ή Γονέμη, έγεννήθη έν Κερκύρα την 31 Ίανουαρίου/10 Φεβρουαρίου 1776.
  3. ^ Helenē E. Koukkou (1983). Historia tōn Heptanēsōn apo to 1797 mechri tēn Anglokratia. Ekdoseis Dēm.N. Papadēma. m/s. 94. Ό Ιωάννης Καποδίστριας γεννήθηκε στήν Κέρκυρα, στίς 10 Φεβρουαρίου 1776, καί ήταν τό εκτο παιδί τοΰ Αντώνιου ...
  4. ^ Michael Newton (17 April 2014). Famous Assassinations in World History: An Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 252–. ISBN 978-1-61069-286-1.
  5. ^ a b c d e "Kapodistrias, Ioannis Antonios, Count". Encyclopædia Britannica. 2008. Dicapai pada 28 Januari 2008. Komis born February 11, 1776, Corfu [Greece] died October 9, 1831, Návplion, Greece. Quote: Count Kapodístrias, Ioánnis Antónios, Italian Conte Giovanni Antonio Capo D'istria Greek statesman who was prominent in the Russian foreign service during the reign of Alexander I (reigned 1801–25) and in the Greek struggle for independence. The son of Count Antonio Capo d'Istria, he was born in Corfu (at that time under Venetian rule), studied at Padua, and then entered government service. In 1799 Russia and Turkey drove the French…
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama International
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Chapman
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Koukkou01
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Frazee
  10. ^ Woodhouse, Christopher Montague (1973). Capodistria: the founder of Greek independence. Oxford University Press. m/s. 4–5. OCLC 469359507. The family of Gonemis or Golemis, which originated in Cyprus, had moved to Crete when Cyprus fell in the 16th century; then to Epirus when Crete fell in the 17th, settling near Argyrokastro in modern Albania; and finally to Corfu.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Robbers06
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NuoA
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BirēsKardamítsī-Adámī2004
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Europe1999
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Papyros
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fassmann
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Crawley
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kapodistrian
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama San Simera
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Columbia
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Encarta
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Woodhouse
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Metternich
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gründervater
  25. ^ Id.
  26. ^ Brewer, David The Greek War of Independence, London: Overlook Duckworth, 2011 page 348.
  27. ^ Brewer, David The Greek War of Independence, London: Overlook Duckworth, 2011 page 349.