Gua Madai adalah sebuah gua yang terletak di Kunak, Sabah, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada kawasan bukit batu kapur yang terletak di dalam Hutan Simpan Baturong Madai.

Gua Madai
Pintu Masuk Gua Madai
Bil. pintu masuk1

Sejarah

sunting

Habitat Manusia Terdahulu

Pendudukan manusia paling awal di Borneo utara dipercayai adalah pada 20,000-30,000 tahun dahulu, seperti yang dibuktikan oleh alat-alat batu dan makanan yang masih ditemui oleh para penyelidik semasa membuat penggalian di sepanjang kawasan Teluk Darvel di gua-gua Madai-Baturong berhampiran Sungai Tingkayu. Terdapat juga tapak perkuburan lama di dalam gua ini walaupun identiti mereka yang terkubur di sana tetap tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk yang tinggal di berhampiran gua tersebut.

Gunung Madai

sunting
 
Gunung Madai juga merupakan Gua Madai

Kampung Madai

sunting
 
Surau Kampung Madai

Kampung Madai adalah salah satu Kampung yang terletak di kaki Gunung Madai, Kampung ini merupakan perkampungan suku kaum Idahan yang terkenal dengan Gua dan penuaian Sarang Burung Walet.

 
Ramah di Kampung Madai

Penuaian Sarang Burung

sunting
 
Sarang Burung Walet Hitam

Gua Madai terkenal sebagai sumber sarang burung walet yang digunakan dalam sup sarang burung, dengan tuntutan yang sebahagian besarnya berasal dari masyarakat Cina terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Dua kali setahun (antara bulan Februari dan April, dan antara bulan Julai dan September), pengumpul berlesen membahayakan nyawa mereka untuk memanjat ke bumbung gua ini dengan hanya menggunakan tangga rotan, tali, dan tiang buluh yang dilekatkan bersama. Ia merupakan acara perayaan istimewa untuk penduduk tempatan dari suku kaum Idahan, yang telah memegang hak istimewa untuk Gua Madai selama lebih dari 20 generasi Walaupun Ida'an adalah pengeluar utama, masyarakat bukan pengguna dengan sarang burung akan dijual kepada orang tengah yang pada gilirannya membekalkan kepada pengguna di Hong Kong dan Singapura.