Garisan Tarikh Antarabangsa

Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi garisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.

Garisan Tarikh Antarabangsa di meridian 180°

Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.

Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini.

Sejarah pindaan

sunting

Kepulauan Samoa dan Tokelau

sunting

Kepulauan Samoa—hari ini terbahagi kepada Samoa dan Samoa Amerika—terletak di barat garisan tarikh sehingga 1892, apabila Raja Malietoa Laupepa dipujuk pedagang Amerika untuk mengguna pakai tarikh Amerika, menjadi tiga jam di belakang California, menggantikan waktu Asia, empat jam di hadapan Jepun. Perubahan ini dibuat dengan mengulang hari Ahad 4 Julai 1892, Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.[1][2]

Pada 2011, lebih 119 tahun selepas pindaan itu, Samoa kembali ke barat garisan tarikh dengan melangkau Jumaat 30 Disember 2011.[3] Ini menukar zon waktunya dari UTC-11 kepada UTC+13 (dan dari UTC-10 kepada UTC+14 sewaktu musim panas).[1] Perubahan ini dibuat kerana Australia dan New Zealand semakin menjadi rakan dagang terbesar dan tempat tinggal masyarat besar ekspatriat. Waktu 21 jam di belakang menyukarkan perdagangan kerana hujung minggu pada hari berbeza bermakna hanya ada empat hari bekerja yang dikongsi.[4]

Samoa Amerika bagaimanapun kekal di timur garisan tarikh, sejajar dengan tarikh Amerika. Garisan Tarikh Antarabangsa kini memotong antara Samoa dan Samoa Amerika.

Tokelau, sebuah wilayah New Zealand di utara Samoa yang sebelum ini menggunakan UTC−10, juga melintasi garisan tarikh pada masa yang sama atas alasan yang sana dan kini menggunakan UTC+14.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Tamara McLean. "Samoa's dateline jump passes into law". Melbourne: Australian Associated Press melalui Herald Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 11 Ogos 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Samoa confirms dateline switch Borneo Post online. Dicapai 11 Ogos 2011.
  3. ^ "Where'd Day Go?". Associated Press melalui New York Post. 31 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 2012-01-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Samoa to Jump Forward in Time by One Day". BBC News. 9 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 27 November 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Tokelau to follow Samoa on dateline switch Radio New Zealand International. Dicapai 15 Oktober 2011.