Fonologi bahasa Melayu
Rencana ini membincangkan sistem fonologi bahasa Melayu, merangkumi konsonan, vokal dan gaya penyebutan yang terdapat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei. Terdapat dua standard utama bagi sebutan bahasa Melayu iaitu standard Johor-Riau yang digunakan di Brunei dan Malaysia, dan standard Baku yang digunakan di Singapura.[1]
Konsonan کونسونن
suntingDwibibir | Bibir-gigi | Gigi-gusi/ | Lelangit- gusi |
Lelangit | Lelangit lembut | Anak tekak | Tekak | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sengauan | m [m] | n [n] | ny [ɲ] | ng [ŋ] | ||||
Letupan / Hentian | p [p] b [b] |
t [t] d [d] |
k [k] g [ɡ] |
(q [q]) - |
k [ʔ] | |||
Letusan | c [tʃ] j [dʒ] |
|||||||
Geseran | (f [f]) (v [v]) |
s [s] (z [z]) |
(sy [ʃ]) - |
(kh [x]) (gh [ɣ]) |
h [h] - | |||
Malaran tak geser | y [j] | w [w] | ||||||
Sisian | l [l] | |||||||
Getaran | r [r] |
Fonem-fonem yang dibubuh tanda kurungan dalam jadual di atas merupakan konsonan pinjaman dari bahasa asing: [v] dari bahasa Inggeris, selebihnya dari bahasa Arab.
Selain yang di atas, wujudnya juga konsonan penegas dari bahasa Arab yang tidak diterima umum sebagai bunyi pinjaman yang sah dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya disebut oleh sebilangan penutur sahaja. Konsonan penegas ini menumpukan pembunyiannya pada farinks serentak dengan suatu daerah artikulasi lain.
Konsonan (IPA) | Huruf Arab | Contoh kata pinjaman |
---|---|---|
Geseran farinks tak bersuara [ħ] | ﺡ | halal |
Geseran gusi tak bersuara berfarinks [sˁ] | ﺹ | solat |
Letupan gusi bersuara berfarinks [dˁ] | ﺽ | darurat |
Letupan gusi tak bersuara berfarinks [tˁ] | ط | tamakninah |
Geseran gusi bersuara berfarinks [ðˁ] | ﻅ | zuhur |
Geseran farinks bersuara [ʕ] | ﻉ | alam, ilmu |
Vokal ۏوکل
suntingBahasa Melayu Baku mempunyai sembilan vokal termasuk enam vokal asli dan tiga fonem pinjaman.
Depan | Pusat | Belakang | |
---|---|---|---|
Sempit | i /i/ | u /u 7 | |
Separuh sempit | e~i /e/ | o~u /o | |
Tengah | e~a /ə/ | ||
Separuh luas | (e~a /ɛ/) 3,4 | (o~u /ɔ/) 3,4 | |
Luas | a /a/ 7 | (a /ɑ/) 5,6 |
Catatan fonologi:
- Ultima tertutup bagi perkataan asal akan menyebabkan [i] disebut sebagai [e] manakala bagi [u] ialah [o].
- Ultima terbuka bagi perkataan asal pula menyebabkan [a] disebut sebagai [ə] dan ini juga terjadi kepada suku kata sebelumnya sekiranya ultima tersebut mempunyai h sebagai konsonan awal.
- Sesetengah perkataan mempunyai vokal [ɛ] dan [ɔ] untuk kata pinjaman kini dari bahasa Inggeris, misalnya pek [pɛk], kos [kɔs] manakala perkataan yang lebih awal dipinjam seperti pesta disebut [pestə].
- Sesetengah loghat daerah membezakan vokal (depan dan belakang) separuh sempit dan separuh luas. Contohnya, dalam loghat Kedah:
- [modɛ] ("modal")
- [bɔrak] ("bohong")
- [ɑ] merupakan alofon bagi /a/ yang disebut sebelum atau selepas konsonan penegas dalam kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: qari [qɑri].
- Sesetengah loghat daerah membezakan vokal depan dan belakang luas. Contoh: [ɡulɑ] ("gulai", loghat Sungai Perak).
- Sebutan a lebih luas dalam nyanyian. Sebutan u biasa ditukar kepada [ɯ] dalam nyanyian tidak termasuk nyanyian rasmi seperti aku dinyanyikan sebagai [akɯ]. Pertukaran fonem dalam nyanyian juga berlaku dalam bahasa Jepun.
Diftong dan deretan vokal ديفتوڠ دان ديريتن ۏوکل
suntingBahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata) jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:
- /ai̯/: kedai, pandai
- /au̯/: kerbau, aura
- /oi̯/: dodoi, amboi
Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga berlaku terhadap /ou/ yang menjadi /o/.
Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:
- /a-i/: kain
- /a-u/: laut
Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan oleh huruf hamzah (ء); contohnya: لاءوت laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung.
Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.
- /ia/: meriah
- /iu/: liur
- /ua/: luar
- /ui/: kelui
Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata, seperti saat /sa.at/.
Bibliografi بيبليوݢرافي
sunting- Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar. Fonetik dan fonologi. PTS Professional. ISBN 9833585639. Dicapai pada 24 Disember 2009.
- Abdullah bin Hassan. "6". Linguistik am. PTS Professional. ISBN 9833376185. Dicapai pada 24 Disember 2009. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan)
- ^ Abu Bakar, Mukhlis (2019-12-18). "Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura". Issues in Language Studies. 8 (2). doi:10.33736/ils.1521.2019. ISSN 2180-2726.