Fatal Frame: Maiden of Black Water
Fatal Frame: Maiden of Black Water [b] ialah permainan video bergenre seram survival yang dibangunkan oleh Koei Tecmo. Ansuran utama kelima daripada francais Fatal Frame, ia pada asalnya diterbitkan oleh Nintendo bagi Wii U di Jepun pada bulan September 2014 dan di seluruh dunia setahun selepasnya pada Oktober 2015. Induk semula bagi platform permainan generasi kelapan dan kesembilan serta KP dengan sistem operasi Windows, diterbitkan juga oleh Koei Tecmo, rasmi dikeluarkan di seluruh dunia pada Oktober 2021.
Fatal Frame: Maiden of Black Water | |
---|---|
Fail:Project Zero MOBW PAL box.jpg | |
Pembangun | Koei Tecmo[a] |
Penerbit |
|
Pengarah | Makoto Shibata |
Pengeluar |
|
Pereka |
|
Penulis |
|
Komposer | Ayako Toyoda |
Siri | Fatal Frame |
Platform | |
Pelepasan | Wii UTemplat:Terbitan permainan vudeoNintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One, Xbox Series X/S
|
Genre | Seram survival |
Mod | Pemain tunggal |
Seperti permainan sebelumnya dalam siri ini, pemain mengesani kawasan yang dipenuhi oleh hantu yang mesti ditewaskan dengan memfotonya mengguna Camera Obscura, yang dikawal secara langsung menggunakan alat kawalan WII U. Apabila pemain menamatkan permainan, maka Ayane salah satu watak daripada siri Dead or Alive, akan terbuka bagi senarai pilihan pemain dan ketika memainkannya mekanikal dalam permainan diubah suai mengikut kuasanya dalam francais asal. Cerita dalam ansuran ini berlatarkan fiksyen di Gunung Hikami, berpaku kepada ketiga protagonis yang terperangkap ke dalam peristiwa mistik di kawasan perkampungan itu, termasuk upacara kuno bagi menutup Mata Air Hitam, satu kuasa jahat yang merosakkan kawasan dan ketiganya harus menyiasat misteri seorang gadis kuil bernama cembung Ose Kurosawa.
Nota
sunting- ^ Additional work oleh Nintendo SPD
- ^ Known in Japan as Zero: Nuregarasu no Miko (零 〜濡鴉ノ巫女〜 , lit. Zero: Black-Haired Shrine Maiden) and in Europe as Project Zero: Maiden of Black Water