Dini Schatzmann

Pelakon lelaki Malaysia

Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku.

Dini Schatzmann
Kelahiran
Dini Azan Schatzmann

(1994-10-17) 17 Oktober 1994 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah bidang kejuruteraan, Universiti British Columbia, Kanada
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2018–kini
PasanganJanna Nick (k. 2023)

Kehidupan awal

sunting

Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal dari Pulau Pinang, manakala bapanya pula dari Switzerland.[1]

Kerjaya

sunting

Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni. Berbekalkan azam untuk mencipta nama dalam kerjayanya itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.[2] Beliau mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.

Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan. Dalam perkembangan terkini, beliau muncul dalam drama Cemburu Seorang Perempuan di Astro Ria.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan pelakon, Janna Nick pada 10 Jun 2023 dengan sekali lafaz.[3]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Bintang Hatiku Tuan Omar Filem pertama
2023 Malbatt: Misi Bakara Sarjan Hamid
2025 Blood Brothers Pra-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Cik Reen & Encik Ngok Ngek Naqib Astro Ria Drama pertama
2019 Calon Menantu Tuan Rumah Dowson TV Okey
Bukan Cinta Aku Remy TV3
Cemburu Seorang Perempuan Najib Astro Ria
2020 Leon Zalika Leon TV Okey
2021 Marry Me Senorita Isa Alejandro Astro Ria
A.I in Love Iskandar TV2
The Hotel Adri Astro Ria
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja
2021–2022 Jangan Pernah Lupakan Aku Ned TV2
Sepi Itu Pasti Noah TV AlHijrah
2022 Lockdown 2 Kimie Astro Ria
Kau vs Aku Danish Aryan Sooka
IMperfect Adam Astro Ria
2023 Cik PA Tuan Ash Tuan Ashley TV3
Cik Lang Swe Cik Lang Swe Tonton
2024 Kau vs Aku 2 Danish Aryan Astro Ria
Bercakap Dengan Jun Jun
Legenda Puteri Qaseh 2 Astro Ceria

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cik Reen & Encik Ngok Ngek Raya Naqib Astro Ria Telefilem pertama
2021 Delen Robert Astro Citra
2022 Raya-Nion! Ren Sooka
Secret Admirer Ahmad Haireez Astro Citra

Muzik video

sunting
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "Mentari Setia" Janna Nick

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu Meletop A.I in Love (RTM) Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ Syahrul Ramadan (8 November 2019). Dini Schatzmann: 6 Things We Know About Janna Nick’s Flame Hype.my. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  2. ^ Najiy Jefri (30 Oktober 2018). Masuk kelas bahasa Melayu Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2018.
  3. ^ Alif Fadli Mohd Sori (10 Jun 2023). "Janna Nick, Dini Schatzmann selamat bernikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Jun 2023.

Pautan luar

sunting