Changkat Keruing
Changkat Keruing terletak di Sitiawan, Manjung, negeri Perak. Keruing ialah sejenis pokok yang mempunyai nilai yang tinggi. Changkat bermaksud tanah yang terangkat atau tanah tinggi tapi tidak setinggi bukit.
Changkat Keruing | |
---|---|
Pekan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Manjung |
Poskod | 32500 |
Minyak dari pokok keruing digunakan untuk membuat damar penampal sampan yang bocor dan ramuan ubat. Orang Semelai biasanya menebuk batang pokok keruing dan dinyalakan api di dalam lubang tersebut dan diletakkan botol. Beberapa hari kemudian minyak dari pokok keruing akan meleleh keluar dan masuk ke dalam botol.
Masjid
sunting- Masjid Al-Khairiah, Kampung 40 Rantai, 32500 Changkat Keruing
- Masjid Sultan Idris Shah I, Kampung Changkat Keruing, 32500 Changkat Keruing