Bencana Costa Concordia
Koordinat: 42°21′55″N 10°55′17″E / 42.365347°N 10.921400°E
Bencana Costa Concordia terjadi ketika kapal pesiar Itali Costa Concordia[p 1] melanggar terumbu karang dan terbalik pada 13hb Januari 2012 di lepas pantai Itali. Kapal ini kandas di Isola del Giglio, Itali, yang mengakibatkan 4,232 orang dipindahkan dari kapal.[3] Meski laporan awal menyatakan sedikitnya enam orang tewas,[4] jumlah kematian akhir ialah 32 orang, dengan dua daripadanya orang masih hilang dan dianggap mati.[2] 64 lainnya terluka (tiga luka parah).[5][6][7]
Bencana Costa Concordia | |
---|---|
Peristiwa | Kapal persiaran Costa Concordia terbalik |
Sebab | Kandas di perairan terumbu |
Lokasi | Lepas pantai Isola del Giglio, Tuscany, Itali, Laut Mediterranean 42°21′53″N 10°55′16″E / 42.36486°N 10.92124°E |
Tarikh | 13 Januari 2012, 21:30 UTC+1 |
Kapten | Francesco Schettino (Itali) |
Di atas kapal | |
Kehilangan | 32 maut[2] dan 64 cedera |
Laluan | Civitavecchia, Itali ke Savona, Itali |
Pengendali | Costa Cruises, Carnival Corporation |
Laluan dan bencana Costa Concordia | |
Kapal ini dalam peringkat pertama pelayaran mengelilingi Laut Mediterranean, bermula dari Civitavecchia di Lazio, apabila ia terlanggar terumbu semasa memberi hormat berhampiran pesisir tidak rasmi kepada penduduk pulau. Kapten Francesco Schettino telah melencong daripada laluan janaan-komputer untuk memberi hormat tersebut. Kapten dan pegawai pertama telah ditahan atas dakwaan kecelakaan tanpa sengaja setelah berlayar dekat dengan pesisir pada jarak yang tidak diizinkan;[8][9][10] Kapten Schettino juga didakwa gagal membantu 300 penumpang, dan kerana bukan merupakan orang terakhir meninggalkan kapal.[11]
Costa Concordia mulai beroperasi pada Julai 2006 dan merupakan kapal terbesar yang dibangun di Itali pada masa pembangunannya dengan nilai €450 juta, tanan kasar 114,137 GT dan panjang 290.2 meter (952 ka). Bencana ekologi dapat dielakkan apabila semua minyak dan bahan bakar dapat dikeluarkan pada 24 Mac 2012. Costa Concordia telah diisytiharkan "kerugian menyeluruh konstruktif" oleh syarikat insurans, dengan penyelamatannya dianggap sebagai operasi terbesar sepertinya.[12][13] Pada 16 September 2013, salvaj punggah guling kapal ini bermula.[14] Ia bermula agak lambat disebabkan faktor cuaca,[15] dan bangkai itu hanya berjaya ditegakkan pada awal pagi 17 September.[16] Seterusya ia akan diapungkan semula dan ditunda untuk dipotong menjadi sekerap.[17]
Pemindahan
suntingSejumlah penumpang melompat ke air untuk berenang ke daratan, sementara lainnya sudah bersiap keluar dari kapal namun tertunda oleh kinerja badan kapal hingga 45 menit, kerana mereka berusaha menurunkan sekoci terlebih dahulu.[18] Tiga orang dilaporkan tenggelam setelah melompat dari kapal, dan tujuh lainnya luka kritis.[19] Kepala pemadam setempat Ennio Aquilino mengatakan bahwa anak buahnya "mengangkat 100 orang dari air dan menyelamatkan 60 lainnya yang terperangkap di kapal."[20]
Para penyelam mencari kawasan perairan hingga pukul 18:00.[21] Mereka dibantu pemadam kebakaran terus mencari korban selamat yang terjebak di kapal, dan berhasil menyelamatkan sepasang warga Korea Selatan yang terjebak di kabin dua dek di atas perairan Mediterranean.[22]
Dari jumlah total penumpang, 989 di antaranya adalah warga negara Itali, 569 dari Jerman, 462 dari Perancis, 177 dari Sepanyol,[23] 126–129 dari Amerika Syarikat,[23][24][25] 127 dari Croatia, 108 dari Rusia, 74 dari Austria, 69 dari Switzerland,[23] 47 dari Brazil,[26] sedikitnya 34 dari Belanda,[27] 26 dari Hong Kong, 25 dari Great Britain, 21 dari Australia, 17–18 dari Argentina, 13 dari Taiwan, 12 dari Kanada, 12 dari Republik Rakyat China, 12 dari Poland, 11 dari Portugal, 10 dari Romania,[28] 11 dari Hungary, 10 dari Colombia, 10 dari Chile, 9 dari Turki,[23]4 dari Israel, 3 dari Makedonia[29], dan 1 orang dari New Zealand.[30] Penumpang lain ada yang berasal dari Mexico[31] dan Ireland.[32] Dari jumlah total anak kapal, 170 orang dari Indonesia[33], 12 dari Great Britain, 6 dari Brazil[26][34] dan sedikitnya 1 orang dari Peru.[35]
Pada 15 Januari 2013, dua mayat terakhir (seorang penumpang wanita dan kelasi lelaki) difikirkan dijumpai, namun tidak dapat dikeluarkan, kerana terletak berhampiran buritan dan tidak dapat dicapai sehingga kapal itu dipusing. Bagaiamanapun, syarikat yang menaikkan kapal ini menafikan sebarang jasad ditemui.[36]
Akibat
suntingWarganegara | Kematian | Hilang |
---|---|---|
Jerman | ||
Itali | ||
Perancis | ||
Peru | ||
Amerika Syarikat | ||
Hungary | ||
India | ||
Sepanyol | ||
Jumlah |
30 orang mangsa meninggal dunia (termasuk dua orang yang masih hilang dan dianggap mati),[2] dan 64 lagi cedera. Tiga orang (dua penumpang dan seorang anak kapal) terperangkap dalam kapal selama lebih 24 jam selepas kemalangan.[39] Satu dakwaan keguguran kandungan[40] telah ditolak Costa Cruises sebagai "komplot".[41][42]
Kapten Francesco Schettino yang berusia 52 tahun, dengan pengalaman 11 tahun,[35] dan malim pertama kapal telah ditahan atas dugaan pembunuhan dan lari dari kapal.[8] Pihak berkuasa juga mendapati mereka tidak mengeluarkan mayday dan berlayar sangat dekat dengan pesisir.[43][44]
Liputan media
suntingAkibat besarnya bencana serta ukuran kapal, pengulas berita dan saksi mata membanding-bandingkan bencana ini dengan peristiwa tenggelamnya RMS Titanic seratus tahun sebelumnya.[45]
Lihat pula
suntingNota kaki
suntingPenjelasan
sunting- ^ "Costa Concordia" disebut [ˈkɔsta koŋˈkɔrdja]
Rujukan
sunting- ^ a b Nicole Winfield (14 Januari 2012). "Coast guard: cruise ship runs aground off Italy, 3 bodies found; helicopters rescue others". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 14 Januari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b c "2 American, 2 German victims of the Costa Concordia cruise ship disaster are identified". Associated Press. 17 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-17. Dicapai pada 17 April 2012.
- ^ "40 passengers still unaccounted for" (14 Januari 2012) FOCUS News Agency
- ^ "Report: 6 killed after cruise ship runs aground off Italin coast" (CNN)
- ^ "Costa Concordia: Captain Arrested, 41 Missing After Italy Cruise Ship Disaster" (IBT)
- ^ "Survivors plucked from Italin shipwreck" Diarkibkan 2012-01-17 di Wayback Machine (Reuters)
- ^ "3rd survivor rescued from stricken cruise ship"[pautan mati kekal] (News Tribune)
- ^ a b "Cruise ship sinks in Italy, captain arrested" (Orange County Register)
- ^ Nikkhah, Roya (14 Januari 2012). "Cruise disaster: captain arrested as three confirmed dead and 69 passengers still missing". The Daily Telegraph. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 14 Januari 2012.
- ^ Thuburn, Dario (14 Januari 2012). "Captain arrested, 41 missing after Italin cruise disaster". Google News. Agence France-Presse. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "No. 12/285 N.R. and No. 12/117 Magistrate in Charge of Preliminary Inquiries" (PDF). Republic of Italy, Court of Grosseto. 16 Januari 2012. Dicapai pada 16 Januari 2012.
- ^ "Salvaging the Costa Concordia". Canada (.ca): CBC News. 17 Oktober 2012.
- ^ Templat:Csr
- ^ "Costa Concordia salvage operation begins". BBC News. Dicapai pada 16 September 2013.
- ^ "Bad Weather Delays Parbuckling Operations on Costa Concordia". World Maritime News. Dicapai pada 16 September 2013.
- ^ "Stricken Costa Concordia ship set upright". BBC. 17 September 2013. Dicapai pada 17 September 2013.
- ^ "Costa Concordia is finally raised: First pictures of stricken cruise ship winched upright after salvage team works through the night". Daily Mail. 17 September 2013. Dicapai pada 17 September 2013.
- ^ Flegenheimer, Matt; Pianigiani, Gaia (14 January 2012). "Search Is on for Survivors From Italin Cruise Ship That Ran Aground". The New York Times. Dicapai pada 14 January 2012.
- ^ "Italy cruise ship Costa Concordia aground near Giglio". BBC. 14 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 14 January 2012.
- ^ "Cruise liner passengers share tales of survival" (9 News)
- ^ Pianigiani, Gaia (15 January 2012). "Ship Passengers Tell of Delayed, Then Panicked, Evacuation". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 15 January 2012. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "New search for missing passengers", Gazette Live UK. 15/1/2012.
- ^ a b c d "18 Argentines travelling on Italy cruise ship 'safe and sound'." Buenos Aires Herald. Retrieved on 14 January 2012.
- ^ Mark Mooney; Clark Bentson; Phoebe Natanson (14 January 2012). "Cruise Ship Captain Questioned by Police". ABC News. Dicapai pada 15 January 2012.
- ^ D'Emilio, Frances and Nicole Winfield. "Cruise ship runs aground; 126 Americans on board." Associated Press di Utica Observer-Dispatch. 14 January 2012. Retrieved on 14 January 2012.
- ^ a b "Sobreviventes relatam caos em naufrágio de transatlântico " Veja (majalah)"
- ^ "Dutch on stranded cruise ship unharmed Diarkibkan 2012-01-15 di Wayback Machine." Radio Netherlands Worldwide. 14 January 2012. Retrieved on 14 January 2012.
- ^ "Nu ni se intampla noua asta". 80 de romani, pe vaporul scufundat. Inregistrari tulburatoare
- ^ "Macedonian family safe after cruise ship accident in Italy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 2012-01-23.
- ^ "Three dead on grounded cruise ship." stuff.co.nz. Sunday 15 January 2012. Retrieved on 15 January 2012.
- ^ "Confirman presencia de dos mexicanos en naufragio Italino." Milieno. Saturday 14 January 2012. Retrieved on 14 January 2012. "Dos personas de nacionalidad mexicana figuran en una nueva lista de pasajeros del crucero "Costa Concordia", que naufragó esta madrugada frente a la isla Italina de Giglio, dijo el vicecomandante de la capitanía del puerto de Livorno (centro), Lorenzo Cantore."
- ^ "Irish couple rescued from stricken cruise ship." Irish Examiner. Saturday 14 January 2012. Retrieved on 14 January 2012.
- ^ Artikel:"KBRI Roma Cari 170 WNI yang Selamat dari Kemalangan Kapal 'Titanic' " di detik.com
- ^ Hooper, John. "Captain arrested amid growing anger after Italin cruise ship runs aground." The Guardian. Saturday 14 January 2012. Retrieved on 14 January 2012.
- ^ a b "Italy probes sinking of cruise ship Costa Concordia". BBC News. 14 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Costa Concordia Yields Two More Bodies". News.discovery.com. 2013-01-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-13. Dicapai pada 2013-07-29.
- ^ "Costa Concordia: French, German victims of Italy shipwreck identified". AFP. 13 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-13. Dicapai pada 13 Mac 2012.
- ^ "Incidente Costa Concordia – Elenco delle persone da rintracciare". Kmenterian Dalam Negeri (Itali). 20 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 20 Januari 2012.
- ^ Denti, Antonio (17 Januari 2012). "Italian coastguard heard pleading with liner captain". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-17. Dicapai pada 17 Januari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "A woman who miscarried after the Costa Concordia crash will sue the ship's parent company". AFP. 5 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-08. Dicapai pada 5 Februari 2012.
- ^ "Costa Concordia – update". Costa Cruises. 27 Januari 2012. Dicapai pada 31 Januari 2012.
- ^ "Shipwreck operator says victim of miscarriage scam". Agence France-Presse. 17 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2012. Dicapai pada 17 Februari 2012.
- ^ "Italin cruise ship captain investigated" (14 Januari 2012) UPI
- ^ Clive Garner (10 Januari 2013). "Concordia Survivors Call For Safety Improvements As Anniversary Of Cruise Disaster Approaches". Sheffield: Irwin Mitchell. Dicapai pada 8 Julai 2013.
- ^ Gallagher, Ian (14 January 2012). "Costa Concordia accident: Pictures of cruise ship sinking off coast of Italy 'in Titanic-like scene'". Daily Mail. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-15. Dicapai pada 15 January 2012. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bencana Costa Concordia |
- Last registered track and speed on Google Maps (AIS navigation log video)
- Costa Cruises
- Slideshow of capsized ship
- See the exact location[pautan mati kekal] and pictures of the capsized ship