Anding Indrawani

(Dilencongkan daripada Anding Indrawani Zaini)

Anding Indrawani Zaini (lahir 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Anding Indrawani merupakan salah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia.

Anding Indrawani
Kelahiran
Anding Indrawani bin Zaini

(1983-04-25) 25 April 1983 (umur 41)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2004–kini
IbuJuncy Abdullah
BapaZaini Oje Ozea (m. 2016)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia Musim 2

Beliau ialah kelahiran Melanau/Bidayuh dan dilahirkan pada 25 April 1983 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Mula dikenali sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2. Namun, penglibatannya dalam bidang seni bermula sejak kecil lagi memandangkan ibu dan ayah beliau begitu banyak bergiat dalam bidang seni. Ayahnya Zaini Oje@Ozea merupakan seorang aktivis seni, penyajak dan penggiat teater di Sarawak. Manakala ibunya seorang guru Inggeris dan juga guru muzik yang turut mengendalikan beberapa kumpulan nasyid dan koir di sekolah beliau mengajar.

Anding Indrawani memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching dan seterusnya menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 2000. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA di Shah Alam di Fakulti Seni Persembahan dalam bidang seni layar atau skrin. Dari situ, minatnya dalam bidang seni kian menebal. [1]

Pencapaian

sunting

Selain melayakkan dirinya menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia 2 pada 2004, beliau sebelum itu juga pernah meraih beberapa anugerah ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA. Antaranya, Anugerah Jurukamera Terbaik (Hari Karyawan 2003), Anugerah Pengarah Terbaik (Hari Karyawan 2003) dan filem pendek arahan beliau iaitu Koloni Sampah turut memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik selain 7 anugerah yang lain pada malam anugerah yang sama.

Meskipun beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, beliau lebih cenderung kepada bidang lakonan. Antara drama lakonannya ialah Impian, Gitar Tua, Klon Teja, Cinta Terakhir, Lima, Mahabbah D'Laila, 10, dan beberapa lagi drama tempatan yang lain. Namun, lakonannya yang dikatakan memberi kesan ialah watak Alam dalam drama bersiri Ghost 2 yang ditayangkan di 8TV. Anding juga pernah membintangi filem Gol dan Gincu (2006) arahan Bernard Chauly di awal penglibatannya dalam bidang lakonan. Selain drama TV, beliau pernah terlibat dalam pementasan teater Raja Andak Raja Laksamana dan Batu Belah. Namun pada awal tahun 2011, beliau diberi tugas berat untuk melakonkan teater muzikal Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim yang digarap daripada filem Cinta dan dipersembahkan di Panggung Budaya, Istana Budaya. Beliau merealisasikan watak Dhani yang dilakonkan oleh Que Haidar dalam versi filem. Tetapi sebelum itu, kecenderungannya dalam muzikal terserlah ketika diberikan watak Adiwira menerusi drama episod Hotel Mania yang ditayangkan di TV3 pada 2010.

Beliau juga masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni suara dan pernah merakamkan beberapa buah lagu untuk kompilasi trilogi EVO04/03 bersama beberapa bintang Akademi Fantasia yang lain. Beliau pernah membuat persembahan ketika malam gala Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur di hadapan semua pemimpin ASEAN termasuk Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Dalam bidang pengacaraan pula, Anding pernah menjadi pengacara untuk dua rancangan yang ditayangkan secara langsung iaitu THUMB TV di NTV7 dan satu rancangan berbahasa Inggeris, Channel X-Live (8TV). Rancangan lain termasuklah 1525, Skrip ke Skrin, This Is IT dan yang terbaru beliau banyak mengacara rancangan majalah yang berbentuk travel log, contohnya Eksplorasi Lata di mana beliau menjelajah hutan-hutan tebal dan air terjun di Semenanjung Malaysia. Beliau turut mengacara beberapa lagi rancangan berbentuk travel log, antaranya Klik-Klik Asia di mana beliau merantau ke beberapa negara termasuk China, India dan Vietnam dan Klik-Klik Andalus di mana beliau mengembara ke bumi Andalusia sejauh Maghribi, Sepanyol, Gibraltar dan Portugal. Beliau juga pernah menjadi DJ radio dari 2006-2008 untuk stesen radio RED FM. Beliau muncul dalam filem Rembat arahan Shamel Othman yang diterajui oleh Shaheizey Sam dan Ah Niu. Pada 2017, beliau masih bergiat aktif dalam bidang teater muzikal Mud: Our Story of Kuala Lumpur [2] yang turut diiktiraf sebagai teater muzikal yang terpanjang tempoh pementasannya di Malaysia. Teater muzikal ini diterbitkan oleh pelakon dan penerbit teater muzikal terkenal iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina.

Anugerah dan Pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2022 Anugerah Teater Malaysia 2022 Pelakon Lelaki Terbaik (Teater Muzikal) Semarak Pertiwiku Menang
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Harapan Headhunter Menang
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Terbaik Headhunter Top 5

Filemografi

sunting

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak Peranan Pengarah Lokasi Pementasan Catatan
2011 Terima Kasih Cinta The Musical Dhani Watak utama Pat Ibrahim Istana Budaya Teater Muzikal
2013 Chow Kit Road! Chow Kit Road! The Musical Ilham Watak utama Saw Teong Hin Istana Budaya
2014 - 2017 MUD: The Story of Kuala Lumpur Mamat Watak utama Tiara Jacquelina Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
2019 Semarak Pertiwiku Jamai Watak utama Azri Ali Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce
2020 Semarak Pertiwiku Jamai Watak utama Azri Ali Istana Budaya
2021 Teater Muzikal Puteri Santubong: The Warrior Princess Dato' Nakhoda Watak utama Zakaria Hassan Kampung Budaya Sarawak
Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2005 Gol & Gincu Fiq Bernard Chauly Filem pertama
2015 Rembat Putat Shamyl Othman
2019 Headhunter Anang Bad Badrul Memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31
2022 Misi: Bila Kawan Jadi Lawan Shah Jalot Jeman
2024 Takluk: Lahad Datu DSP Maznan Zulkarnain Azhar
Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2007 Cinta Medik TV9
2008 Impian Illyana (Musim 3) Nizam TV3
2008-2009 Akademi Polis Musim 1-3 Insp Fahmi Alias TV9
2009 Ghost (Musim 2) Alam 8TV
2010 Hotel Mania Adiwira TV3
2013 Titisan Darah Pahlawan Insp Wilfred Gomez Malong PGB TV1 2 Episod: Pertempuran Sungai Poi
2018 Kenyalang I'm In Love Daniel TV3

Telemovie

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2019 Menantu Raya Anding TV1
2019 Raja Sungei Adam TV1
2021 Damai Leo James TVS
2022 MISI Shah

Pengacaraan

sunting
Tahun Tajuk Saluran Catatan
2005 ThumbTV NTV7
2006 Channel X Live 8TV Rancangan berbahasa Inggeris
2012 Klik-klik Asia RTM Travelog ke Vietnam, China dan India
2014 Kembara Anding RTM Program travelog titular
2014 Klik-klik Andalus RTM Travelog ke Maghribi, Gibraltar, Portugal dan Sepanyol
2019 - kini Kuppa Kopi RTM Bual bicara secara langsung

Diskografi

sunting
Tahun Tajuk Album Catatan
2004 "Emosi & Situasi" EVO 04
"Ceria Bersamamu" duet bersama Edlin

Rujukan

sunting
  1. ^ (09/01/2007) MUZLINA ABU BAKAR. Anding AF2 kecewa dengan dunia nyanyian. Utusan
  2. ^ 13 September 2017.tidak puas hati dikritik menyanyi hanya sebagai hobi. Astro Awani.

Pautan luar

sunting