Tun Adam Malik Batubara (22 Julai 1917 - 5 September 1984) ialah Naib Presiden Indonesia yang ke-3 (1978-1983). Beliau mengetuai Kementerian Luar Negeri Indonesia. Beliau diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada 6 November 1998.

Adam Malik, 1978

Ketika Presiden Sukarno melancarkan perang ke atas Malaysia dengan cogan kata Ganyang Malaysia Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia berjaya menyelesaikan persengketaan antara serumpun dengan Perjanjian Damai Indonesia-Malaysia 1965 di Bangkok , Thailand.

Kehidupan awal

sunting

Adam Malik merupakan anak Abdul Malik Batubara dan Salamah Lubis.Ayah saudagar kaya di Pematangsiantar.Adam Malik anak ke-3 dari 10 adik-beradik. Beliau belajar di Hollandsch-Inlandsche School Pematangsiantar ; Sekolah Agama Madrasah Sumatera Thawalib Parabek di Bukittinggi. Kemudian Adam Malik merantau ke Jakarta. Pada usia 20an, dia bersama Soemanang, Sipahutar, Armin Pane, Abdul Hakim, dan Pandu Kartawiguna mengasaskan akhbar Antara.

Adam Malik mempunyai banyak saudara mara di Chemor, negeri Perak , Malaysia. Lantaran itu, ada rasa ikatan kekeluargaan yang cukup kuat sehingga berusaha keras mendamaikan antara Indonesia dan Malaysia. Adam Malik meninggal dunia pada 1984 di Bandung.

Politik

sunting

Tahun 1945-1946 beliau menjadi ahli Persatuan Perjuangan di Yogyakarta. Kmudian menjadi Ketua II Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP) dan ahli Badan Pekerja KNIP.Tahun 1946, Adam Malik mendirikan Partai Rakyat.Antara 1948-1956 dia menjadi Dewan Pimpinan Partai Murba. Pada 1956 dia terpilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR-RI) selepas pilihan raya Indonesia.

Selaku Duta Besar, beliau berlkunjung ke Soviet Union dan Poland. Pada tahun 1962, dia menjadi Ketua Delegasi Republik Indonesia ke Belanda mengenai wilayah Irian Barat di Washington D.C, Amerika Serikat dan berjaya .Pada September 1962 dia mendirikan pejabat Berita Antara. Pada tahun 1963, Adam Malik dilantik sebagai Menteri Perdagangan merangkap Timbalan Panglima Operasi ke-I Komando Tertinggi Operasi Ekonomi (KOTOE). Ketika itu Parti Komunis Indonesia, Adam Malik bersama Roeslan Abdulgani dan Jenderal Abdul Haris Nasution dianggap sebagai musuh PKI yang kontra-revolusi.

Tahun 1966, Adam disebut-sebut dalam trio baru Soeharto-Sultan-Malik .Dia keluar dari Partai Murba kerana Partai Murba menentang masuknya pelabur asing. Empat tahun kemudian, dia bergabung dengan Golkar. Pada tahun 1964, dia menjadi Ketua Delegasi untuk Komisi Perdagangan dan Pembangunan di PBB. Pada tahun 1966 menjadi Timbalan Perdana Menteri II (Waperdam II) sekaligus sebagai Menteri Luar Negeri Republik Indonesia di kabinet Dwikora II.

Kerjaya sebagai Menteri Luar bermula 1966. Pada tahun 1967. Pada tahun 1971, dia terpilih sebagai Ketua Majlis Umum PBB ke-26, orang Indonesia pertama dan satu-satunya sebagai Ketua SMU PBB. Ketika itu isu kemasukan RRC di PBB dibincangkan. Bersama Menteri Luar Negeri negara-negara ASEAN, Adam Malik memelopori terbentuknya ASEAN tahun 1967.

Sebagai seorang diplomat dan wartawan serta birokrat , Adam Malik sering mengatakan “semua bisa diatur”. Beliau mempunyai 1001 jawapan kepada semua soalan yang diajukan oleh wartawan. Tapi ungkapan “semua bisa di atur” dengan wang menjadi isu kritikan.

Meninggal Dunia

sunting

Adam Malik meninggal dunia di Bandung pada 5 September 1984 akibat kanser hati. Jenazahnya dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata. Isteri dan anak-anakmendirikan Muzium Adam Malik. Beliau pernah dianugerah Bintang Mahaputera kl. IV (1971) ; Bintang Adhi Perdana kl.II (1973) dan Pahlawan Nasional Indonesia (1998).

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
Didahului oleh:
Sri Sultan Hamengkubuwono IX
Naib Presiden Indonesia
1978-1983
Digantikan oleh:
Umar Wirahadikusumah
Didahului oleh:
Subandrio
Menteri Luar Negeri Indonesia
1966 - 1978
Digantikan oleh:
Mochtar Kusumaatmadja