Acar
Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk[1]. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.
Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.
Asal Usul
suntingHidangan acar berasal dari hidangan dari Benua Kecil India, yang dikenali sebagai achar. Kemungkinan hidangan ini dibawa oleh pedagang dan perantau daripada India sebagai makanan bekal, kerana acar boleh disimpan lama (dijeruk). Dikatakan hidangan acar di Malaysia adalah veri tempatan hidangan acar Muhglai. Adaptasi hidangan Mughlai boleh diperhatikan juga dengan hidangan-hidangan lain seperti roti canai, kurma dan kari.
Variasi
suntingTerdapat banyak variasi acar di Malaysia. Secara kasarnya, acar bolehlah dibahagikan kepada dua kategori;
Acar Mentah
suntingAcar-acar dari jenis ini dibuat langsung dari jeruk dan dihidangkan, tanpa perlu dimasak.
- Jelatah
- Acar timun
Acar Masak
suntingBahan-bahan dimasak sekaligus untuk membentuk hidangan acar. Buah-buahan jeruk, sayuran jeruk atau pun sayuran keras yang lain boleh digunakan sebagai bahan asas.
Melayu
sunting- Acar buah
- Acar Rampai
- Acar Kerisik
Peranakan
sunting- Acar Nyonya
- Acar Awak
Tamil
sunting- Acar Mangga
- Acar Limau Nipis
Hidangan
suntingBiasanya acar dihidangkan sebagai lauk sampingan untuk hidangan nasi putih, nasi beriani dan nasi minyak. Disebabkan rasanya yang agak tajam, acar dimakan sedikit-sedikit (seperti memakan sambal) sebagai penambah selera. Dalam kenduri kahwin orang Melayu, hidangan acar biasanya disediakan sebagai mengiringi nasi minyak atau nasi beriani.
Kini, acar boleh dibeli sebagai salah satu lauk dalam set hidangan nasi minyak atau nasi beriani. Ada juga acar, misalannya acar orang Tamil yang dijual dalam balang di pasaraya atau di kedai runcit.
Rujukan
sunting- ^ Ensiklopedi Umum, Masakan Melayu Google books.