Abdul Aziz Bari
Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau bertugas di Universiti Selangor (UNISEL).[1] Beliau merupakan profesor undang-undang perlembagaan khasnya berkaitan perlembagaan beraja. Beliau adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.[2] [3] Beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). [4], [5] Aziz Bari bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menggunakan tiket DAP, bagi DUN Tebing Tinggi.[6]
YB Dr. Abdul Aziz Bari ADN; PhD | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Tebing Tinggi | |
Menyandang jawatan 3 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Ong Boon Piow |
Majoriti | 660 (PRU-15) 3,927 (PRU-14) |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 12 Mei 2020 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Saarani Mohamad |
Digantikan oleh | Razman Zakaria |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sabak Bernam, Selangor | 22 Ogos 1959
Parti politik | DAP |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kerjaya
suntingAbdul Aziz Bari berasal dari Sabak Bernam, menjadi pensyarah undang-undang di UIAM sejak 1989. Lebih 100 pelajar di bawahnya daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD). Antara bekas pelajarnya ialah Shamsul Iskandar Md Akin. Selepas berjaya memenangi kerusi DUN Tebing Tinggi pada PRU ke-14 tahun 2018, Aziz Bari dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak bagi sesi 2018-2023.[7]
Pandangan dan Pendapat
suntingBeliau banyak memberi pandangan dan pendapat dalam isu-isu berkaitan undang-undang perlembagaan. Diantaranya ialah isu kontroversi penyertaan gadis islam didalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia, isu PPSMI dan lain-lain lagi.[perlu rujukan]
Beliau dijemput menyampaikan buah fikiran dalam 'Seminar Memantapkan Parti PAS' pada 7 November 2009. Ini ada kaitan dengan artikelnya dalam Sinar Harian pada Oktober 2009.
Abdul Aziz Bari juga menganggap Presiden PAS ,Abdul Hadi Awang sebagai "Pak Lah versi PAS" kerana kepimpinannya terlalu lemah berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Abdul Hadi semasa menjadi presiden tidak menyerlah dan kehilangan daya tarikan. Beberapa pemimpin PAS perlu dikorbankan demi kelangsungan PAS.[8]
Beliau dilanda kontroversi sejak penerbitan rencana dalam laman web Malaysiakini yang menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak mengharamkan kritikan Raja-raja Melayu, dan raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa [9].
Digantung tugas
suntingPada 20 Oktober 2011, Aziz Bari digantung tugas dan dihantar surat tunjuk sebab oleh UIA [10]. Rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan penggantungan tersebut. Beliau dilarang masuk ke pejabat dan kuncinya hendaklah diserahkan kepada pihak keselamatan UIA.[11] Penggantungan tersebut adalah penggantungan bergaji penuh.[12]
Datuk Zulkifli Noordin menyeru Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana ulasannya biadap dan kurang ajar.[13] Senator Mohamad Ezam Mohd Nor ,bekas ketua Pemuda PKR menyeru beliau meletak jawatan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.
Pegawai PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat beliau berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau turut ditanya tentang kemahiran ICT dan artikel-artikel tulisannya.Malahan editor Malaysiakini, Jimadie Shah Othman [14] turut diminta menyerahkan artikel tulisan Abdul Aziz.
Aziz menjelaskan lagi bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.[15]Sultan Selangor mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.[16] Sultan Sharafuddin telah bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor, dan komen Abdul Aziz Bari boleh dilihat sebagai tidak senang dengan usaha baginda menentang usaha melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Ironinya, pada 1983, Dr Mahathir Mohamad meminda Perlembagaan Persekutuan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mengisytiharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.Pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.[17][18]
Sekumpulan mahasiswa khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyatakan sokongan mereka terhadap beliau dan membantah penggantungannya. [19] Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat, 21 Oktober 2011.
Rujukan
sunting- ^ Controversial Aziz Bari returns to academic life.
- ^ "Pakar perlembagaan akan saman Utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-19. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ http://www.iium.edu.my/laws/staff_print.php?uid=50[pautan mati kekal]
- ^ "Aziz Bari Bertanding Di Sabak Bernam Atas Tiket PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-20.
- ^ "Aziz Bari bertanding satu lawan satu di Sabak Bernam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2014-01-20.
- ^ "Aziz Bari menang di Tebing Tinggi". Sinar Harian. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Aziz Bari, Nizar dilantik exco, Zainol Fadzi tidak tersenarai". Utusan Online. 19 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
ADUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari merupakan antara lima wakil rakyat DAP yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di sini hari ini
- ^ ""Kepemimpinan Hadi jadi isu panas", Malaysiakini.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2009-11-07.
- ^ Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja. Malaysiakini.
- ^ UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari. Malaysiakini, 20 Oktober 2011
- ^ "UIA suspends Aziz Bari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-20.
- ^ "Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2021-09-22.
- ^ "Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ "Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat prof, Mkini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ "UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ "Pakar perlembagaan akan saman Utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-19. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ "Pakar: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ "Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ Penggantungan Aziz Bari: Mahasiswa demo esok Diarkibkan 2011-10-23 di Wayback Machine Free Malaysia Today, 20 October 2011