Abad ke-9 SM
abad
Abad ke-9 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 900 SM hingga 31 Disember 801 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 895 SM - Kemangkatan Raja Xiao dari Zhou, raja Dinasti Zhou of China.
- 894 SM - Raja Yi dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 892 SM - Megacles, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 30 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Diognetus.
- 891 SM - Tukulti-Ninurta II mewarisi bapanya, Adad-nirari II, sebagai raja Assyria.
- 889 SM - Takelot I mewarisi bapanya, Osorkon I, sebagai raja Mesir.
- 884 SM - Assurnasirpal II mewarisi bapanya, Tukulti-ninurta II, sebagai raja Assyria.
- 879 SM - Kemangkatan Raja Yi dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 878 SM - Raja Li dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 874 SM - Osorkon II mewarisi Takelot I sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir.
- 874 SM - Ahab menjadi raja Israel (tarikh anggaran).
- 872 SM - Banjir Sungai Nile yang luar biasa melitupi lantai Candi Luxor.
- 865 SM - Kar Kalmaneser ditaklukkan oleh Shalmaneser III, raja Assyria.
- 864 SM - Diognetus, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 28 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pherecles.
- 863 SM - Kota Bath diasaskan, dan dinamai sempena nama mata-mata air panas yang dikatakan boleh merawat penyakit kusta.
- 860 SM - Kemaharajaan Urartu disatukan.
- 858 SM - Aramu menjadi raja Urartu.
- 858 SM - Shalmaneser III mewarisi Assurnasipal II sebagai raja Assyria.
- 854 SM (atau 853 SM) - Pertempuran Karkar - Pertempuran yang tidak muktamad antara Shalmaneser II, raja Assyria, dengan perikatan ketenteraan raja Damascus dan kuasa-kuasa yang lebih kecil, termasuk puteri dari Tyre.
- 850 SM - Takelot II mewarisi Osorkon II sebagai Raja Mesir.
- 845 SM - Pherecles, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 19 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Ariphron.
- 842 SM - Shalmaneser III memusnahkan wilayah Damascus; Israel dan kota-kota Phoenicia membayar ufti.
- 841 SM - Kemangkatan Raja Li dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 841 SM - Rekod oleh Ahli Sejarah Agung menganggap tahun ini sebagai tahun pertama untuk pentarikhan tahunan yang berturut-turut bagi sejarah Cina.
- 836 SM - Shalmaneser III dari Assyria mengetuai ekspedisi terhadap masyarakat Tabareni.
- 836 SM - Perang saudara tercetus di Mesir.
- 827 SM - Raja Xuan dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 825 SM - Takelot II, raja Mesir, mangkat dan Putera Mahkota Osorkon III serta Shoshenq III, anak-anak lelaki Takelot, berlawan untuk naik takhta.
- 825/824 SM - Ariphron, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 20 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Thespieus.
- 823 SM - Shalmaneser III, raja Assyria, mangkat dan diwarisi oleh anak lelakinya, Shamshi-Adad V.
- 820 SM - Pygmalion naik takhta Tyre.
- 817 SM - Pedubastis I mengisytiharkan diri sebagai raja Mesir, dan mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Tiga.
- 814 SM - Carthage diasaskan oleh Dido (tarikh tradisional).
- 813 SM - Carthage diasaskan oleh masyarakat Phoenicia.
- 811 SM - Adad-nirari III mewarisi bapanya, Shamshi-Adad V, sebagai raja Assyria.
- 804 SM - Hadad-nirari IV dari Assyria menaklukkan Damascus.
- 804 SM - Kemangkatan Firaun Pedubastis I.
- 800-an SM - Peradaban Etruska.
- Permulaan Zaman Besi di Eropah Tengah, penyebaran kebudayaan Hallstatt Proto-Celtic, dan bahasa Proto-Celtic.
- Kebudayaan Adena muncul di Amerika Syarikat Timur Laut kini.
Tokoh-tokoh
sunting- Shalmaneser III, raja Assyria (858 - 824 SM).
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
sunting- Inskripsi-inskripsi pertama dalam prasasti Arab Selatan ditemukan di Akkele Guzay. [1]
- 800-an SM - Masyarakat Olmec membina piramid-piramid.
- Kemunculan zaman Sanskrit Veda Brahmana, kemungkinanan penggubalan Shatapatha Brahmana, serta permulaan tradisi-tradisi Upanishad dan Vedanta bagi agama Hinduisme.
Rujukan
sunting- ^ Fattovich, Rodolfo, "Akkälä Guzay" in von Uhlig, Siegbert, ed. Encylopaedia Aethiopica: A-C. Weissbaden: Otto Harrassowitz KG, 2003, m.s. 169.