AV-8 Harrier II
McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jet V/STOL pelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.
AV-8B Harrier II | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat penyerang V/STOL |
Pengeluar | McDonnell Douglas / British Aerospace Boeing / BAE Systems |
Penerbangan sulung | 9 November 1978 (YAV-8B) |
Mula digunakan | 12 Januari 1985 (AV-8B) Jun 1993 (AV-8B+) |
Pengguna utama | Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Sepanyol Tentera Laut Itali |
Dikeluarkan | AV-8B/B+: 1981-2003[1] |
Kos seunit | AS$ 6.7 juta (AV-8A) AS$ 30-35 juta pada 1997 (Harrier II Plus)[2] |
Dibangunkan dari | Hawker Siddeley Harrier BAE Sea Harrier |
Kelainan | BAE Harrier II |
Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.
Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".
Sejarah operasi
suntingKor Marin Amerika Syarikat
suntingTentera Laut Itali
suntingTentera Laut Sepanyol
suntingPengguna antarabangsa pertama, Sepanyol mula memesan 12 buah pesawat AV-8S Matador pada bulan Mac 1983.[3] diberi designasi sebagai VA-2 Matador II oleh Tentera Laut Sepanyol (Armada Española), versi ini dikenali sebaai EAV-8B oleh McDonnell Douglas.[4] Latihan untuk juruterbang dilakukan di Amerika Syarikat. Pada 6 Oktober 1987, 3 buah pesawat pertama Matador II telah diserahkan di Stesen Tentera Laut Rota.[4] Pesawat baru ini dicat dengan 2 tona skema warna kelabu, sama dengan pesawat milik Tentera Laut A.S. Penghantaran terakhir dilakukan pada tahun 1988.[4]
Ujian juruterbang oleh pihak BAe di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias diluluskan untuk operasi pada bulan Julai 1989. Kapal ini yang mengantikan Dédalo pada era Perang Dunia II, mempunyai cerun lompatan ski sebanyak 12°.[3][4] Mengikut rancangan asal, unit pertama yang akan menggunakan pesawat ini adalah 8a Escuadrilla. Unit ini kemudian dibubarkan pada 24 Oktober 1986, setelah pesawat AV-8S Matador dijual kepada Thailand.[4] Sebaliknya, 9a Escuadrilla ditubuhkan pada 29 September 1987, bagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Udara Pembawa Alpha dan menggunakan pesawat EAV-8B.[4]
Pada Mac 1993, di bawah perjanjian persefahaman tiga pihak di antara Amerika Syarikat, Itali, dan Sepanyol pada September 1990, 8 buah pesawat EAV-8B Plus Matador telah dipesan, bersama-sama dengan pesawat latihan dua tempat duduk TAV-8B.[3][4] Penghantaran pesawat ini mula dilakukan pada tahun 1996.[3] Pada 11 Mei 2000, Boeing dan NAVAIR memuktamadkan sebuah kontrak untuk mengeluarkan semula pesawat EAV-8B Sepannyol kepada standard Plus. Boeing mengatakan bahawa perjanjian ini perlu untuk mengeluar semula dua buah pesawat EAV-8B, dengan pilihan untuk tambahan 7 buah pesawat;[5] sumber-sumber lain mengatakan jumlah kesemua pesawat adalah 11 buah.[3] Pengeluaran semula ini membolehkan pesawat ini membawa 4 buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM, meningkatkan kepekaan situassi juruterbang dengan pemasangan radar dan avionik baru, serta menukar kepada enjin baru.[3][5] Akhirnya, 5 buah pesawat telah diubah suai, dengan unit terakhir diserahkan pada 5 Disember 2003.[6]
Pesawat EAV-8B Sepanyol juga menyertai operasi menguatkuasa Zon Larangan Terbang di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu di Bosnia dan Herzegovina].[3] Sepanyol tidak menghantar kapal pengangkut pesawatnya untuk menyertai Perang Iraq pada tahun 2003, sebaliknya mengaturgerak pesawat F/A-18 dan pesawat lain ke Turki bagi mempertahankan negara ini dari sebarang potensi serangan Iraq.[7] Bermula pada 2007, Sepanyol mula mencari penganti bagi pesawat Harrier II dengan pilihan terdekat adalah F-35B.[8][9] Walaubagaimanapun, pada bulan Mei 2014 kerajaan Sepanyol telah mengumumkan ia memutuskan untuk memanjangkan hayat khidmat pesawat ini hingga selepas tahun 2025 di sebabkan kekangan dana untuk membeli pesawat gantian.[10]
Berikutan pelucutan tauliah kapal pengangkut Príncipe de Asturias pada Februari 2013,[11] satu-satunya platform bagi pesawat Harrier Sepanyol boleh beroperasi adalah dari kapal serangan amfibia Juan Carlos.[12]
Spesifikasi (AV-8B+ Harrier II Plus)
suntingData dari Norden,[13] Aerospaceweb.org[14]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 46 kaki 4 in (14.12 m)
- Rentang sayap: 30 kaki 4 in (9.25 m)
- Tinggi: 11 kaki 8 in (3.55 m)
- Sayap luas: 243.4 kaki² (22.61 m²)
- Aerofoil: airfoil superkritical
- Berat kosong: 13,968 lb (6,340 kg)
- Berat berisi: 22,950 lb (10,410 kg)
- Berat berlepas maksimum:
- Beroleng: 31,000 lb (14,100 kg)
- Menegak: 20,755 lb (9,415 kg)
- Loji kuasa: 1× Rolls-Royce F402-RR-408 (Mk 105) turbofan tujahan vektor, 23,500 lbf (105 kN)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 0.89 (662 bsj, 1,070 km/j) pada aras laut
- Jarak: 1,200 batu nautika (1,400 batu, 2,200 km)
- Jejari bertempur: 300 batu nautika (556 km)
- Jarak maksimum: 1,800 batu nautika (3,300 km)
- Kadar kenaikan: 14,700 kaki/min (4,485 m/min)
- Beban sayap: 94.29 lb/kaki² (460.4 kg/m²)
Persenjataan
- Meriam: 1× 25 mm meriam GAU-12U "Equalizer" (pod kiri) dan 300 butir peluru (pod kanan) (konfigurasi A.S/Sepanyol/Itali)
- Titik beban: 7 dengan 13,200 lb muatan persenjataan (STOVL), termasuk bom jatuhan bebas, bom rangkaian, kanister napalm, bom panduan laser, AGM-65 Maverick atau AGM-84 Harpoon, pod mensasar LITENING, sehingga 4x AIM-9 Sidewinder atau peluru berpandu inframerah yang sama saiz. Radar yang dipasang pada versi AV-8B+ boleh membawa sehingga 4x AIM-120 AMRAAM. Program tingkat upaya yang sedang dilakukan ke atas kerangka pesawat kini dengan perkakasan dan perisian persenjataan pintar berasaskan bus-1760 contohnya JDAM) muatan,
Avionik
- Radar APG-65
Lihat juga
sunting- Harrier Jump Jet, gambaran keseluruhan keluarga Harrier
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ Norden 2006, Appendix A.
- ^ Military aircraft prices
- ^ a b c d e f g Wilson 2000, p. 46.
- ^ a b c d e f g Eden 2004, p. 294.
- ^ a b Frost, Patricia (11 May 2000). "Boeing to Produce Remanufactured Harriers for Spanish Navy" (Siaran akhbar). Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2012. Dicapai pada 6 July 2011.
- ^ Cook, Kathleen; LeMond-Holman, Ellen (5 December 2003). "Nations Pursue Joint Program Office to Manage Global Boeing Harrier II Fleet" (Siaran akhbar). Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-14. Dicapai pada 2 August 2011.
- ^ Goodman, Al (18 March 2003). "Spain: No combat role in Iraq war". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2013. Dicapai pada 30 August 2013.
- ^ Wolf, Jim (27 February 2009). "Lockheed says interest growing in F-35 fighter". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-04. Dicapai pada 20 July 2011.
- ^ Hoyle, Craig (20 July 2010). "Farnborough: Face the Facts with Steve O'Bryan". Flightglobal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-08. Dicapai pada 31 October 2011.
- ^ Ing, David (28 May 2014). "Spain to extend AV-8B Harrier service life". Jane's Defence Weekly. Surrey, UK: Jane's Information Group. 51 (27). ISSN 0265-3818.
- ^ "España se queda sin el portaaviones Príncipe de Asturias". Tradición Digital (dalam bahasa Spanish). 6 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-21. Dicapai pada 21 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Landing Ships and Helicopter Docks: New Designs for Multiple Duties". Armada International. Bangkok, Thailand: Media Transasi. 1 August 2013. ISSN 0252-9793. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-25. Dicapai pada 25 December 2013.
With the retirement of the 17,700-tonne Principe de Asturias carrier on February 2013, the Buque de Proyección Estratégica (BPE) or strategic projection ship Juan Carlos I will be Spain’s sole aircraft carrier.
- ^ Norden 2006, Appendix C.
- ^ "AV-8B Harrier II". Aerospaceweb.org Aircraft Museum. Dicapai pada 2006-10-29.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: AV-8B Harrier II. |
- AV-8B Plus product page on Boeing.com
- AV-8B Harrier description and AV-8B Harrier II history page on Navy.mil
- RTP-TV AeroSpace Show: Video of Harrier Hovering
- Defense Industry Daily: AV-8B Harrier finding success in Iraq (30 March 2005)
- The Vertical Vision - a Pulitzer Prize winning article in three parts on the accident-prone Harrier published in 2002