1000000000 (nombor)

1,000,000,000 ialah nombor asli selepas 999,999,999 dan sebelum 1,000,000,001.

Senarai nomborInteger

100000000 1000000000 10000000000

Kardinal Satu bilion
Ordinal Kesebilion
Pemfaktoran 29 · 59
Binari 111011100110101100101000000000
Heksadesimal 3B9ACA00

Dalam simbol saintifik, ia ditulis sebagai 1 × 109. Kuantiti fizikal juga dapat dinyatakan menggunakan awala

Pengungkapan

sunting

Terdapat seberapa istilah digunakan untuk angka besar ini:

  • bilion (Jawi: بيليون, ejaan lama: بلون) - serapan bahasa Inggeris: billion, perkataan ini dahulunya boleh merujuk kepada dua angka berlainan sama ada "satu juta juta" (1,000,000,000,000) dalam bahasa Inggeris British ataupun "satu ribu juta" seperti mana disebut di atas dalam bahasa Inggeris Amerika Syarikat.[1]
  • milyar/miliar[2] (Jawi: ميليار) - serapan Belanda: miljard meminjam Perancis: miliard (sariboe millioen)[3] yang lebih khusus dipakai di Indonesia.
  • zilion atau zilyun (Jawi: زلون) - didapati pada manuskrip tertentu seperti ‘Alam al-Hussab (1889) karya Ahmad Khatib al-Minangkabawi.[4]
  • ribu juta

Rujukan

sunting
  1. ^ "How many is a billion?". OxfordDictionaries.com. Dicapai pada 13 November 2017.
  2. ^ Rujukan silang:
    • "milyar". Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
    • "miliar". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  3. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "milliard (F)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 205.
  4. ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (Januari 2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 11 (1): 4, 10–11.CS1 maint: date and year (link)