Bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
|||
Baris 99:
Menurut statistik penggunaan bahasa di [[Bumi|dunia]], penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah 25 juta dan lebih 300 juta jika penutur [[bahasa Indonesia]] tergolong dalam bancian.<ref>{{cite web|last=Uli|first=Kozok|title=How many people speak Indonesian|url=http://ipll.manoa.hawaii.edu/indonesian/2012/03/10/how-many-people-speak-indonesian/|publisher=University of Hawaii at Manoa|access-date=20 October 2012|date=10 March 2012}}</ref> Selain itu, sekira {{circa}} 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di [[Sri Lanka]].
[[Bahasa Melayu Malaysia|Bahasa Melayu Baku]] (secara sistematik dikenali sebagai bahasa Melayu Malaysia, nama lain ialah Bahasa Melayu Standard, Bahasa Melayu Piawai atau Bahasa Melayu Moden) ialah [[Kesultanan Johor-Riau|Bahasa Melayu Johor-Riau]] yang berasal dari [[Johor]] (Malaysia) & [[Riau]] (Indonesia), seperti yang dipersetujui dan diiktiraf oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Johor-Riau seterusnya dikenali sebagai induk kelahiran bahasa Melayu yang dipakai sebagai bahasa rasmi kebangsaan pada zaman moden. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pembolakbalikan penamaan antara "bahasa Melayu" dan "bahasa Malaysia" dilakukan atas faktor politik pada awal [[1970-an]], tahun 1986 serta tahun 2007, dengan hujah sokongan penggunaan istilah "bahasa Malaysia" dapat menggalakkan perpaduan antara kaum manakala hujah sokongan penggunaan "bahasa Melayu" pula ialah mengikut aturan Perkara 152 [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia]] yang jelas menyebut: "Bahasa kebangsaan ialah "bahasa Melayu".<ref>[http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/Perkara%20152.pdf Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.]</ref> Pada
Bahasa Melayu mempunyai banyak [[dialek]] dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, Bahasa Melayu Riau berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat [[peranakan]] atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek [[bahasa Hokkien|Hokkien]]. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti [[Sumatra Utara]] (terutama di [[Medan]]), [[Riau]], [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]]. Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada [[Kata Kerja|kata kerja]].
|