Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-


8 comments:

  1. cantiknya pokok. Dah lama teringin nak pokok macam tu. Tapi tak jumpa-jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you!! hihi.. insyaAllah kat nurseri ada jual pokok2 ni..sekarang tgh viral pokok sanseviera.. ramai org jual online juga.. tp tak pasti macam mana mereka pos.. lepas RMO nanti carik tau! #staysafe ya!

      Delete
  2. tak minat menanam tp teringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ray.. boleh cuba dengan pokok tahan lasak mcm sansevieria ni.. nanti dah ada pokok share tau!

      Delete
    2. wahhh ni first time ray tau nama dye. okay noted.
      tiba2 rasa semangat nak cuba cari and jaga pokok ni.
      lepas MCO boleh mulakan misi utk cuba jaga this plant pulak.

      Delete
  3. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete
  4. Thank you for your post, I look for such article along time. myself very happy to read it because it can give me more insight, thanks.. Visit my blog..thankyou

    Megawin88
    Dewaslot777
    Naga Slot
    Sbo99 Slot

    ReplyDelete
  5. "Oh my goodness! Impressive article dude! Thank you, However I am going through difficulties with your RSS. I don’t know the reason why I am unable to join it. Is there anybody else having the same RSS problems?
    Anyone that knows the solution will you kindly respond? Thanks!!"


    Slot999
    Slot888

    ReplyDelete