Papers by Hairunnizam Wahid
Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi ... more Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi matlamatnya. Objektif kertas ini adalah untuk melihat faktor yang dijangka mempengaruhi kualiti perkhidmatan institusi zakat khususnya di daerah Sepang dengan menggunakan model SERVQUAL yang mempunyai lima faktor iaitu kebolehpercayaan, bertindak balas, jaminan, empati dan kewujudan. Sejumlah 103 responden yang terdiri daripada usahawan muslim telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor empati dan kewujudan adalah signifikan dan mempengaruhi kualiti perkhidmatan LZS dalam model yang dikaji. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat dilihat masih lagi di tahap yang rendah. Zakat yang d... more Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat dilihat masih lagi di tahap yang rendah. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat ke atas harta memandangkan masyarakat Islam sememangnya tidak ketinggalan membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan setiap tahun. Ini berlaku antaranya disebabkan persepsi dan pemahaman masyarakat Islam yang menganggap membayar zakat hanya tertumpu kepada zakat fitrah semata-mata. Kesedaran ini boleh ditingkatkan sekiranya pendidikan dikemaskini, tindakan undang-undang terhadap keengganan membayar zakat dikenakan dan keyakinan golongan berkewajipan membayar kepada institusi zakat dapat diperbaiki. Lantaran itu, terdapat sebahagian kecil golongan ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak membayar zakat dan sebahagian pula membayar bukan kepada saluran rasmi kerajaan. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana keengkaran membayar zakat bermakna pengambilan hak orang lain dalam penghasilannya. Keadaan kedua pula menunjukkan terdapat masalah keyakinan pembayar zakat terhadap institusi yang dilantik kerajaan. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat dilihat dari perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudahan, pendidikan dan seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada pembayaran zakat. Kajian menggunakan model regresi logistik untuk menguji pemboleh ubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat. Keputusan daripada analisis ekonometrik menunjukkan faktor kepuashatian agihan zakat oleh institusi zakat di samping beberapa faktor yang lain adalah signifikan mempengaruhi pembayaran zakat. Beberapa cadangan juga diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran pembayar zakat terhadap tanggungjawab mereka ini.
Jurnal Syariah, 2017
Zakāh is an economic instrument that can improve the economy of a country. Indonesia is a country... more Zakāh is an economic instrument that can improve the economy of a country. Indonesia is a country that has the largest Muslim population in the world. However, zakāh, which is the collective obligation of Muslims, has far from been implemented properly. Zakāh in Indonesia is still at the level of being a voluntary duty. This is exemplified by the fact that only some people pay
Jurnal Syariah, 2017
Zakāh is an economic instrument that can improve the economy of a country. Indonesia is a country... more Zakāh is an economic instrument that can improve the economy of a country. Indonesia is a country that has the largest Muslim population in the world. However, zakāh, which is the collective obligation of Muslims, has far from been implemented properly. Zakāh in Indonesia is still at the level of being a voluntary duty. This is exemplified by the fact that only some people pay
Jurnal ekonomi Malaysia, Dec 1, 2017
Kajian perbandingan pengukuran kecekapan pengurusan kewangan institusi Majlis Agama Islam Negeri ... more Kajian perbandingan pengukuran kecekapan pengurusan kewangan institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan prestasi agihan kewangan dan bukan kewangan di antara institusi zakat boleh membuka ruang untuk meningkatkan mutu agihan institusi zakat. Pengurusan kewangan sesebuah organisasi adalah penting untuk memastikan institusi tersebut dapat mencapai matlamat yang telah ditentukan. Hal ini kerana masih wujud tanggapan negatif ketidakcekapan agihan institusi zakat dan ia merupakan antara salah satu punca yang telah menjejaskan tahap keyakinan masyarakat Islam untuk menjalankan kewajipan membayar zakat kepada institusi zakat. Ketidakcekapan agihan tersebut boleh dilihat melalui lebihan zakat yang tidak diagihkan dan kegagalan institusi zakat mengagihkan zakat kepada kelapan-lapan golongan asnaf dan tidak mengikut keutamaan asnaf. Persoalannya adakah wujud hubungan antara prestasi pengurusan kewangan dan prestasi pengagihan zakat. Kajian telah mengkategorikan prestasi pengurusan kewangan kepada tiga (3) bahagian iaitu kecairan, kesolvenan dan keuntungan; manakala aspek prestasi kecekapan agihan institusi zakat pula terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu kecekapan agihan berbentuk kewangan (lebihan zakat tahunan) dan bukan kewangan (keutamaan asnaf). Kajian ini juga mengkaji corak agihan zakat kepada setiap asnaf sebagai satu tambahan pengukuran prestasi agihan zakat. Data sekunder terdiri daripada laporan tahunan MAIN telah dianalisis
Kajian ini menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zakat terhadap kualiti hidup asna... more Kajian ini menjelaskan kesan bantuan zakat oleh pihak institusi zakat terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin dengan menggunakan data primer melalui soal selidik di daerah Jerantut, Pahang, daerah Taiping Perak dan daerah Sandakan, Sabah. Kajian ini menganggar kebarangkalian perasaan penerima zakat iaitu sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan kualiti hidup mereka kesan daripada penerimaan zakat dengan menggunakan model logit. Hasil kajian mendapati bantuan zakat memberi kesan yang siginifikan kepada kualiti hidup golongan miskin terutamanya aspek pendidikan dan penyertaan sosial. Beberapa implikasi penting dicadangkan dalam kaiian ini untuk memastikan kualiti hidup golongan miskin tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.
International journal of academic research in business & social sciences, Apr 6, 2023
Penyetempatan (localized) pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized) kuasa mengagi... more Penyetempatan (localized) pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized) kuasa mengagih dan memungut zakat kepada amil mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan oleh institusi zakat adalah bergantung kepada penerimaan amil sebagai pelaksana dan asnaf sebagai penerima akhir perkhidmatan zakat. Kajian ini bertujuan menilai sama ada amil dan asnaf bersetuju menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat dan seterusnya menyelidiki apakah alasan penerimaan atau penolakan mereka terhadap langkah tersebut. Kajian menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA) dan seterusnya regresi logistik. Kajian mendapati secara umumnya amil dan asnaf menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat. Pemboleh ubah penyetempatan pengagihan zakat didapati bergantung secara signifikan kepada tiga pemboleh ubah utama iaitu politik dan perhubungan, asnaf mudah dikenali dan ketelusan; dan kepercayaan terhadap sistem dan institusi. Ini bermakna majoriti responden menerima konsep penyetempatan dan dijangkakan konsep ini akan meningkatkan kecekapan sistem pengagihan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar dikemukakan dalam kajian ini.
International Journal of Sustainable Development and Planning, Jun 2, 2022
Charitable giving appears to be one of the most critical approaches to mitigating the impact of t... more Charitable giving appears to be one of the most critical approaches to mitigating the impact of the global crisis such as coronavirus disease (COVID-19) on the poor and vulnerable people in Malaysia. Therefore, this study investigates the influences of religiosity, subjective norms, and attitude on donation intention among Malaysian Muslims during the coronavirus disease (COVID-19) lockdown in Malaysia. This study obtained a primary dataset consisting of 328 responses among Muslims throughout 14 states and the Federal Territories of Malaysia. Partial least square-structural equation modeling (PLS-SEM) were employed to analyze the primary data. Consequently, the results have found that religiosity and attitude are significant factors that directly predict monetary donation intention. Furthermore, attitude acted as a mediator in the relationship between religiosity and subjective norms on Malaysian Muslims' donation intention. Ultimately, this study proposed relevant policies to identify specific factors that affect the donation intention as a practical response for vulnerable groups impacted by COVID-19 in Malaysia.
Jurnal ekonomi Malaysia, 2012
Isu pengagihan zakat masih lagi relevan dibincangkan di masa kini. Walaupun jumlah kutipan zakat ... more Isu pengagihan zakat masih lagi relevan dibincangkan di masa kini. Walaupun jumlah kutipan zakat menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun pencarian kaedah pengagihan zakat yang efisien dan cekap masih lagi menjadi perbahasan oleh institusi zakat. Kaedah penyetempatan (localization) pengagihan zakat merupakan salah satu cadangan alternatif penyelesaian kepada isu pengagihan zakat. Namun kejayaan pelaksanaan kaedah ini amat memerlukan kepada keupayaan, latar belakang serta kebolehan amil untuk memikul tanggungjawab ini untuk melaksanakannya. Kajian ini menunjukkan amil sebenarnya sudah bersedia melaksanakan konsep ini namun pihak institusi zakat perlu mempertingkatkan lagi kualiti amil daripada pelbagai aspek agar konsep ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan cekap dan profesional. Beberapa cadangan konsep amil profesional juga akan dibincangkan dalam kajian ini.
Page 1. 45 Sumber Zakat Harta ISLA - MIYYA - T 27(1) (2005): 45 - 65 Penerimaan dan Tanggapan Mas... more Page 1. 45 Sumber Zakat Harta ISLA - MIYYA - T 27(1) (2005): 45 - 65 Penerimaan dan Tanggapan Masyarakat terhadap Sumber Zakat Harta yang Diikhtilaf SANEP AHMAD HAIRUNNIZAM WAHID ABSTRAK ... Illah/Sebab Kekayaan dan Harta produktif (al nama') ...
Jurnal Sains Insani, Sep 1, 2022
Tadbir urus dalam sesebuah organisasi merupakan faktor penting dalam menentukan objektif dan matl... more Tadbir urus dalam sesebuah organisasi merupakan faktor penting dalam menentukan objektif dan matlamatnya tercapai. Tadbir urus yang baik adalah institusi yang bertanggungjawab, telus dan adil. Prinsip-prinsip ini akan memastikan pencapaian matlamat dan objektif institusi. Bagi institusi zakat, tadbir urus yang baik dapat menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan dana zakat. Pemeriksaaan dan kawalan dari pelbagai mekanisme tadbir urus penting kerana institusi zakat mengawal sumber kewangan yang besar. Justeru, kajian ini akan membincangkan tadbir urus pengagihan zakat dilihat dari segi bantuan dan skim yang diberikan kepada asnaf berdasarkan pendekatan Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perolehan data sekunder melalui dokumentasi, historika dan observasi penyelidik. Hasil kajian mendapati tadbir urus pengagihan zakat bertepatan dengan prinsip Maqasid Syariah. Kajian ini juga diharapkan boleh membantu institusi zakat dalam menarik lebih ramai pembayar zakat dan seterusnya menjadi rujukan kepada para akademik dan penyelidikan di masa depan.
Jurnal ekonomi Malaysia, 2012
Penyetempatan (localized)pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized)kuasa mengagih ... more Penyetempatan (localized)pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized)kuasa mengagih dan memungut zakat kepada amil mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan oleh institusi zakat adalah bergantung kepada penerimaan amil sebagai pelaksana dan asnaf sebagai penerima akhir perkhidmatan zakat. Kajian ini bertujuan menilai sama ada amil dan asnaf bersetuju menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat dan seterusnya menyelidiki apakah alasan penerimaan atau penolakan mereka terhadap langkah tersebut. Kajian menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA) dan seterusnya regresi logistik. Kajian mendapati secara umumnya amil dan asnaf menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat. Pemboleh ubah pengagihan zakat didapati bergantung secara signifikan kepada tiga pemboleh ubah utama iaitu politik dan perhubungan, asnaf mudah dikenali dan ketelusan; dan kepercayan terhadap sistem dan institusi. Ini bermakna majoriti responden menerima konsep penyetempatan dan dijangkakan konsep ini akan meningkatkan kecekapan sistem pengagihan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar dikemukakan dalam kajian ini.
AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, Mar 28, 2023
Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta ... more Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta wakaf amat penting pada ketika ini. Ia bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan harta wakaf dalam semua aspek adalah seiring dengan pencapaiannya. Memandangkan institusi wakaf merupakan sebuah organisasi yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam, maka tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadapnya perlu dikenalpasti. Pelantikan Ejen Pentadbir Wakaf sebagai ejen kutipan wakaf berbentuk tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan jumlah pengumpulan harta wakaf terutamanya wakaf yang berbentuk tunai. Sehubungan dengan itu, tahap kepercayaan masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui pihak ini kesan daripada pengetahuan serta hebahan dan promosi yang dilakukan perlu dikaji untuk melihat dengan lebih jelas tanggapan ini di kalangan masyarakat. Kajian ini telah dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif dengan sampel data diperoleh menggunakan teknik sampel kemudahan (convenient sampling) dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian (online survey) terhadap responden yang merupakan penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hasil kajian mendapati faktor Hebahan Berkenaan Wakaf Tunai Oleh Ejen Pentadbir Wakaf dan Pengetahuan Berkenaan Ejen Pentadbir Wakaf adalah signifikan mempengaruhi masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui Ejen Pentadbir Wakaf.
IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management
As trustees, waqf institutions are not only accountable to Allah SWT but also to individuals and ... more As trustees, waqf institutions are not only accountable to Allah SWT but also to individuals and society. It has been recognised in prior studies that financial reports are the main medium to discharge accountability. In order to discharge the dual accountability obligation, financial information alone is insufficient. Instead, non- financial information also needs to be disclosed in the financial report. Through questionnaire survey to accountants and management of waqf institutions, auditors, academicians and representatives of accounting professional bodies in Malaysia, this paper has identified the importance of disclosure of a list of non-financial information related to waqf. Overall, the results show that almost 90 percent of the non-financial information is regarded as having high level of disclosure importance. It is identified that the most important item for disclosure is the information within the category related to accounting policy whilst the least important informati...
IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management
This article presents a critical review of revenue recognition practices among the institutions a... more This article presents a critical review of revenue recognition practices among the institutions administering waqf, zakah and baitulmal (WZB) in Malaysia. Through a content analysis of financial statements and focus group discussions with the accountants and management of the five WZB institutions, the findings show that different revenue recognition practices have been employed, particularly in recognizing revenues of waqf for specific purpose and in recognizing ‘faraid’ properties or portion of estates of a deceased person that belong to baitulmal. Furthermore, the review of practices of the sample institutions reveals different pointof recognition of ‘luqatah’ as revenue and diverse measurement basis were used in revenues recognition. The findings provide understanding on the current practices of recognition of the various types of revenues administered by the institutions of WZB. The findings can also be used as inputs in developing Islamic accounting standards that will harmoni...
IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management
This article proposes Syari’ah-based accounting treatment for collecting and distributing zakat f... more This article proposes Syari’ah-based accounting treatment for collecting and distributing zakat from the perspective of a zakat institution as a trustee. The proposed accounting treatment considers the current practices of zakat institutions in Malaysia in accounting for the collection and distribution of zakat as well as the expert opinion on the Syari’ah aspects regarding the collection and distribution of zakat. Using the method of content analysis of financial statements and discussions with zakat institution officials, the study found that current accounting practices for collection and distribution among the zakat institutions studied did not show much difference. The zakat institutions account for the collection of zakat as revenue when received and the distribution of zakat as expenditure when payment or distribution to asnaf is made. The amount of zakat collection that has not yet been allocated to asnaf during a given accounting period is recognised as equity. However, bas...
IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management
The fuqaha and current scholars have recognised the role of human beings and jinn in fulilling th... more The fuqaha and current scholars have recognised the role of human beings and jinn in fulilling their responsibilities as servants of the Almighty and their trusted responsibilities to the rest of mankind. Certain of discussion under the corpus of Islamic legal knowledge declare that an entity organised by a group of people (syahsiyyah iktibariyyah) is set up to shoulder the responsibilities and fulil the trusts from Almighty God that cannot be carried out eficiently by an individual due to its existence over a longer period of time than the average human age. The question is whether the establishment of a State Islamic Religious Council (MAIN) is in line with the characteristics and concept of entities that have been debated by current and previous fuqaha. If this study hypothesis is true, then a MAIN is a legal entity with limited dhimmah in which all its activities are bound by the State Islamic Religious Administration Enactment as well as other statutes relating to civil law at ...
Universiti Utara Malaysia Press, Jul 1, 2019
Uploads
Papers by Hairunnizam Wahid