Papers by Aini Salwati Mohd Yusof

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021
Penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran pada ... more Penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini memainkan peranan yang penting sejajar perkembangan semasa teknologi dunia. Walau bagaimanapun tahap pengetahuan murid-murid Orang Asli mengenai penggunaan teknologi ICT amat rendah. Justeru, peranan guru di sekolah Orang Asli menjadi pemangkin utama kepada perubahan ini. Kajian ini bertujuan melihat amalan penggunaan media digital guru-guru di sekolah Orang Asli. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif melalui kaedah pengedaran borang soal selidik. Seramai 110 orang guru yang mengajar di sekolah Orang Asli dijadikan sebagai responden kajian. Tiga objektif utama dijadikan sebagai panduan kajian. Data kajian ini dianalisis menggunakan SPSS versi 24.0 secara deskriptif dalam bentuk peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan pengetahuan guru terhadap media digital dan amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru Orang Asli berada pada tahap yang tinggi. S...
Uploads
Papers by Aini Salwati Mohd Yusof