Bersuci Dari Hadath & Mandi Wajib

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 66

TAJUK:

BERSUCI DARIPADA
HADATH
&
MANDI WAJIB
Oleh: Ust Sarip udin b. Boiran Al-Jerami
Tidak syak lagi pada asalnya,
bersuci adalah suatu ARAHAN
MUTLAK ALLAH yang tak perlu
dipertikai, tak perlu ditanya
MENGAPA PERLU dan tak perlu
diselidik APA HIKMAHNYA.
‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ‬
‫ﭟ ﭠ ﭡﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦﭧ‬

‫‪Surah Al-Ma’idah: ayat 6‬‬


“Wahai orang-orang beriman, sekiranya engkau
hendak menunaikan solat maka basuhlah
wajahmu dan tanganmu sehingga ke paras siku...
kemudian sapulah kepalamu (dengan air) dan
(basuhlah) kakimu sehingga ke paras buku lali.
Sekiranya engkau berjunub, maka hendaklah
engkau menyucikan diri…
Kenapa perlu
BERSUCI
DARIPADA
HADATH?
Sebab paling utama ialah kerana BERSUCI
DARIPADA HADATH ialah KUNCI untuk
diterimanya beberapa ibadat wajib & sunat
seperti SOLAT dan lain-lain.

Kesimpulannya, kalau kita tak bersuci, solat le


1000 rakaat sekalipun ALLAH takkan terima.
Bagaimana
caranya saya nak
BERSUCI
DARIPADA
HADATH?
Kena tahu berapa pembahagian BERSUCI
DARIPADA HADATH.

Hadath tu ada 2: HADATH KECIL dan HADATH


BESAR.

HADATH KECIL = diwajibkan berwuduk.

HADATH BESAR = diwajibkan mandi junub.


PEMBAHAGIAN
HADATH
HADATH KECIL

SEBAB:

 Keluar sesuatu dari kemaluan hadapan dan


belakang.
 Memegang kemaluan manusia
menggunakan tapak tangan.
 Memegang kulit insan berlainan jantina yang
halal berkahwin.
 Tidur yang nyenyak.
 Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan dll.
HADATH BESAR

SEBAB:

 Bersetubuh, walaupun tak keluar air mani.


 Keluar air mani walaupun setitis.
 Keluar darah haid.
 Melahirkan anak, walaupun tidak keluar
darah nifas.
 Mati.
Apa yang TAK SAH
DILAKSANAKAN kalau TAK
BERSUCI DARI HADATH
KECIL?
Ada 3 perkara TAK SAH atau
HARAM dilakukan kalau TAK SUCI
DARI HADATH KECIL:

1) Solat
2) Tawaf ka’abah
3) Sentuh Mushaf Al-Quran
Apa pulak yang HARAM
DILAKUKAN kalau kita tak
BERSUCI DARI HADATH
BESAR?
Ada 5 perkara haram dibuat kalau kita TAK SUCI DARI
HADATH BESAR:

1) Solat
2) Tawaf ka’abah
3) Baca Al-Quran
4) Sentuh Al-Quran
5) Iktikaf di masjid
Kalau begitu, sah tak kalau
saya MANDI JUNUB atau
BERWUDUK dengan
menggunakan mana-mana
air?
1) AIR MUTLAK
5 JENIS
Sah untuk bersuci yang wajib dan sunat.
AIR
2) AIR MUSTA’MAL
Sah untuk bersuci yang sunat sahaja.

3) AIR MUSHAMMAS
Sah untuk bersuci yang wajib dan sunat, namun makruh.

4) AIR MUTAGHAYYAR
Tidak sah untuk bersuci yang wajib dan sunat.

5) AIR MUTANAJJIS
Tidak sah untuk bersuci yang wajib dan sunat.
AIR MUTLAK
IAITU AIR YANG ASAL, TIADA SEBARANG
CAMPURAN DAN BELUM DIGUNAKAN UNTUK
BERSUCI YANG WAJIB.
HUKUM: SUCI LAGI MENYUCIKAN

SALJI PAIP
HUJAN
MATA
AIR

PERIGI SUNGAI LAUT


AIR MUSTA’MAL
IAITU AIR YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK
BERSUCI YANG WAJIB.
HUKUM: SUCI TAPI TIDAK MENYUCIKAN

Sekiranya
kurang 2
qullah.
AIR MUSYAMMAS
IAITU AIR YANG TERDEDAH KEPADA PANAS
MATAHARI, DI DALAM BEJANA TEMBAGA
YANG SELAIN EMAS & PERAK.
HUKUM: SUCI DAN MENYUCIKAN, TAPI
MAKRUH MENGGUNAKAN

Boleh
menyebabkan
penyakit.
AIR MUTAGHAYYAR
IAITU AIR YANG TELAH BERUBAH SALAH SATU
SIFAT: WARNA, BAU DAN RASA.
HUKUM: SUCI TAPI TIDAK MENYUCIKAN

Walaupun
lebih 2 qullah.
AIR MUTANAJJIS
IAITU AIR YANG TELAH TELAH DIMASUKI OLEH
NAJIS.
HUKUM: TIDAK SUCI, TIDAK BOLEH
MENYUCIKAN
Berkenaan air mutlak
tu, boleh tak saya guna
air yang sama untuk
mandi wajib atau
wuduk banyak kali?
Boleh, tapi dengan beberapa syarat:

1) Air tu mesti mencukupi/melebihi 2 QULLAH.

2) Tidak berubah salah satu di antara 3 unsur:


WARNA, RASA dan BAU.
UKURAN ASAS BAGI AIR YANG MENCUKUPI 2 QULLAH

60 cm

60 cm

60 cm x 60 cm x 60 cm =
216 liter
60 cm
Ustaz, saya ni dah tua.
Tapi sampai sekarang tak
reti cara mandi wajib.
Apa RUKUN MANDI
WAJIB/MANDI JUNUB?
Antara RUKUN MANDI WAJIB ialah:

1) Niat.
2) Menghilangkan najis dan
halangan yang boleh
menghalang air dari
terkena tubuh.

3) Meratakan air ke seluruh


luaran anggota tubuh
badan.
Macam mana pulak
dengan SUNAT-
SUNATNYA?
Antara SUNAT-SUNAT MANDI WAJIB
ialah:

1) Membasuh pergelangan tangan.

2) Berwuduk terlebih dahulu.

3) Membaca Bismillah.

4) Menggosok-gosok tubuh.
5) Menyelat rambut , janggut, bahagian
berbulu, bahagian yang terselindung
dan yang berlipat.

6) Mendahulukan anggota sebelah kanan.

7) Memasukkan air ke dalam rongga


tubuh.

8) Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.


KAEDAH MANDI WAJIB
RASULULLAH S.A.W
Diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda


mandi janabah, baginda mula dengan
membasuh dua tangannya. Kemudian
baginda menuangkan air ke tangan kirinya
dengan menggunakan tangan kanannya, lalu
(dengan tangan kiri itu) baginda membasuh
kemaluannya. Kemudian baginda
mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk
untuk mengerjakan solat.
Kemudian baginda mengambil air, lalu
memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya
hingga apabila melihat air telah membasahi
seluruh (kulit kepala dan akar-akar
rambutnya), baginda mencebuk air (dan
menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga
cebukan. Kemudian baginda menyiram air
ke seluruh badannya. Kemudian baginda
membasuh kedua kakinya”
(HR Imam Muslim).
PENGAJARAN
HADITH
1
Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan
membasuh dua tangan.

Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan


baginda membasuh dua tangannya sebanyak
dua atau tiga kali.
2
Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan
jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3
Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang
biasa dilakukan.
4
Kemudian mulakan mandian dari bahagian
kepala terlebih dahulu sehingga rata air di
seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5
Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di
bahagian badan pula… dari leher ke bawah.

Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu,


kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6
Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-
gosok badan… terutamanya di bahagian-
bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak
sampai air jika tidak digosok.
7
Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki
dan menggosok dicelah-celah jarinya.
Menyentuh kemaluan tidaklah
membatalkan mandi. Ia hanya akan
membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika
menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan
niat/tujuan meratakan air ke bahagian
kemaluan, tidaklah perlu mengulangi
wudhuk kembali selepas mandi kerana
sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk
menyempurnakan mandi wajib.
Namun jika sentuhan itu berlaku setelah
bahagian kemaluan itu telah diratakan air
(semasa mandi itu) atau setelah selesai
mandi, maka ketika itu barulah wajib
mengambil wudhuk kembali selepas mandi.
Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-
mata dengan menyentuh kemaluan.
PERSOALAN
BERKAITAN
MANDI WAJIB
SOALAN 1:

Pada malam Ramadhan, saya telah bermimpi yang


mengghairahkan sehingga keluar mani. Saya telah
mandi selepas waktu azan subuh. Adakah sah
puasa saya?
JAWAPAN:

PUASA SAH, kerana syarat sah puasa tidak


berkaitan dengan mandi wajib (bersuci)… berlainan
dengan solat.
SOALAN 2:

Saya seorang yang sentiasa was-was ketika


mandi dan bersuci. Adakah sah saya mandi wajib
dalam keadaan was-was?
JAWAPAN:

SAH, kerana mandi wajib adalah ibadat,


manakala was-was adalah penyakit. Seseorang
yang berpenyakit tidak menyebabkan ibadatnya
tertolak.
SOALAN 3:

Apa beza AIR MANI dan AIR MAZI?


JAWAPAN:

AIR MANI = Warna putih keruh, likat


(pekat) seperti putih telur, keluar
dengan rasa klimaks (puas).

AIR MAZI = Warna putih cair, kurang


likat (tak pekat), keluar ketika rasa
teransang (tanpa klimaks).
SOALAN 4:

Seorang yang baru putus haid. Sebelum sempat ia


mandi wajib, ia telah bermimpi sehingga keluar
mani. Di sini ada 2 penyebab yang menyebabkan ia
wajib mandi. Perlukah ia mandi 2 kali?
JAWAPAN:

Tidak perlu mandi banyak kali. Hanya perlu mandi


sekali walaupun dengan sebab yang banyak.
SOALAN 5:

Saya bermimpi sehingga keluar air mani ketika


musafir, sedangkan air tidak mencukupi untuk
mandi. Apa harus saya lakukan?
JAWAPAN:

Tidak perlu mandi wajib. Ia hanya perlu


bertayammum sebagai ganti mandi.
SOALAN 6:

Saya telah selesai mandi wajib, namun


beberapa minit kemudian saya perasan
terdapat sticker melekat di kaki saya.
Perlukah saya ulangi mandi wajib?
JAWAPAN:

Kalau sekiranya tempoh selesai mandi


dengan tempoh sambung mandi tidak
lama (kira-kira air belum kering dengan
sendiri), boleh disambung mandian
tersebut. Sekiranya telah lama dan air
mandian di badan telah kering, wajib
diulangi mandian.
SOALAN 7:

Sahkah mandi saya sekiranya saya


mandi wajib di kolam renang?
JAWAPAN:

SAH, dengan syarat niat mandi


wajib dan air rata ke seluruh tubuh.
SOALAN 8:

Bagaimana sekiranya seseorang


cedera di badan atau berbalut,
adakah wajib ia
menyempurnakan mandinya?
JAWAPAN:

Sekiranya air boleh


memudharatkan luka, atau
terdapat pembalut yang boleh
menghalang air dari terkena badan,
ia boleh menggantikannya dengan
tayammum, atau mengenakan air
pada badan semampu
yang boleh.
DAH TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai