Pengujian Satu Fasa
Pengujian Satu Fasa
Pengujian Satu Fasa
Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini dijalankan
1. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu
pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-
undang dan peraturan-peraturan pepasangan elektrik.
Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi borang pepasangan elektrik,
Termasuk hal-hal ubah-suai mengikut keperluan-keperluan amalan di Malaysia. Selain itu,
pematuhan kepada keperluan keselamatan akan dapat dielak dari berlakunya kemalangan elektrik
samada yang boleh menyebabkab kecederaan anggota badan, kehilangan nyawa dan harta benda.
ii. Mengikut Peraturan 13 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Satu Fasa atau oleh Pendawai
dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang
hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.
PENGENALAN :
Kerja-kerja pengujian 1 fasa memerlukan beberapa peralatan,perkakas dan alatambah yang dapat
membantu melaksanakan pengujian dengan betul dan selamat.
Sebelum pengujian dijalankan, proses pemeriksaan mata kasar dibuat untuk memastikan bahawa
suatu pemasangan itu telah siap secara fizikalnya.
1. Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa menggunakan apa-apa alat uji.
Beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu:
d. Keadaan fizikal peranti dan kelengkapan dalam keadaan baik dan selamat (tidak
2. Setiap pepasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung
kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat.
Ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti
pepasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pepasangan ini boleh
disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.
Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu
pepasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian ini dijalankan.
fasa ialah:
v Meter pelbagai.
v Loop tester.
v Loceng/buzzer.
v Test lamp.
v DB 1 fasa.
v CLIP ON METER
4. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pepasangan itu
dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan
peraturan pepasangan elektrik. Antara ujian litar mati yang perlu dilakukan adalah:
Ujian penebatan
Ujian kekutuban
Mengikut peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap
pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal
atau sekatan fasa tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu
perakuan penyelian dan penyiapan.
Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu
hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa
tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan
perakuan ujian bagi pepasangan itu.
Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan
penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing
dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.
6. Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari
sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor, alat pemanas air dan sebagainya
hendaklah diuji secara berasingan. Jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi, ujian
penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya.
Bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm.
Jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut
kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu
dan termasuk juga neutral atau di antara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-
mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau mana-mana logam yang dibumikan.