Kursus Ketua Kelas
Kursus Ketua Kelas
Kursus Ketua Kelas
KERTAS KERJA
KURSUS PENYELARASAN TUGAS
KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS
2023
1
1.0 Pengenalan
Ketua kelas dan penolong ketua kelas adalah para murid yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam membantu guru kelas
menguruskan hal berkaitan pengurusan bilik darjah. Mereka menjadi wakil untuk memudahkan
urusan kelas dan membantu pengawas dalam mengawal disiplin ahli kelas masing-masing.
Namun begitu mereka juga memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi
dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan serta panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dalam menjalankan tugas, mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Para ketua dan penolong ketua kelas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka
serta mengetahui senario seluruh murid itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.
2.0 Objektif
2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para ketua kelas dan penolong
ketua kelas dapat:
2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang ketua kelas dan penolong ketua kelas
dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan tugasan harian kelas dengan betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
2
4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN KURSUS
3.1 Kursus ini akan diadakan pada ketentuan berikut;
Tarikh : 25 Julai 2023
Hari : Selasa
Masa : 3.00 – 6.00 petang
Tempat : Bilik Wacana SK Seksyen 7, Shah Alam
3
6.0 PERINCIAN TUGAS AJK
BIL AJK TUGAS
1. Penyelaras Kursus - Menyediakan soalan untuk kajian kes.
- Penyelarasan tugas fasilitator kursus.
- Memastikan kursus berjalan lancar.
3. Penyelaras Tahun 1.2 - Memastikan setiap guru kelas telah melantik ketua
dan 3 kelas dan penolong ketua kelas dan menyerahkan
setiap nama ketua kelas dan penolong ketua kelas
kepada setiausaha.
- mengedarkan surat makluman dan borang
kebenaran kepada guru kelas untuk diserahkan
kepada murid.
- Mengutip kembali borang kebenaran dari guru
kelas dan diberikan pada Setiausaha untuk tujuan
dokumentasi
4
BIL AJK TUGAS
8. Cenderahati - Menguruskan pemberian cenderahati kepada
perasmi dan AJK.
9. Jurufoto - Menangkap gambar sepanjang program dan
menyerahkan kepada setiausaha untuk
dokumentasi
10. Pengacara Majlis - Menjadi pengacara sepanjang kursus berlangsung.
11. Fasilitator - Membantu Penyelaras Kursus membuat kajian kes.
- Membantu dan memantau peserta kumpulan
masing-masing semasa aktiviti berlangsung.
- Memastikan peserta dalam kumpulan bekerjasama
dan berbincang dalam menyelesaikan kes.
5
8.0 Anggaran Perbelanjaan
No Perkara Anggaran Jumlah
9.0 Penutup
Kursus ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan
murid untuk menjadi seorang ketua dan penolong ketua kelas yang bertanggungjawab.
Diharapkan agar kursus ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif dan
melahirkan ketua dan penolong yang berketrampilan.dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Disamping itu, program ini dapat membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin kecil
yang terbaik dan mampu membantu guru dalam melaksana dan menguatkuasakan peraturan
dan disiplin di sekolah dalam kalangan semua murid SK Seksyen 7.
(WAN NUR AZIERA BINTI WAN AZNAN) (FAIZATUL SHARMILA BINTI ARIFFIN)
Diluluskan oleh,
______________________
(NOOR HASHIMI BIN HASAN)
GURU BESAR
SK SEKSYEN 7 SHAH ALAM