Novel Destinasi Impian Karya Mohd Ismail Sarbini: Sinopsis Keseluruhan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

NOVEL DESTINASI IMPIAN

karya Mohd Ismail Sarbini

SINOPSIS KESELURUHAN :

       Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan
Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih.
Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan
sedar serta tidak bersikap angkuh.

TEMA :

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i.    Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.

ii.   Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-
cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup


menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar,
dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv.  Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia
mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v.   Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa
dalam perjalanan.

WATAK DAN PERWATAKAN :

Firdaus :

 Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
 Tingkah laku agak keperempuanan.
 Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
 Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan
kerja-kerja perempuan.
 Selalu dimanjakan.
 Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
 Cepat marah apabila kepenatan.
 Suka berdendam.
 Meminati Mazlinda.
Azlina :

 Gadis berusia 16 tahun.


 Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
 Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
 Adik kepada Firdaus.
 Suka mencabar Firdaus.
 Seorang yang kuat semangat.
 Sentiasa riang dan cergas.
 Suka akan cabaran.
 Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan.
 Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

Johari :

 Sepupu Azlina dan Firdaus.


 Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
 Suka berbasikal.
 Suka membaca.
 Suka akan cabaran.
 Suka memberi nasihat kepada sepupunya.

Mazlinda :

 Rakan sekelas Firdaus.


 Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
 Anak orang berada.
 Berpura-pura tidak pandai berenang.
 Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.

Sazali dan Mokhsin :

 Rakan sekelas Firdaus.


 Suka mengejek Firdaus.
 Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di
Pantai Morib.
Gaya Bahasa :

1. Peribahasa

Bagaikan langit dengan bumi.


Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak meninggalkan
rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.” 
2. Simile

Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.


Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air
mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
3. Hiperbola

Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang menggayuti
tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?
4. Metafora

Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu
menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.
5. Sinkope

“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.

LATAR MASA :

 Pukul 7:00 pagi


 Pukul 2:30 petang
 Pukul 3:00 petang
 Pukul 3:30 petang
 Hari Sabtu bulan Jun

LATAR MASYARAKAT : 

Masyarakat yang gemar membaca


 Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan
sendiri.
 Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.
 Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.
 Masyarakat yang tegas.
 Masyarakat yang prihatin.
LATAR TEMPAT :

Gerai air tebu


 Tepi jalan
 Tapak perkhemahan
 Di bawah pokok ru

NILAI : 
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan

Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan
mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.

(ii) Keberanian

Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

(iii) Keprihatinan

Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari
basikalnya.

(iv) Bertanggungjawab

Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran
Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.

(v) Semangat setia kawan

Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus
yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

PENGAJARAN

·         Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


·         Kita janganlah menghina sesama sendiri.
·         Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
·         Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
·         Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
·         Kita janganlah bercakap bohong.

WATAK DAN PERWATAKAN


 Firdaus  (watak utama)
·         Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya
kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya
·         Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar-
Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka
untuk berbasikal ke Morib.
·         Selalu dimanjakan- Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya
memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus.
·         Suka berdendam- Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak
membantu Azlina yang tercedera.

Azlina  ( watak sampingan)


·         Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati
Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan
·         Suka mengejek  Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus
untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan
seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.
·         Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun
mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.
·         Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk
berbasikal ke Morib.

 Contoh watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam
novel ini ialah Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan.
Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan
aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan
mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia
dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu
bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia
langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran

            Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak
sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang
atlek sukan, Azlina merupakan  olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan
tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek  Firdaus, Azlina selalu
menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah.
Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang
lelaki.Bukan itu shaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang kelihatan cergas
dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.Akhirnya dia
seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk
berbasikal ke Morib.

Anda mungkin juga menyukai