Minit Mesyuarat RBT & TMK Kali 1-2021
Minit Mesyuarat RBT & TMK Kali 1-2021
Minit Mesyuarat RBT & TMK Kali 1-2021
Nama kehadiran :
1. En. Hassan Bin Othman (Ketua Panitia)
2. En. Nor Aznizan Bin Che Ya (S/U Panitia)
3. En Mohd Shaifulnizam Bin Zailand
4. Pn. Fattin Hazzrah Bt. M. Abu Bakar
5. En. Mohd Akhir Bin Odin
6. En. Muhammad Syawal Bin Ismail
7. Pn. Nazirah Bt. Yahaya
8. Pn. Nor Ain Bt. Hussein
9. Pn. Rosyidah Bt. A.Dulkarnai
10. En. Zahari Bin Saad
1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk
menjayakan mesyuarat panatia kali pertama ini.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi mandat kepada
beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun 2021.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru untuk mengajar
subjek Reka Bentuk dan Teknologi pada tahun ini serta mengharapkan guru-guru dapat
berkongsi pengalaman dan idea untuk memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan
3.0 AGENDA
Makluman semua guru agar memastikan kelas dalam keadaan lengkap dengan keperluan
yang sepatutnya seperti jadual waktu, jadual tugasan, pelan kebakaran, peraturan kelas &
peraturan kerja kumpulan , kerusi meja dalam keadaan baik & susunan berkumpulan. (ada
pelbagai jenis susunan meja kumpulan, ikut kesesuaian), learning standard & successful
criteria, parking lot diisi, penggunaan reward chart dan sudut hasil kerja murid.
3.1.2 Adalah dicadangan penggunaan parking lot, mengedarkan kertas dan meminta murid
menulis apa aktiviti yg mereka ingin buat berkaitan mana-mana subjek. Sudut hasil kerja
adalah kerjasama semua guru yang mengajar di kelas tersebut.
KSSR
3.1.3 Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2020 (KSSR) yang dilaksanakan mulai
tahun 2017 diteruskan untuk Tahun 4 & 5 2021. Pembaharuan dalam KSSR (Semakan) –
Aspek, Prinsip & Strategi Semakan meliputi aspek Kandungan, Pedagogi dan
Pentaksiran. Prinsip Kandungan termasuklah penambahbaikan kandungan mengikut
trend global dan tanda aras antarabangsa dan memperkukuhkan penerapan KBAT.
Prinsip Pedagogi melibatkan pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan
berkesan dan prinsip Pentaksiran mengikut perkembangan pembelajaran murid yang
ditaksir secara berterusan. Strategi Kandungan melibatkan penjajaran semula kandungan
kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan. Di samping mengeksplisitkan
KBAT dalam penyataan standard DSKP. Strategi Pedagogi melibatkan peruntukan waktu
mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan. Seterusnya, strategi
pentaksiran melibatkan perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan
Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP.
Disediakan oleh,
………………………………………………
(NOR AZNIZAN BIN CHE YA)
Setiausaha Panita,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat & Komunikasi,
SK Bandar Baru Perda.
Disahkan oleh,
……………………………………..
(HASSAN BIN OTHMAN)
Ketua Panitia,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat & Komunikasi,
SK Bandar Baru Perda.