Book Review SPLG 3

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TTDI 1 Kod Sekolah: WBA

1. Nama Guru Fatin Amalina Binti Abd Aziz

2. Judul Mudahnya Menjemput Rezeki 3. Bidang: Pengetahuan agama


4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia
dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi
Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. “Menjemput rezeki adalah satu bentuk amalan paling
beradab dalam mendapatkan kekayaan. Menjemput jauh berbeza dengan mencari, memburu,
merebut, apatah lagi merampas, memeras atau memanipulasikan. Jika kita berniaga dengan
orentasi menjemput rezeki, pastilah Allah SWT redha dan manusia senang dengan perniagaan
kita. Malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh
terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang
sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.”

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada
kesulitan hidup khususnya perihal rezeki. Buku ini bakal membuka mata, minda dan mengubah
persepsi anda mengenai ‘rezeki’ anda selama ini..

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan.
Ilmu juga adalah rezeki dari Allah SWT. Contohnya dengan akal manusia berfikir bagaimana
untuk membawa air di luar rumah masuk ke dalam rumah. Sehingga pada hari ini, dengan hanya
memulas kepala paip sahaja sudah boleh mendapat air bersih. Orang beriman yakin rezeki itu
daripada Allah SWT. Sedang orang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya. Hakikatya
dalam dunia ini, tiada yang mudah. Sesuatu perkara menjadi mudah apabila kita berilmu

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
Fatin Amalina binti abd aziz

Anda mungkin juga menyukai