0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
53 tayangan4 halaman

KEM SOLAT UniKL

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 4

1.

0 Nama Program:

Kem Bestari Solat Bersama UniKL


TEMA : IBADAH MEMACU SAHSIAH CEMERLANG

2.0 Rasional:

Kem bestari solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan
secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

3.0 Objektif:

1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.


2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
3. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi
bacaan dan perbuatan.
4. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan
dalam solat.
5. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
6. Murid dapat mengukuhkan dan memupuk semangat
perpaduan di kalangan fasilitator dan murid

4.0 Matlamat:
Memberi pendedahan dari teori dan praktikal kepada murid sasaran dalam perlaksanaan solat.

5.0 Sasaran:
Semua murid Tingkatan 1 hingga 3 SMK Bawong
6.0 Jangkamasa:
13 Februari 2015 – Jumaat ( 7.30 pagi – 5.00 petang )

7.0 Strategi Pelaksanaan:


1. Jawatankuasa Pelaksana Kem Solat UniKL bermesyuarat bagi
memutuskan dan menetapkan Jawatankuasa Pelaksana, tempat dan masa kem,
jadual kem, dan pengagihan kumpulan murid.
2. Memberi taklimat kepada guru (fasilitator & urusetia) dan murid.
3. Setiap kumpulan tidak melebihi 15 orang murid.
4. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti
dilaksanakan.
5. Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras program
6. Pengisian Borang Catatan Pelaksanaan Solat.
7. Penyediaan laporan kem.

8.0 Kos & Sumber

Kos perbelanjaan di tanggung oleh peruntukan UniKL.

9.0 Penutup

Diharapkan pelaksanaan Kem Bestari Solat ini  dapat memberi kesedaran dan sedikit
pendedahan awal kepada murid-murid tentang tanggungjawab mereka dalam menunaikan
tuntutan agama dan memberi kesan positif kepada murid-murid  dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan sembahyang 5  waktu
khususnya dan ibadah-ibadah fardu ain yang lain secara amnya yang telah diperintahkan oleh
Allah.
  

Disediakan oleh :

................................................................
En Ahmad Nasaruddin bin Mohd Noor
Guru Bimbingan Dan Kaunseling

JAWATANKUASA PELAKSANA KEM SOLAT UniKL 2017

Penasihat
Pengetua:
Tuan Haji Anuar bin Mamat
Pengerusi Naib Pengerusi
En. Zamziba bin Zabidi Tn Hj Mohd Nor bin Junid
En Ramly bin Sharif

Setiausaha Penyelaras Program


En. Ahmad Nasaruddin bin Mohd Noor Ust. Azrie
Ust Othman
Bendahari
Ust. Uni Nasrah bt Nasruddin

Jawatankuasa Pelaksana

Fasilitator Siaraya / Teknik & Peralatan

Pensyarah dan Penuntut UniKL En Ar Rasyieddin

Keselamatan & Disiplin Jamuan

Semua guru Pengurus Dewan Makan Asrama

Pendaftaran Cenderahati & Hadiah

Semua warden asrama Team UniKL

Dokumentasi &Penilaian

En Ahmad Nasaruddin

Bidang Tugas Jawatankuasa kecil


1.    FASILITATOR DARI PIHAK UniKL

1.1.  Membimbing dan memudah cara peserta melaksana Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
1.2.  Menyiapkan penilaian dan pelaporan.
2.    AJK PENDAFTARAN

2.1.  Menyediakan keperluan pendaftaran.


2.2.  Membuat pendaftaran peserta.
2.3.  Mengedar buku program.

3.    AJK MAKANAN DAN MINUMAN (QM Kem)

3.1.  Menentukan menu.
3.2.  Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3.3.  Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.
3.4.  Memastikan makanan dan minuman mencukupi.
3.5.  Mengurus bil melalui bendahari.

4.    AJK SIARAYA DAN PUBLISITI

4.1.  Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot.


4.2.  Menyediakan banner dan publisiti.

5.    AJK TEKNIK DAN PERALATAN

5.1.  Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti.


5.2.  Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti.
5.3.  Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

6.    AJK CENDERAHATI DAN HADIAH

6.1.  Menyedaikan hadiah / cenderahati dan sijil.

Anda mungkin juga menyukai