Kertas Kerja Penajaan
Kertas Kerja Penajaan
Kertas Kerja Penajaan
KERTAS KERJA
TEMA
‘PENDIDIKAN KERJAYA KE ARAH KESEJAHTERAAN INSAN’
TARIKH
20 MAC 2019
MASA
TEMPAT
ANJURAN BERSAMA
KERJASAMA
Dalam menuju ke arah perkembangan revolusi perindustrian 4.0, setiap individu berlumba-
lumba untuk menceburi bidang yang diimpikan. Oleh sebab itu, pendidikan kerjaya sangat
penting untuk diketengahkan dalam bidang pendidikan di Malaysia bagi memberi kesedaran
kepada murid-murid tentang pentingnya kesesuaian persekitaran kerja yang dipilih dengan
minat yang telah ditanam sejak kecil. Ini adalah tunjang kepada program ini dilaksanakan
bagi membantu murid-murid untuk memilih dan menentukan kerjaya yang bersesuaian
dengan minat, kehendak dan keperluan pada era kini. Di samping itu, program ini juga
diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada murid untuk membuat penerokaan
kendiri tentang haluan kerjaya yang sesuai dengan mereka sekali gus mengetahui lebih
lanjur mengenai peluang-peluang pendidikan yang bersesuaian dengan mereka selepas
melangkah keluar dari alam persekolahan. Program Karnival Pendidikan Kerjaya ini lebih
memfokuskan kepada pendedahan Pendidikan Kerjaya kepada sasaran murid Tingkatan 3,4
dan 5 bagi sekolah-sekolah menengah di sekitar Seremban.
2.0 RASIONAL
Kini, banyak usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
membina modal insan yang cemerlang sehingga mampu memacu negara ke tahap yang
lebih baik pada masa akan datang. Segala usaha yang dilaksanakan adalah bermula dari
akar umbi melalui sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh itu, rasional program ini
diadakan adalah untuk mendedahkan bidang-bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh murid-
murid apabila mereka melangkah keluar dari alam persekolahan kelak. Murid haruslah
diberikan pendedahan dari awal bagi membantu mereka membuat perancangan awal dan
membuat keputusan untuk masa depan mereka.
3.0 MATLAMAT
4.1 Memenuhi keperluan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengurusan Bimbingan
Kerjaya PBKK 3213
4.2 Memberikan pendedahan maklumat mengenai bidang kerjaya yang ada melalui
pameran buku skrap kerjaya.
4.3 Mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang wujud serta kelayakannya
berdasarkan pameran agensi-agensi luar.
4.4 Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkaitan antara minat kerjaya dan
prestasi akademik melalui konsultasi kerjaya.
4.5 Memberikan kesedaran kerjaya kepada murid dan guru melalui taklimat
instrumen kesedaran kerjaya.
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Murid sekolah rendah darjah 4, 5 dan 6
5.2 Murid sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3.
5.3 Senarai nama sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Seremban
seperti yang dilampirkan di lampiran C.
6.0 TARIKH CADANGAN DILAKSANAKAN
Hari : Rabu
7.0 TEMPAT
Balai Kerapatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat 70400
Seremban, Negeri Sembilan.
1. Percetakan RM 206.00
2. Hadiah RM 620.00
3 Makanan RM 4500.00
JUMLAH RM 5626.00
PENUTUP
Diharapkan Yang Berusaha Tuan Pengarah dapat memberi pertimbangan dan kelulusan
terhadap cadangan mengadakan Program Karnival Pendidikan Kerjaya agar projek ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
............................................. .............................................
(Nor Amirah binti Hashim) (Dr Mohd Ali bin Jaamat)
Setiausaha Projek, Penyelaras,
Karnival Pendidikan Kerjaya. Program Karnival Pendidikan Kerjaya.
LAMPIRAN
A. SENARAI AGENSI LUAR YANG TERLIBAT DI DALAM PAMERAN KERJAYA
B. TENTATIF PROGRAM