6-Surat Pekeliling Ikhtisas Panitia Mata P
6-Surat Pekeliling Ikhtisas Panitia Mata P
6-Surat Pekeliling Ikhtisas Panitia Mata P
Telefon : 2922066
Pasar Besar, Kuala Lumpur 50604.
Kawat : ‘PELAJARAN’
KP(BS)8591/Jld II/(44)
13hb. Mac, 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia
Y.B. Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak
diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran di
sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia
mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau
bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian
Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya
oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu
ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak
sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan
dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan
dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah
dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya
keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
3.1 Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu
mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan
guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau
tidak.
27
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat
atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan
tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas- tugas
mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat
bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta
kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka.
Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas
seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk
mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam
bidang pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru
kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah.
28
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan
pengajaran-pembelajaran;
29
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-
kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan- perjumpaan
secara 'ad hoc' bila dan jika perlu;
Sekian .
30
31