Sinopsis Ladap Merit
Sinopsis Ladap Merit
Sinopsis Ladap Merit
1. Nama Guru
MAZNAH BINTI MD YASIN
3. Bidang : AMALAN DAN
2. Judul SEDEKAH AGAR HIDUP LEBIH
BERKAT NILAI
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai
pendorong kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini
banyak mengupas tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan
teguran bagi mereka yang tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat
menghayati maksud dan pengertian sebuah nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun
manusia yang pelbagai taraf dan pangkat untuk dikongsikan bersama rezeki yang
diperolehi agar lebih diberkati.
Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang
zakat, infaq dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada
penjawat awam atau swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke
134 maknanya "(iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang
mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.
Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan".
Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang
dilaksanakan samada melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu
bapa mendorong seseorang guru untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan
harta sekalipun. Melalui buku ini, banyak mendorong saya selaku guru untuk lebih
bermotivasi dalam menghalalkan segala yang diberi dan lebih sikap terbuka untuk siap
sedia memohon maaf mahupun memaafkan pihak lain. Di samping itu, menyedarkan saya
bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan dengan kesungguhan dan berkongsi hasil
titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang lebih memerlukan dalam masa yang
mendesak mahupun lapang.
........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
1. Nama Guru
MAZNAH BINTI MD YASIN
........................................................ ........................................................
( ) ( )